Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PETANG

...ini sambungan seterusnya. Selesai memasak, anda boleh terus menjamah hidangan sambil menyuap anak2 kecil.  Rehatlah sebentar setelah memeras tenaga sepanjang pagi.  Waktu ini adalah waktu ideal berehat; sambil menidurkan si kecil, anda pun boleh tidur sekali.  Anak2 yang bersekolah mungkin pulang sekitar jam 2 atau 3.  Mereka boleh makan makanan yang telah terhidang dan pastikan mereka mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk mereka setelah makan.  Jadi anda tidak perlu membuang masa menguruskan dapur kembali. Selesai mengecas semula energi dan solat zohor, anda boleh menguruskan kain baju di ampaian.  Angkat baju yang sudah kering dan mula melipat sambil menonton TV atau mendengar radio.  Jangan lupa untuk merujuk kaedah menguruskan kain baju yang telah disarankan dalam entri2  Tips Menguruskan Kain Baju  Tinggalkan dulu kerja2 menggosok untuk dilakukan di hujung minggu kerana anda mempunyai bantuan dari ahli keluarga yang lain. Selesai mengangkat dan melipa

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PAGI

Ada permintaan dari pembaca untuk menyenaraikan tugasan harian untuk surirumah sepenuhmasa.  Tajuk tersebut memerlukan kupasan yang panjang.  Saya bahagikan kepada segmen pagi, petang dan malam. Di bawah adalah cadangan rutin di waktu pagi... Seperti yang pernah disebut sebelum ini, tugasan kita bermula sebelum tidur malam sebelumnya lagi....Kita perlu rancang apa yang hendak dimakan sebagai sarapan dan siap2 menyediakan bawang dan apa2 lagi ramuan yang diperlukan.  Kalau esok akan menggoreng mee, ramuan2 tersebut perlu siap ditumbuk dan mi siap direndam di waktu malam, tinggal lagi kita menumis dan menggoreng di waktu pagi.  Begitu juga kalau menu sarapan adalah cekodok, kita perlu membancuh tepung dan pisang atau bawang dan disimpan di dalam peti ais, tinggal lagi kita menggoreng di waktu pagi. Boleh rujuk artikel terdahulu: Bangun Pagi PAGI KEESOKANNYA Disarankan kita bangun dan mencuci diri sebelum subuh.  Selesai sembahyang subuh, kita "on"kan mesin basuh dan ke

PERHIASAN KACA DAN ANAK KECIL

Tidak dinafikan naluri perempuan memang sukakan barang2 yang cantik seperti perhiasan kaca dan pasu bunga.  Bunga di atas meja di dalam pasu kaca.  Pasu tanah liat di atas lantai sebagai hiasan dan berbagai lagi.  Tetapi bila lahirnya anak2 kecil, pasu2 ini menjadi barangan bahaya untuk si kecil.  Setelah si kecil meningkat usia 1-3 tahun, bermulalah zaman eksplorasi mereka.  Ada yang berkemampuan membeli playpen, boleh meletakkan anak2 di situ dalam keadaan terkawal, jauh dari item2 bahaya. Walaubagaimanapun, kebanyakan kita kekurangan wang dan ruang untuk menyediakan playpen bagi si kecil, sudahnya kita biarkan sahaja mereka merayap merata2 di dalam rumah di bawah pengawasan kita.  Ada juga para ibu yang sedikit garang, akan melatih agar anak2 takut mengusik perhiasan kaca.  Lama kelamaan, mereka terbiasa setelah tangan mereka acapkali dicubit atau ditepis apabila menyentuh perhiasan kaca.  Ya, kita boleh melatih anak2 kecil menghargai perhiasan2 kaca, tetapi bagi seorang