Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

TOILET WORLD

Kalau pembaca mahu tahu, dalam sehari, ibu saya memeriksa tandas beberapa kali. Diperhatikan susunan berus gigi agar jangan ada yang berselerakan. Diperhatikan juga agar sabun tidak bersepah dari kedudukan asal. Dan yang paling penting bilik air suci dan harum dari najis! Kita tentu malu sekiranya tetamu datang tanpa diundang dan meluru pula menumpang tandas dan bilik air kita. Bagi mereka yang teliti dalam aspek pengurusan rumahtangga pasti diburu rasa bimbang akan status bilik air kita waktu itu. Atas dasar kebimbangan itu, ibu saya menerapkan disiplin memantau tandas dengan kerap. Apa yang ibu saya laksanakan ialah memantau sekurang2nya sekali di waktu pagi setelah ahli keluarga selesai mandi, sekali lagi di waktu tengahari dan sekali lagi di waktu petang setelah ahli keluarga mandi petang pula. Antara aspek terpenting yang dipantau ibu saya adalah tandas tempat kita membuang. Ibu saya akan pastikan tiada sisa2 buangan yang tertinggal yang tentunya tidak enak dipandang. Beli

Pengurusan Tong Sampah....Lagi

Sebelum ini sudah dibincangkan serba sedikit tentang pengurusan tong sampah. Di sini, saya akan cuba melanjutkan isu tersebut. Masih ada serba sedikit lagi yang perlu diketahui mengenai pengurusan tong sampah. 1. Yang pertama, p asangkan plastik pada tong sampah. Plastik perlu menutup keseluruhan bibir tong sampah supaya tiada sampah yang terlepas jatuh megenai tong sampah itu sendiri. Jika tong sampah kotor, bertambah pula kerja kita. Kena bersihkan tong sampah seperti yang telah diterangkan terdahulu. Plastic juga perlu dipastikan tiada koyak/bocor. Tujuannya sama seperti di atas. 2. Agak2tong sampah sudah penuh, terus bungkus dan buang. Jgn tunggu sampai sampah melimpah keluar, mengotori lantai dan kawasan berdekatan pula. Sekiranya belum penuh tapi mengandungi bhn2 basah, maksimum boleh disimpan adalah 1 hari. Jika melebihi 1 hari, anda akan melihat ulat2 sampah muncul bergolek2 di dalam tong sampah. Eiiiii geli!! 3. Pastikan setelah sampah dibuang, anda meletak plastik baru d

Energi Mengemas

Mengikut Islam, antara orang yang paling baik adalah yang lambat marahnya dan cepat pula redanya. Semoga kita tergolong orang2 yang sedemikian. Amiiinnnn...... Bercakap tentang marah; Pernah tak anda berasa marah? Sudah tentu pernah kan? Energi marah ni kadang2 melampaui batas sehingga habis berserakan barangan di rumah hasil balingan semasa marah! Kenapa perlu mempergunakan energi marah (adrenaline rush, barangkali?) secara sia2 dan menyumbang pula kepada konflik dengan orang lain? Memang ada saranan di dalam Islam, bahawa sekiranya kita marah, ambillah wudu', beristighfar dan juga sembahyang bagi meredakan kemarahan. Saya pula ingin menyarankan sesuatu yang mungkin berguna bagi sesetengah pihak. Ya, saya juga pernah marah. Anak2 saya juga sering marah dan bergaduh sesama sendiri. Saya telah menyarankan berbagai saranan dan nasihat agar anak2 dapat mengawal kemarahan mereka. Angin - kata orang2 tua...Kebelakangan ini saya menyarankan sesuatu yang berbeza: "Kalau banyak sanga

Pengurusan Kain Baju - Teori Asas

Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian bersama-sama mengembara dengan lebih jauh untuk meneroka sisi kehidupan seorang ‘pelipat baju katalog’. Saya kira tips kali ini lebih efisien jika dipersembahkan dalam bentuk demostrasi, malangnya masih tiada kemampuan dari pihak admin untuk merealisasikannya. It’s ok, maka silalah menggunakan daya imaginasi tuan2 dan puan2 seoptimum mungkin. Berikut saya sertakan tips terperinci langkah demi langkah teknik lipatan baju keluarga saya: 1) Bagi fabrik yang besar seperti tshirt, kemeja atau seluar, bentangkan dengan rata dahulu sebelum mula melipat. (tolong jangan melipat di atas riba ye, jika mahu kualiti lipatan terjamin!) Gosok dan ratakan dengan permukaan tangan anda. Pastikan tiada penjuru yang terlipat atau pun bahagian yang masih lagi lembap. 2) Tanpa mengira faktor sama ada lubang leher baju

Pengalaman Bekas Pelajar!

