Skip to main content

Posts

Persediaan menyambut Ramadhan

Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Kemudian Aidil Fitri pula. Kaum ibu pasti sudah sarat kepala memikirkan: 1. kuih raya 2. baju raya 3. kasut raya 4. langsir raya 5. perabut raya................dan berbagai lagi persiapan raya! Ini tidak termasuk persiapan2: 1. membasuh langsir 2. membasuh karpet 3. membasuh sarung kusyen 4. membuang sawang dan debu.....dan berbagai lagi aktiviti mengemas. Ada yang sibuk sepanjang ramadhan membakar kuih-muih raya. Ada yang sibuk sepanjang ramadhan menjahit baju2 raya sendiri, suami dan anak2 (Tahniah! Besar pahalanya!). Tidak ketinggalan juga, ramai yang sekadar menghulurkan mata wang di kedai2 shopping peralatan dan keperluan raya. Sekarang pun tempias raya sudah bermaharajalela. Di sana-sini, laungan SALE raya sudah bergema. Ada yang mengatakan - ini agak melampau, belum puasa sudah sibuk hendak beraya. Namun, trend sibuk sebelum ramadhan ini ada juga baiknya barangkali. Saya pernah mendengar cerita teman mengatakan bahawa ayah dan ibunya...

Shopping!

Ada pendapat mengatakan bahawa shopping adalah terapi. Terapi daripada stress, kepenatan dan keletihan akibat kerja dan tanggungjawab dunia. Ia dipanggil retailtherapy dalam Bahasa Inggeris. Terapi berbentuk ini sangat digemari oleh kaum perempuan. Mungkin juga ada kaum Adam yang terbabit, tetapi saya jangka segelintir cuma. Soalnya, takkan setiap kali stress nak pergi beli barang. Membazir wang namanya. Tambahan pula, ini adalah proses pengumpulan barangan yang melebihi keperluan. Bayangkan setiap kali stress, kita beli kasut, handbag, baju, tudung, atau lebih bahaya lagi, makanan atau coklat! Kalau makanan, kita mungkin menjadi obese. Kalau barangan pula, mungkin menyemakkan rumah kita. Ada solusi tentang alternatif kepada retailtherapy. Kalaulah sudah teringin sangat hendak pergi bershopping, apakata kita bershopping di rumah kita sahaja. Caranya, sediakan satu bakul yang cantik yang boleh dijinjing dan juga tahan lasak. Boleh juga dipakai beg yang besar atau apa2 sahaja yang sesuai...

Tip2 Ringkas - Selingan

Berikut adalah tip-tip ringkas yang sering dipandang mudah tapi berguna untuk meningkatkan kualiti pengurusan rumahtangga kita. 1. Ketika menyelak buku ketika membaca, jangan selak dengan kasar. Cuma pegang sedikit di bahagian atas bucu sebelah kanan dan selak perlahan.perlahan. Tetapi jika anda sedang membaca komik jepun, anda perlu selak dari bahagian atas bucu sebelah kiri. 2. Jangan membasuh baju di mesin basuh melebihi had berat. Dikhuatiri motor cepat rosak. Had berat pula dikira meliputi kandungan baju dan air. Jadi elok memasukkan baju kotor setakat separuh penuh sahaja ke dalam mesin dan bukan sepenuh2nya. 3. Jika ingin mengubah kedudukan perabot yang mempunyai kaki,( e.g.: almari, meja makan dan kerusi) pastikan perabot tersebut diangkat. Bukannya diseret. Nanti kaki perabot rosak dan lantai pula ada kesan calar. 4. Jangan merendam mop di dalam baldi. Nanti batang mop cepat mengembang, reput dan patah. 5. Sentiasa mengelap dapur gas selepas memasak. Jika tidak diamalkan, lama...

