Skip to main content

Pengalaman Bekas Pelajar!

Assalamualaikum. Wah lama dah tak menulis!! So, enjoy reading, like i do~~:)
Saya pernah merantau ke luar negara berbekalkan status seorang pelajar sepenuh masa. Tapi bila dah berada di sana, nak tak nak saya memegang satu lagi status sebagai pembeli-belah separuh masa. Maklumlah, bila dah berada dekat tempat orang ni, banyaklah doktrin yang mencucuk minda suruh membeli itu ini. Perempuan ni pulak Tuhan jadikan nafsunya mencapah ke segenap sudut, maka berjuanglah saya dengan agak hebat juga waktu itu dalam mengawal transaksi peribadi.

Ok the time is approaching. Pejam celik pejam celik saya sudah menggenggam sekeping ijazah (kena terima hakikat: kami tak diberi dalam bentuk segulung ijazah). Apa lagi, persiapan balik untuk kebaikan/back for good (saya percaya tiada siapa balik untuk kejahatan dan keburukan) perlu dibuat dengan tangkas, lincah dan agresif. Pada masa yang sama, jangan lupa lakukan secara terancang.

Mata melilau-lilau ke segenap kamar tidur saya. Wah........banyak betul barang nampaknya. Itu belum lagi yang tersimpan kemas tanpa kelihatan di mata saya. Dan belum lagi yang orang hadiahkan. Oh, sekurang-kurangnya, saya hanya perlu mengosongkan bilik, bukannya mengosongkan satu rumah. Lega.

Ok, bagaimana mahu bermula? Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca teknik dan strategi saya dalam menguruskan hal ini;

1) Kosongkan semua rak, almari, laci, meja dan apa sahaja yang fungsinya menyimpan/meletak barangan. Keluarkan semua barang dan longgokkan di lantai bilik, tak kisahla barang apa sekalipun. Longgok jangan tak longgok. Lupakan sebentar sikap berhati-hati dan lemah-lembut anda. Oh tapi, mana-mana yang fragile tu silalah handle with care ye. Kenapa saya buat begini? Supaya mata anda dapat menangkap terus setinggi manakah timbunan semua barang anda, lalu membayangkan jumlah kotak yang diperlukan dan serba sedikit teknik mengemas yang sesuai, juga bahan-bahan tambahan yang diperlukan. Maka, tidak perlu lagi timbul dialog seperti...."Alaaaa......tertinggal pulak yang dalam laci nih.....kotak dah seal pulak!!". Sebab tu saya nasihatkan longgok saja di atas lantai.

Proses longgokan-angle 1

Proses longgokan-angle 2


Sebelum dan selepas proses mengemas. (Yes, I purposely cleaned up my room). Oh, went bananas! Haha. Cadar pun terbaik.