Assalamualaikum. Wah lama dah tak menulis!! So, enjoy reading, like i do~~:) Saya pernah merantau ke luar negara berbekalkan status seorang pelajar sepenuh masa. Tapi bila dah berada di sana, nak tak nak saya memegang satu lagi status sebagai pembeli-belah separuh masa. Maklumlah, bila dah berada dekat tempat orang ni, banyaklah doktrin yang mencucuk minda suruh membeli itu ini. Perempuan ni pulak Tuhan jadikan nafsunya mencapah ke segenap sudut, maka berjuanglah saya dengan agak hebat juga waktu itu dalam mengawal transaksi peribadi. Ok the time is approaching. Pejam celik pejam celik saya sudah menggenggam sekeping ijazah (kena terima hakikat: kami tak diberi dalam bentuk segulung ijazah). Apa lagi, persiapan balik untuk kebaikan/back for good (saya percaya tiada siapa balik untuk kejahatan dan keburukan) perlu dibuat dengan tangkas, lincah dan agresif. Pada masa yang sama, jangan lupa lakukan secara terancang. Mata melilau-lilau ke segenap kamar tidur saya. Wah...

Teknik Menyambil

Terlebih dahulu....Ramadhan Mubarak kepada semua! Hidup kaki pengemas tidak sah tanpa aktiviti mengemas. Pagi hari lagi sudah dirasmikan dengan aktiviti mengemas. Mengemas juga memerlukan teknik2 tertentu yang munasabah dan praktikal – berdasarkan pengalaman kaki pengemas lah. Antara tips dan petua yang diperturunkan oleh ibu kami kepada kami adik beradik adalah seperti berikut. Ayat2 ini sudah lazim berdendang di dalam kepala kami: “ Bangun pagi, terus kemas rumah, sapu laman, basuh sisa2 pinggan mangkuk, mop lantai …..dll. Sambil2 tu boleh makan pagi, isi perut. Jadi, bila perut kenyang, rumah pun sudah berkemas !” Ini yang kami gelar teknik menyambil. Teknik menyambil ini boleh digunapakai untuk segenap keadaan. Kalau pembaca perhatikan artikel yang ditulis disini, kebanyakan adalah berdasarkan teknik menyambil. Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju dengan teknik di atas, yalah, waktu makan perlu dihormati dan sesi makan perlu dihayati. Teknik di atas boleh diba

Tips Ringkas Episod 2..Cik Awa

Ada beberapa tempat yang sangat memerangkap habuk tetapi sering dilupakan. Sekali sekala apa salahnya kerja lebih sikit untuk membersihkan rumah..betul tak? 1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan. 2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk. 3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin.. 4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop. 5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga

Persediaan menyambut Ramadhan

Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Kemudian Aidil Fitri pula. Kaum ibu pasti sudah sarat kepala memikirkan: 1. kuih raya 2. baju raya 3. kasut raya 4. langsir raya 5. perabut raya................dan berbagai lagi persiapan raya! Ini tidak termasuk persiapan2: 1. membasuh langsir 2. membasuh karpet 3. membasuh sarung kusyen 4. membuang sawang dan debu.....dan berbagai lagi aktiviti mengemas. Ada yang sibuk sepanjang ramadhan membakar kuih-muih raya. Ada yang sibuk sepanjang ramadhan menjahit baju2 raya sendiri, suami dan anak2 (Tahniah! Besar pahalanya!). Tidak ketinggalan juga, ramai yang sekadar menghulurkan mata wang di kedai2 shopping peralatan dan keperluan raya. Sekarang pun tempias raya sudah bermaharajalela. Di sana-sini, laungan SALE raya sudah bergema. Ada yang mengatakan - ini agak melampau, belum puasa sudah sibuk hendak beraya. Namun, trend sibuk sebelum ramadhan ini ada juga baiknya barangkali. Saya pernah mendengar cerita teman mengatakan bahawa ayah dan ibunya

Shopping!

