Thursday, November 24, 2011

TOILET WORLD

Kalau pembaca mahu tahu, dalam sehari, ibu saya memeriksa tandas beberapa kali. Diperhatikan susunan berus gigi agar jangan ada yang berselerakan. Diperhatikan juga agar sabun tidak bersepah dari kedudukan asal. Dan yang paling penting bilik air suci dan harum dari najis!

Kita tentu malu sekiranya tetamu datang tanpa diundang dan meluru pula menumpang tandas dan bilik air kita. Bagi mereka yang teliti dalam aspek pengurusan rumahtangga pasti diburu rasa bimbang akan status bilik air kita waktu itu. Atas dasar kebimbangan itu, ibu saya menerapkan disiplin memantau tandas dengan kerap.

Apa yang ibu saya laksanakan ialah memantau sekurang2nya sekali di waktu pagi setelah ahli keluarga selesai mandi, sekali lagi di waktu tengahari dan sekali lagi di waktu petang setelah ahli keluarga mandi petang pula.

Antara aspek terpenting yang dipantau ibu saya adalah tandas tempat kita membuang. Ibu saya akan pastikan tiada sisa2 buangan yang tertinggal yang tentunya tidak enak dipandang. Beliau juga akan mengangkat lapik duduk (sekiranya tandas duduk) untuk memastikan tiada sisa2 yang kelihatan. Jika ada sudah pasti jirusan dan berusan menjadi langkah seterusnya.

Sepatutnya tugasan di atas adalah tanggungjawab orang terakhir yang menggunakan tandas. Elok kita periksa berkali2 sebelum melangkah keluar dari tandas agar tidak menyakitkan mata dan hati pengguna seterusnya. Pastikan ubat gigi dan berus gigi tersusun rapi seperti asalnya. Begitu juga perkakasan mandi yang lain seperti bekas sabun dan syampu agar orang lain dapat menggunakan tandas dengan selesa.

Beruntunglah kita sekiranya ada ahli keluarga seperti ibu saya yang hobinya memantau kegunaan tandas dan tidak bosan mengingatkan ahli2 keluarga agar menjaga kebersihan tandas. Malangnya kebanyakan manusia tidak mampu dan tidak ingin untuk menjadi jaga tandas, jadi, eloklah tugas ini kita pikul di bahu masing2. Tidak perlu menyusahkan sesiapa!

Sesungguhnya pendidikan kebersihan itu sewajarnya bermula dari rumah bukan di kempen2 melalui televisyen.

Wednesday, November 16, 2011

Pengurusan Tong Sampah....Lagi



1. Yang pertama, pasangkan plastik pada tong sampah. Plastik perlu menutup keseluruhan bibir tong sampah supaya tiada sampah yang terlepas jatuh megenai tong sampah itu sendiri. Jika tong sampah kotor, bertambah pula kerja kita. Kena bersihkan tong sampah seperti yang telah diterangkan terdahulu. Plastic juga perlu dipastikan tiada koyak/bocor. Tujuannya sama seperti di atas.


2. Agak2tong sampah sudah penuh, terus bungkus dan buang. Jgn tunggu sampai sampah melimpah keluar, mengotori lantai dan kawasan berdekatan pula. Sekiranya belum penuh tapi mengandungi bhn2 basah, maksimum boleh disimpan adalah 1 hari. Jika melebihi 1 hari, anda akan melihat ulat2 sampah muncul bergolek2 di dalam tong sampah. Eiiiii geli!!


3. Pastikan setelah sampah dibuang, anda meletak plastik baru di dalam tong sampah tanda bersedia menampung sampah2 yang baru. Sekiranya lambat atau cuai mengganti plastik, dibimbangi ada manusia kurang bertanggungjawab akan sesuka hati membuang sampah ke dalam tong sampah yang belum dilengkapi plastik.


4. Sekali sekala, apabila nampak tong sampah sudah terlalu kotor, basuhlah ia. Ini bertujuan agar makhluk perosak tidak berkumpul di dalam tong sampah. Dan ia juga tidak kelihatan menjijikkan di mata kita dan orang lain.


Tong sampah bersih, rumah pun sihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...