Cara memvakum karpet

Ada orang memvakum karpet ala kadar sahaja dan kemudian declare - Siap! Tapi bagi ibu saya yang mempunyai ketajaman mata ekstrem sering dapat mengenalpasti hasil kerja yang teliti atau pun tidak. Begitu juga dengan aktiviti memvakum. Beliau akan meneliti karpet tadi untuk memastikan tiada kesan2 debu, rambut, benang atau apa2 sahaja debris yang tertinggal di karpet tadi. Sekiranya ada - bermakna kami tidak menjalankan tugasan tersebut dengan teliti, justeru...apalagi, terpaksalah mengulang sekali lagi. Sesungguhnya quality control ibu saya sangat ketat! Karpet sememangnya memerangkap debu. Ia perlu dibersihkan sekurang2nya seminggu sekali. Dengan kemudahan alat vakum, kerja membersihkan karpet sepatutnya menjadi lebih mudah. Di sini ingin dicadangkan teknik memvakum yang teliti. Pastikan sekiranya anda memvakum secara menegak, anda teruskan secara menegak dari atas ke bawah kemudian bergerak meliputi setiap ceruk karpet dari kiri ke kanan. Jika anda memvakum secara melintang, pastikan...

Melangkah ke rumah baru...

Perjalanan pertama baru selesai. Fasa kedua perpindahan pula bermula. Kita kini akan melangkah ke tempat baru, suasana baru dan persekitaran baru. Sebelum hari perpindahan, kita kena pastikan bahawa rumah baru sudah dicuci bersih, dari dapur ke bilik hingga ke bilik air. Pastikan rumah sudah sesuai didiami bebas dari debu dan sampah sarap. Buang sahaja barang2 tinggal yang tidak boleh digunakan lagi. Bukan itu sahaja, anda juga sepatutnya mempunyai pelan kasar mengenai letak duduknya sesuatu perabot. Di mana letaknya almari pinggan mangkuk, perabot2 dapor dan juga kerusi meja ruang tamu dan berbagai lagi. Tahap 1: Apabila lori tiba di rumah, anda perlu bersedia memegang peranan pengarah. Bukanlah pengarah dalam lagak boss yang bertempik memberikan arahan tetapi lebih kepada membantu menyalurkan barangan ke tempat yang berkenaan. Anda perlu memberitahu di mana letaknya kerusi dan meja makan, peti ais, katil, almari buku dan sebagainya. Ini memudahkan kerja mengangkat dan menguruskan bar...

Pindah rumah

Antara komen dari pembaca blog sebelum ini adalah untuk mengadakan post khas berkenaan seni pindah rumah. Ya, saya anggap ia seni kerana ia memerlukan teknik khusus untuk menguruskannya. Ibu saya sendiri pernah berpindah sebanyak 14 kali di dalam hidupnya meliputi hampir seluruh semenanjung Malaysia. Saya dan kakak saya antara orang kuat menguruskan harta benda untuk sesi perpindahan. Sememangnya, pindah rumah ini satu perkara yang mengharu-birukan hidup kita. Anehnya datuk saya berpendapat, apabila berpindah rumah, rumah sepatutnya lebih kemas kerana barang sudah disimpan kemas dalam kotak2. Tetapi sebaliknya yang sering berlaku, rumah dalam keadaan berterabur dengan segala harta pusaka sehingga sukar untuk bergerak dengan selesa di dalam rumah sendiri apalagi untuk berehat. Teknik berpindah rumah perlu dimulakan dengan perancangan mudah. Ada tahap2 tertentu yang perlu kita tentukan. Tahap 1 - kemas barang2 yang paling kurang diperlukan sehari2 dahulu. Contohnya, buku2 bacaan, stok p...

Kitar semula! Revisited

Ekonomi sekarang sedang merudum. Jadi kita sering mendengar saranan agar berjimat cermat dan membeli barangan yang perlu sahaja. Walaupun pendapatan kita adalah hasil titik peluh kita tidak bermakna kita boleh membazirkannya begitu sahaja tanpa motif yang produktif. Sebenarnya banyak bahan di dalam rumah kita yang boleh digunapakai kembali. Sebaiknya kita memikirkan kegunaan2 barangan yang banyak terdapat di rumah kita dan cari jalan untuk mengitar semula. Beberapa panduan: 1. Jag kaca lama jangan dibuang. Ia boleh dijadikan pasu untuk jambangan bunga. Bekas2 kaca juga boleh digunakan untuk mengisi barangan hiasan atau simpanan kunci atau apa2 sahaja. 2. Pinggan yang menarik bunganya tetapi sudah sompek atau sumbing boleh digantung sebagai hiasan. 3. Perca2 kain juga boleh dibingkaikan dan digantung sebagai hiasan. 4. Perabut lama boleh dicat semula dengan warna retro. 5. Perabut yang sedikit cacat dan hilang fungsi asal boleh digunakan untuk fungsi lain yang bersesuaian sebagai rak ka...