Ada pendapat mengatakan bahawa shopping adalah terapi. Terapi daripada stress, kepenatan dan keletihan akibat kerja dan tanggungjawab dunia. Ia dipanggil retailtherapy dalam Bahasa Inggeris. Terapi berbentuk ini sangat digemari oleh kaum perempuan. Mungkin juga ada kaum Adam yang terbabit, tetapi saya jangka segelintir cuma. Soalnya, takkan setiap kali stress nak pergi beli barang. Membazir wang namanya. Tambahan pula, ini adalah proses pengumpulan barangan yang melebihi keperluan. Bayangkan setiap kali stress, kita beli kasut, handbag, baju, tudung, atau lebih bahaya lagi, makanan atau coklat! Kalau makanan, kita mungkin menjadi obese. Kalau barangan pula, mungkin menyemakkan rumah kita. Ada solusi tentang alternatif kepada retailtherapy. Kalaulah sudah teringin sangat hendak pergi bershopping, apakata kita bershopping di rumah kita sahaja. Caranya, sediakan satu bakul yang cantik yang boleh dijinjing dan juga tahan lasak. Boleh juga dipakai beg yang besar atau apa2 sahaja yang sesuai

Tip2 Ringkas - Selingan

Berikut adalah tip-tip ringkas yang sering dipandang mudah tapi berguna untuk meningkatkan kualiti pengurusan rumahtangga kita. 1. Ketika menyelak buku ketika membaca, jangan selak dengan kasar. Cuma pegang sedikit di bahagian atas bucu sebelah kanan dan selak perlahan.perlahan. Tetapi jika anda sedang membaca komik jepun, anda perlu selak dari bahagian atas bucu sebelah kiri. 2. Jangan membasuh baju di mesin basuh melebihi had berat. Dikhuatiri motor cepat rosak. Had berat pula dikira meliputi kandungan baju dan air. Jadi elok memasukkan baju kotor setakat separuh penuh sahaja ke dalam mesin dan bukan sepenuh2nya. 3. Jika ingin mengubah kedudukan perabot yang mempunyai kaki,( e.g.: almari, meja makan dan kerusi) pastikan perabot tersebut diangkat. Bukannya diseret. Nanti kaki perabot rosak dan lantai pula ada kesan calar. 4. Jangan merendam mop di dalam baldi. Nanti batang mop cepat mengembang, reput dan patah. 5. Sentiasa mengelap dapur gas selepas memasak. Jika tidak diamalkan, lama

Cara memvakum karpet

Ada orang memvakum karpet ala kadar sahaja dan kemudian declare - Siap! Tapi bagi ibu saya yang mempunyai ketajaman mata ekstrem sering dapat mengenalpasti hasil kerja yang teliti atau pun tidak. Begitu juga dengan aktiviti memvakum. Beliau akan meneliti karpet tadi untuk memastikan tiada kesan2 debu, rambut, benang atau apa2 sahaja debris yang tertinggal di karpet tadi. Sekiranya ada - bermakna kami tidak menjalankan tugasan tersebut dengan teliti, justeru...apalagi, terpaksalah mengulang sekali lagi. Sesungguhnya quality control ibu saya sangat ketat! Karpet sememangnya memerangkap debu. Ia perlu dibersihkan sekurang2nya seminggu sekali. Dengan kemudahan alat vakum, kerja membersihkan karpet sepatutnya menjadi lebih mudah. Di sini ingin dicadangkan teknik memvakum yang teliti. Pastikan sekiranya anda memvakum secara menegak, anda teruskan secara menegak dari atas ke bawah kemudian bergerak meliputi setiap ceruk karpet dari kiri ke kanan. Jika anda memvakum secara melintang, pastikan

Melangkah ke rumah baru...

