Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Mentaliti baru

Suatu hari, saya memandu kereta pulang dan tergerak untuk melintasi deretan rumah baharu di kawasan tempat saya tinggal. Rumah berharga sekitar 300k dan rekabentuknya adalah dapur di hadapan, bersebelahan ruang tamu. Jadi, ada dua pintu di ruang hadapan rumah. Satu pintu untuk dapur dan satu lagi untuk ke ruang tamu. Rekabentuk dapur di hadapan bersebelahan ruang tamu agak menonjol kebelakangan ini. Di pangsapuri dan apartment begitu, di rumah teres dua tingkat juga begitu. Di barat, rekaan sebegini sudah lama dilaksanakan. Sewaktu saya memandu perlahan dari satu rumah ke rumah, memerhatikan susunan pokok2 bunga di laman rumah dan hiasan dekorasi menarik jika ada... alamak.....saya terpandang pula sebuah rumah yang mempamerkan kain buruk di grill pintu dapurnya! Ye lah, kebiasaan kita menyidai kain buruk di pintu dapur mungkin menyebabkan kita terbawa2 sikap begitu walaupun pintu dapur sudah menjadi pintu di bahagian hadapan rumah. Sepatutnya pemilik rumah lebih peka bahawa pemandanga

Botol bayiku! - Win

Antara tugas yang paling sinonim dengan ibu-ibu yg mempunyai anak kecil ialah pengurusan botol susu. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerja dan tetap memberi susu badan secara esklusif, saya kira memang banyak botol yang perlu dibasuh setiap hari. Mana tidaknya, saya pernah terbaca dalam majalah, ada ibu yang menyimpan stok susu ibu dalam botol, penuh satu peti sejuk! Ramai yang membasuh botol susu anak setakat ala kadar sahaja. Sedangkan daki masih terkumpul di botol tersebut. Kasihan si kecil, sumber makanan kelak menjadi sumber penyakit! Membasuh botol memang rumit kerana banyak bahagian yang perlu diberi tumpuan. Berdasarkan pengamatan saya sendiri, ada beberapa perkara yang kurang diberi perhatian dalam bab membasuh botol susu ini. Antaranya, sebelum membasuh, pastikan puting dikeluarkan daripada gegelang, kemudian dibasuh secara berasingan. Jika tidak, sisa-sisa susu akan tertinggal di celah-celah antara puting dan gegelang, dan boleh membentuk daki/lendir di situ, menyebabka

Menyusun dokumen dalam fail

Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk satu jenis dokumen. Satu fail untuk akaun bank A, satu lagi fail untuk akaun bank B, satu fail untuk bil kredit kad dan bermacam lagi. Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad! Setelah saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan dan berbagai lagi. Sebelum ini saya telah menyarankan agar menggunakan fail yang berlapis dan mempunyai pembahagi seperti di dalam gambar. Kali ini saya saya ingin memperturunkan beberapa saranan lain pula. Satu cara ialah dengan menyediakan satu fail untuk setiap ahli keluarga. Satu fail untuk suami, satu untuk isteri, dan satu untuk setiap anak2. Fail clear holder seperti dalam gambar pun boleh. J