Mengemas Email Subscriptions Satu lagi tips dalam blog The Peaceful Mom yang disebut dalam entri sebelum ini adalah jika ibu-ibu berkerjaya mendapati inbox email anda kini sering melimpah dengan email-email yang tidak lagi penting seperti subscription kepada shopping website, blog-blog, facebook notifications, dan pelbagai media sosial yang lain, boleh pertimbangkan untuk un-subscribe sahaja kepada semua notification tersebut dan fokus kepada penggunaan email yang penting sahaja. Minda yang 'kemas' juga penting untuk hidup yang terurus. Penggunaan Cloud Storage Saya juga cuba menggunakan cloud storage untuk menyimpan dokumen-dokumen penting keluarga secara elektronik . 2 cloud storage yang saya gunakan sekarang adalah dropbox.com dan box.com. Konsep ini amat popular sekarang dan saya cuba manfaatkan dalam bentuk sekiranya perlu menghantar salinan dokumen-dokumen seperti IC, sijil kepada mana-mana pihak, salinan tersebut mudah diakses. Selamat mencuba!