Perjalanan pertama baru selesai. Fasa kedua perpindahan pula bermula. Kita kini akan melangkah ke tempat baru, suasana baru dan persekitaran baru. Sebelum hari perpindahan, kita kena pastikan bahawa rumah baru sudah dicuci bersih, dari dapur ke bilik hingga ke bilik air. Pastikan rumah sudah sesuai didiami bebas dari debu dan sampah sarap. Buang sahaja barang2 tinggal yang tidak boleh digunakan lagi. Bukan itu sahaja, anda juga sepatutnya mempunyai pelan kasar mengenai letak duduknya sesuatu perabot. Di mana letaknya almari pinggan mangkuk, perabot2 dapor dan juga kerusi meja ruang tamu dan berbagai lagi. Tahap 1: Apabila lori tiba di rumah, anda perlu bersedia memegang peranan pengarah. Bukanlah pengarah dalam lagak boss yang bertempik memberikan arahan tetapi lebih kepada membantu menyalurkan barangan ke tempat yang berkenaan. Anda perlu memberitahu di mana letaknya kerusi dan meja makan, peti ais, katil, almari buku dan sebagainya. Ini memudahkan kerja mengangkat dan menguruskan bar

Pindah rumah

Antara komen dari pembaca blog sebelum ini adalah untuk mengadakan post khas berkenaan seni pindah rumah. Ya, saya anggap ia seni kerana ia memerlukan teknik khusus untuk menguruskannya. Ibu saya sendiri pernah berpindah sebanyak 14 kali di dalam hidupnya meliputi hampir seluruh semenanjung Malaysia. Saya dan kakak saya antara orang kuat menguruskan harta benda untuk sesi perpindahan. Sememangnya, pindah rumah ini satu perkara yang mengharu-birukan hidup kita. Anehnya datuk saya berpendapat, apabila berpindah rumah, rumah sepatutnya lebih kemas kerana barang sudah disimpan kemas dalam kotak2. Tetapi sebaliknya yang sering berlaku, rumah dalam keadaan berterabur dengan segala harta pusaka sehingga sukar untuk bergerak dengan selesa di dalam rumah sendiri apalagi untuk berehat. Teknik berpindah rumah perlu dimulakan dengan perancangan mudah. Ada tahap2 tertentu yang perlu kita tentukan. Tahap 1 - kemas barang2 yang paling kurang diperlukan sehari2 dahulu. Contohnya, buku2 bacaan, stok p

Kitar semula! Revisited

Ekonomi sekarang sedang merudum. Jadi kita sering mendengar saranan agar berjimat cermat dan membeli barangan yang perlu sahaja. Walaupun pendapatan kita adalah hasil titik peluh kita tidak bermakna kita boleh membazirkannya begitu sahaja tanpa motif yang produktif. Sebenarnya banyak bahan di dalam rumah kita yang boleh digunapakai kembali. Sebaiknya kita memikirkan kegunaan2 barangan yang banyak terdapat di rumah kita dan cari jalan untuk mengitar semula. Beberapa panduan: 1. Jag kaca lama jangan dibuang. Ia boleh dijadikan pasu untuk jambangan bunga. Bekas2 kaca juga boleh digunakan untuk mengisi barangan hiasan atau simpanan kunci atau apa2 sahaja. 2. Pinggan yang menarik bunganya tetapi sudah sompek atau sumbing boleh digantung sebagai hiasan. 3. Perca2 kain juga boleh dibingkaikan dan digantung sebagai hiasan. 4. Perabut lama boleh dicat semula dengan warna retro. 5. Perabut yang sedikit cacat dan hilang fungsi asal boleh digunakan untuk fungsi lain yang bersesuaian sebagai rak ka

Cerita mengangkat baju

Kalau bercerita tentang kain baju memang tidak berkesudahan. Salin baju dalam sehari sahaja sekurang2nya 2 kali - baju kerja/siang sekali dan baju tidur sekali. Ada juga yang lebih cermat akan bersalin baju harian dulu sesudah balik kerja dan menukar ke baju tidur apabila ingin tidur nanti. Mereka yang mempunyai anak2 perempuan pula pasti perasan yang anak2 perempuan bersalin baju 4-6 kali sehari! Betapa banyak longgokan baju mereka.... Walau apapun, situasi di atas menggambarkan banyaknya baju yang di pakai setiap hari. Oleh itu banyak jugalah baju yang dibasuh sekian hari. Sebelum ini telah diceritakan perihal menyidai, melipat dan menyusun baju dalam almari. Ada satu lagi teknik yang boleh diperturunkan di sini terutama jika kita memiliki ahli keluarga yang ramai. Seperti yang telah disarankan sebelum ini, lebih memudahkan jika kita menyidai baju dengan cara menggantungkan sahaja. Sudah banyak alat penyidai untuk menggantung baju yang memudahkan kerja kita. Kebiasaannya kita hanya m

