Ramai yang kata tidak minat mengemas. Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa. Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci. Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya. credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita. Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas. Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur. Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah. Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....