Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Sebelum meninggalkan rumah…

Anda pasti pernah mengalamai situasi di mana anda dan keluarga anda akan meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Mungkin anda sekeluarga balik ke kampung beraya, menghadiri kenduri kendara, bercuti dan lain2. Biasanya, bila kita nak pergi ke suatu tempat kita akan rasa teruja tetapi bila balik dari suatu tempat, kita akan rasa penat dan kalau boleh nak terus baring dan tidur. Ha…berapa ramaikah di antara anda yang rasa agak tertekan bila balik ke rumah. Ye lah terpaksa kosongkan baju dari beg, itu belum lagi dicampur dengan baju dalam bakul kotor yang belum dibasuh. Buka sahaja pintu rumah nampak pula mainan anak bersepah-sepah di ruang tamu. Masuk pula ke dapur ada pula bekas-bekas cawan dan pinggan yang tidak dibasuh, dan rak pinggan tidak dikosongkan. Kemudian masuk ke bilik, lihat katil tidak berkemas dan baju bersepah-sepah. Soalannya:Tidakkah anda mahu rasa nyaman dan selesa sebaik sahaja tiba di rumah? Kalau perlu kemaspun hanya sedikit sahaja. Itupun kemaskan beg baj

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU MALAM

Kalau ikutkan badan, waktu malam adalah untuk berehat sahaja, bersantai, menonton TV, bergurau senda dengan anak dan suami atau membaca bahan bacaan kegemaran masing2. Tetapi tanggungjawab yang digalas setelah berumahtangga memerlukan kita memperuntukkan sedikit lagi waktu untuk melangsaikan apa yang perlu.  Walaubagaimanapun, jangan terlalu lama memperuntukkan waktu mengemas sehingga tiada langsung waktu senggang untuk diri, anak2 atau juga suami/isteri. Langkah pertama selepas makan malam adalah mengajak kesemua ahli keluarga membantu menyelesaikan hal2 di dapur.  Latih anak2 mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga.  Bahagikan tugas untuk menyimpan baki makanan ke dalam tupperware, mengelap meja dan menyusun atur perkakas yang telah digunapakai.  Pilih ahli keluarga untuk menyapu lantai dan mengelap kabinet2 di dapur jika tidak sempat dikemas setelah memasak tadi. Selepas mengemas, tinggalkan pesanan agar sesiapa yang makan kudapan atau minum sebelum tidur perlu pastikan m