Disiplin ke tandas

Seringkali, kita mengungkit budaya bangsa Jepun dalam bab kemas-mengemas ini. Saya pernah terdengar orang bercerita bahawa orang Jepun akan secara otomatik menyusun selipar atau kasutnya mengadap ke luar. Lalu, apabila mereka keluar rumah, mereka akan terus menyarung selipar tanpa perlu berpusing mengadap rumah. Rajin sungguh, dan komited sungguh mereka. Satu lagi budaya orang Jepun yang saya pernah dengar, mereka sering mengingatkan agar meninggalkan tandas dalam keadaan asal seperti sebelum kita menggunakannya. Maksudnya, jika tandas tersebut dalam keadaan bersih, pastikan kita tinggalkannya dalam keadaan bersih juga. Kalau keadaan tandas asalnya kotor, jangan pula kita membalas pada orang seterusnya... Proses menggunakan tandas ini pun perlu diajar kepada segelintir kita. Ramai orang tahu teknik beristinjak dengan baik tetapi meninggalkan tandas dalam keadaan berbau tanpa dijirus dengan rapi. Bagi kami adik beradik, kami sering dipesan agar menjirus najis dengan jirusan yang banyak

Bilik tidur atau lubuk tidur!

Bagi sesetengah orang, bilik tidur adalah tempat rehat utama. Jika begini anggapan kita, maka ruang tidur dihias dengan suasana tenang dan nyaman sesuai dengan tema bilik tidur sebagai ruang rehat. Keperluan di bilik tidur cuma katil dan meja sisi, meja solek, almari baju dan mungkin kerusi empuk untuk bersantai. Bagi sesetengah orang lain pula, bilik tidur adalah tempat privasi dan ruang peribadi. Maka segala koleksi peribadi disimpan di dalam bilik tidur. Di kepala katil ada bungkusan tempat menyimpan cadar2 lama. Di sebelah katil ada bungkusan dan kotak2 tempat menyimpan baju2 lama. Di bawah katil pula ada disimpan koleksi gambar2 peribadi dan barang2 usang yang mungkin memberikan kesan sentimental value kepada kita. Semua mahu diletak di bilik kita. Yelah, nama pun bilik kita. Perlukah kita menjadikan bilik tidur tempat timbunan harta karun kita? Hanya kita sendiri yang boleh menjawabnya. Walaubagaimanapun, bilik yang penuh dengan koleksi peribadi sedikit sebanyak akan mengganggu k

Beli Barang Percuma Pinggan!

Apakah kaitan antara barang percuma dengan mengemas? Jawapannya, lebih banyak barang di rumah, lebih banyak kerja mengemas yang kita perlukan. Selain itu, lebih banyak pula penstoran yang diperlukan dan penstoran ini juga mengambil masa kita untuk dikemaskini dan digilap sekali-sekala. Umum mengetahui, antara taktik perniagaan adalah, beli satu barang, percuma mangkuk, pinggan, mug dan berbagai lagi. Beli ubat gigi, percuma berus gigi. Beli sabun, percuma pinggan atau mug serta berbagai lagi. Sehingga ada teman membuat lawak, kenapalah apabila membeli bawang tidak dapat percuma barangan! Kalau bawang pun membuat tawaran sedemikian, pasti sudah penuh pinggan mangkuk dalam almari. Untuk pasangan yang baru berkahwin, tarikan sebegini banyak faedahnya. Saya sendiri peka kepada tawaran2 percuma sebegini di awal perkahwinan. Yelah, baru berkahwin, tak cukup bajet nak menyediakan semua. Keperluan rumahtangga cukup2 untuk keperluan peribadi dan dua atau tiga orang tetamu sahaja. Jadi, saya men