2) Siap sediakan kotak simpanan barang yang akan dihantar ke kampung halaman melalui laut.(Ada ke yang hantar naik flight? Kaya sangat tu..). Pastikan tapak kotak diplaster sekukuh-kukuhnya agar tidak menangis teresak-esak ketika melihat pinggan Portmeirion made in England anda bersepah-sepah ketika penghantaran ke rumah. Jangan biarkan hati anda berkecai.
3) Asingkan barangan mengikut pemiliknya dan keperluannya. Saya pecahkan penerangan saya seperti berikut:
a) Asingkan barangan milik sendiri dengan barangan milik kaum keluarga dan handai taulan di Malaysia. Dalam erti kata lain, perlu dimasukkan ke dalam kotak yang berlainan.
b) Bagi barangan milik anda, asingkan lagi mengikut prioriti dan keperluan. Maksud saya, barangan yang anda target untuk digunakan selepas perkahwinan atau selepas memiliki rumah sendiri perlu dimasukkan ke dalam kotak yang khusus. Jadi anda tak perlu bazir masa untuk buka kotak tersebut sejurus ianya sampai ke rumah, sekiranya bercampur dengan barangan penting lain. Penat bukan men'seal' kotak? Jadi jangan buka dengan sewenang- wenangnya selagi boleh.
c) Untuk barangan mudah pecah, anda tak perlu terlalu obses dengan bubble wrap dan yang sewaktu dengannya. Gunakan mana-mana kain baju yang bakal tergolong dalam kotak yang sama. Tipulah kan kalau anda kekurangan kain baju dan fabrik lain untuk dibawa pulang.....Dari dibiar terlipat saja sepanjang 2-3 bulan di atas lautan, apa kata anda balut segala barangan mudah pecah menggunakan fabrik tersebut dengan kemas? Lagi best kalau ada duvet/comforter, boleh juga dijadikan salah satu pelindung barangan di dalam kotak. Mungkin boleh selitkan saja mana-mana item yang sesuai di celah-celah gulungan duvet berkenaan.
4) Masukkan barangan ke dalam kotak masing-masing dengan cara yang paling efisien sekali. Seimbangkan berat semua kotak selagi boleh. Jangan lupa, apa saja tindakan anda, lakukan dengan cermat dan selamat. Bayangkan sekali pergerakan-pergerakan kasar dan sepak terajang serta layanan buruk yang bakal diterima kotak-kotak berkenaan sepanjang berpisah dengan anda. Pasti anda terasa ngeri dan bertindak dengan lebih bijak ketika mengemas.
5) Seal kotak dengan kukuh. Labelkan apa-apa yang perlu dan jangan lupa tulis alamat destinasi dan nombor untuk dihubungi dengan jelas.
6) Ini penting. Jangan gatal-gatal nak bershopping lagi sejurus semua kotak diseal. Nantikan sahaja agen pengangkutan datang ke rumah mengambil kotak anda. Sebab itu, saya galakkan anda memilih waktu yang paling tepat untuk book penghantaran. Janganlah sebulan lagi nak balik dah excited seal kotak, pastu sedih2 tak dapat nak shopping sakan lagi dah. Tapi janganlah pula esok nak balik baru nak hantar kotak hari ni kan? Make use of your brain wisely. Expect the unexpected.
TAMBAHAN:
1) Maintain stamina anda untuk proses pembersihan ini. Jangan lupa sarapan. Fokus dan jangan biarkan fikiran menerawang. Mulakan dengan Bismillah, agar dari awal proses hinggalah kotak-kotak selamat tiba di rumah, semuanya dalam keadaan terpelihara. Hantarlah pemergian kotak-kotak anda menaiki kapal dengan iringan doa. Itulah senjata yang paling ampuh.
2) Fikir masak-masak apa yang nak dibawa, dan apa yang nak ditinggal. Jangan menyesal di kemudian hari. Jangan malas berfikir. Gunakan sel otak anda seoptimum mungkin.
3) Kena pandai agak jugak barangan apa yang bertuah dapat bersama-sama anda dalam penerbangan pulang. Agak-agakla kan berapa kilo nak bawak, based on flight requirement. Spare la sikit 3-4 kg ke, untuk masa-masa kecederaan.
4) Langkah seterusnya: BERSABAR. Mungkin kadangkala terdetik di dalam hati anda yang kemungkinan besar kapal terlibat sudah selamat karam lantaran lamanya pelayaran. Actually, proses di pelabuhan itu yang mengambil masa. Betul kan? Kalau salah harap tolong betulkan ye. :)
Benar, saya menulis dalam konteks seorang pelajar di perantauan. Namun, mungkin serba sedikit dari tips di atas boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja yang akan berpindah rumah/pejabat. (Kalau hanya berpindah bilik di dalam rumah yang sama, tak perlulah nak berkotak bagai kan?)
Oh ye, saya hanya sekadar berkongsi pengalaman. Setiap orang ada caranya tersendiri dalam mengatur kehidupan, itu sudah pasti. Tapi tak salah kan kalau diolah sedikit mana-mana yang perlu?
SELAMAT MENGEMAS! HAVE FUN!
Wassalam wbt.
best regards,
LUBNA YUSOF.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata