Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Mencuci bilik air

Semasa mencuci bilik air, pastikan peralatan yang ada di bilik air seperti baldi, gayung, besen mandi bayi atau lain-lain juga turut dicuci. Caranya adalah dengan memberus permukaan baldi, gayung atau besen mandi tersebut dengan sedikit sabun. Berus yang boleh digunakan pula adalah seperti berus sabut atau berus lain yang bersesuaian. Beruskan bahagian luar dan dalam peralatan-peralatan tersebut dan juga tapak mereka. Kesan-kesan daki atau lumut akan tanggal dan barulah pencucian bilik air kita lengkap sempurna!

Mengemas isi laci / kabinet

Tentu ramai antara kita yang berdepan dengan kesulitan 'berpisah' dengan barang-barang kecil atau besar yang biasanya memenuhi ruang laci dan almari kita. Ada satu idea yang boleh digunakan dalam menguruskan hal ini : Untuk mengelakkan kita daripada menjadi seorang 'hoarder' seperti  rancangan televisyen Hoarders dari Amerika Syarikat, kita boleh membuang barang-barang yang tidak digunakan lebih daripada 2 bulan daripada tarikh kita menyimpannya. Contohnya, baru-baru ini saya mengumpulkan semua sudu-sudu plastik susu bayi (scoop) yang biasanya kita dapat apabila kita membeli susu anak-anak kita dan membuang semua sudu tersebut, kecuali satu atau dua sahaja. Sebelum ini, saya menyimpannya dengan anggapan 'mungkin berguna atau perlu di masa hadapan'. Tetapi saya dapati sudu-sudu ini tidak digunakan. Oleh itu, kaedah ini boleh digunakan bagi kebanyakan barang-barang yang kadang-kala kita simpan dengan anggapan 'mungkin berguna atau perlu di masa hadapan&#