Membersihkan tilam

Tilam adalah tempat kegemaran kita. Sekembali dari pejabat, kita sering memandang geram ke tilam dan sesiapa yang kalah, akan merebahkan badan yang letih lesu di tilam sebelum berangkat ke bilik mandian pula. Malangnya, bagi yang sudah beranak kecil, keadaan tilam yang suci kadangkala tercemar dengan pembuangan sisa bayi. Bukanlah sisa air besar, tetapi lebih kerap adalah air kecil sahaja. Lebih malang lagi, jika anak yang berusia 3-6 tahun masih mengalami "kebocoran" sekali-sekala di waktu malam. Kebocoran ini dapat dikesan dari baunya. Yelah, najis yang kurang berwarna, apalagi jika diselimuti gebar dan bantal, kurang dapat dikesan puncanya. Tetapi, hidung para ibu yang sensitif, pasti dapat mengenalpasti kehadiran najis ini. Sebelum ini ada ditulis siri artikel yang bertajuk Bersih Tidak Semestinya Suci. Di sini saya ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kebersihan dan kesucian bab tilam untuk tatapan para pembaca budiman. Secara teorinya, najis perlu dibersihkan hingga hi

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Mentaliti baru

Suatu hari, saya memandu kereta pulang dan tergerak untuk melintasi deretan rumah baharu di kawasan tempat saya tinggal. Rumah berharga sekitar 300k dan rekabentuknya adalah dapur di hadapan, bersebelahan ruang tamu. Jadi, ada dua pintu di ruang hadapan rumah. Satu pintu untuk dapur dan satu lagi untuk ke ruang tamu. Rekabentuk dapur di hadapan bersebelahan ruang tamu agak menonjol kebelakangan ini. Di pangsapuri dan apartment begitu, di rumah teres dua tingkat juga begitu. Di barat, rekaan sebegini sudah lama dilaksanakan. Sewaktu saya memandu perlahan dari satu rumah ke rumah, memerhatikan susunan pokok2 bunga di laman rumah dan hiasan dekorasi menarik jika ada... alamak.....saya terpandang pula sebuah rumah yang mempamerkan kain buruk di grill pintu dapurnya! Ye lah, kebiasaan kita menyidai kain buruk di pintu dapur mungkin menyebabkan kita terbawa2 sikap begitu walaupun pintu dapur sudah menjadi pintu di bahagian hadapan rumah. Sepatutnya pemilik rumah lebih peka bahawa pemandanga

Botol bayiku! - Win

Antara tugas yang paling sinonim dengan ibu-ibu yg mempunyai anak kecil ialah pengurusan botol susu. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerja dan tetap memberi susu badan secara esklusif, saya kira memang banyak botol yang perlu dibasuh setiap hari. Mana tidaknya, saya pernah terbaca dalam majalah, ada ibu yang menyimpan stok susu ibu dalam botol, penuh satu peti sejuk! Ramai yang membasuh botol susu anak setakat ala kadar sahaja. Sedangkan daki masih terkumpul di botol tersebut. Kasihan si kecil, sumber makanan kelak menjadi sumber penyakit! Membasuh botol memang rumit kerana banyak bahagian yang perlu diberi tumpuan. Berdasarkan pengamatan saya sendiri, ada beberapa perkara yang kurang diberi perhatian dalam bab membasuh botol susu ini. Antaranya, sebelum membasuh, pastikan puting dikeluarkan daripada gegelang, kemudian dibasuh secara berasingan. Jika tidak, sisa-sisa susu akan tertinggal di celah-celah antara puting dan gegelang, dan boleh membentuk daki/lendir di situ, menyebabka

Menyusun dokumen dalam fail

Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk satu jenis dokumen. Satu fail untuk akaun bank A, satu lagi fail untuk akaun bank B, satu fail untuk bil kredit kad dan bermacam lagi. Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad! Setelah saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan dan berbagai lagi. Sebelum ini saya telah menyarankan agar menggunakan fail yang berlapis dan mempunyai pembahagi seperti di dalam gambar. Kali ini saya saya ingin memperturunkan beberapa saranan lain pula. Satu cara ialah dengan menyediakan satu fail untuk setiap ahli keluarga. Satu fail untuk suami, satu untuk isteri, dan satu untuk setiap anak2. Fail clear holder seperti dalam gambar pun boleh. J