Cerita mengangkat baju

Kalau bercerita tentang kain baju memang tidak berkesudahan. Salin baju dalam sehari sahaja sekurang2nya 2 kali - baju kerja/siang sekali dan baju tidur sekali. Ada juga yang lebih cermat akan bersalin baju harian dulu sesudah balik kerja dan menukar ke baju tidur apabila ingin tidur nanti. Mereka yang mempunyai anak2 perempuan pula pasti perasan yang anak2 perempuan bersalin baju 4-6 kali sehari! Betapa banyak longgokan baju mereka.... Walau apapun, situasi di atas menggambarkan banyaknya baju yang di pakai setiap hari. Oleh itu banyak jugalah baju yang dibasuh sekian hari. Sebelum ini telah diceritakan perihal menyidai, melipat dan menyusun baju dalam almari. Ada satu lagi teknik yang boleh diperturunkan di sini terutama jika kita memiliki ahli keluarga yang ramai. Seperti yang telah disarankan sebelum ini, lebih memudahkan jika kita menyidai baju dengan cara menggantungkan sahaja. Sudah banyak alat penyidai untuk menggantung baju yang memudahkan kerja kita. Kebiasaannya kita hanya m...

Disiplin ke tandas

Seringkali, kita mengungkit budaya bangsa Jepun dalam bab kemas-mengemas ini. Saya pernah terdengar orang bercerita bahawa orang Jepun akan secara otomatik menyusun selipar atau kasutnya mengadap ke luar. Lalu, apabila mereka keluar rumah, mereka akan terus menyarung selipar tanpa perlu berpusing mengadap rumah. Rajin sungguh, dan komited sungguh mereka. Satu lagi budaya orang Jepun yang saya pernah dengar, mereka sering mengingatkan agar meninggalkan tandas dalam keadaan asal seperti sebelum kita menggunakannya. Maksudnya, jika tandas tersebut dalam keadaan bersih, pastikan kita tinggalkannya dalam keadaan bersih juga. Kalau keadaan tandas asalnya kotor, jangan pula kita membalas pada orang seterusnya... Proses menggunakan tandas ini pun perlu diajar kepada segelintir kita. Ramai orang tahu teknik beristinjak dengan baik tetapi meninggalkan tandas dalam keadaan berbau tanpa dijirus dengan rapi. Bagi kami adik beradik, kami sering dipesan agar menjirus najis dengan jirusan yang banyak...

Bilik tidur atau lubuk tidur!

Bagi sesetengah orang, bilik tidur adalah tempat rehat utama. Jika begini anggapan kita, maka ruang tidur dihias dengan suasana tenang dan nyaman sesuai dengan tema bilik tidur sebagai ruang rehat. Keperluan di bilik tidur cuma katil dan meja sisi, meja solek, almari baju dan mungkin kerusi empuk untuk bersantai. Bagi sesetengah orang lain pula, bilik tidur adalah tempat privasi dan ruang peribadi. Maka segala koleksi peribadi disimpan di dalam bilik tidur. Di kepala katil ada bungkusan tempat menyimpan cadar2 lama. Di sebelah katil ada bungkusan dan kotak2 tempat menyimpan baju2 lama. Di bawah katil pula ada disimpan koleksi gambar2 peribadi dan barang2 usang yang mungkin memberikan kesan sentimental value kepada kita. Semua mahu diletak di bilik kita. Yelah, nama pun bilik kita. Perlukah kita menjadikan bilik tidur tempat timbunan harta karun kita? Hanya kita sendiri yang boleh menjawabnya. Walaubagaimanapun, bilik yang penuh dengan koleksi peribadi sedikit sebanyak akan mengganggu k...