Skip to main content

Mengemas rumah - jalan pintas

Siapa tak suka jalan pintas. Kalau boleh, segala benda kita amalkan jalan pintas. Sukacita dimaklumkan, mengemas pun ada jalan pintasnya. Ia mungkin diperlukan untuk ibu2 yang sibuk dengan kerjaya dan anak serta suami, tetapi masih berhasrat untuk memastikan kerapian rumah sedaya mampu.

Ramai yang enggan atau kurang selesa mengemas sewaktu hari2 biasa. Biasanya, tugasan menyapu, mengemas dapur, mengemop dan melipat baju ditangguh sehingga hujung minggu. Jadi, di hujung minggu, kita dibebankan dengan kerja2 mengemas yang terkumpul. Habis masa sepanjang hari Sabtu dan Ahad dengan tugasan mengemas dan membersihkan rumah.

Di hujung minggu kita sering membasuh, melipat dan menggosok segunung baju. Kita juga bertungkus lumus menyedut sampah dan mengemop lantai keseluruhan rumah. Sudahnya, kita keletihan di hujung minggu dan tiada masa berehat. Sedar2, sudah kembali ke hari Isnin sebelum kita sempat menarik nafas.

Sebenarnya, untuk mengekalkan kebersihan rumah, kita tidak perlu bertangguh sehingga hujung minggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah mengemas rumah apabila ada kesempatan. Jadi, setiap hari, kita sapu sedikit ruang dalam rumah kita. Esok kita mengemas dapur pula. Lusa kita mencuci bilik air sambil mandi. Yang penting, kita melakukan sedikit setiap hari agar di hari minggu kita tidak tenggelam dalam kesibukan mengemas.

Untuk itu kita mungkin perlu mencipta jadual yang sesuai untuk kita. Setiap hari, yang wajib adalah penyediaan makan, membuang sampah dan menguruskan kain baju. Jadual contoh untuk aktiviti lain:

Isnin: Mengemas ruang tamu dan vakum
Selasa: Mengemas dapur dan mop
Rabu : Menyimpan lipatan kain baju
Khamis : Mengemas bilik2 dan vakum
Jumaat: mengemas ruang tamu dan vakum (mungkin ada tamu bertandang besok!)

Ini adalah cadangan semata2. Setiap individu mempunyai jadual kerja dan saiz famili yang berbeza.

Walaubagaimanapun, dengan jadual yang sangat sibuk, kita mungkin hanya mempunyai masa terluang untuk menyediakan makan malam dan menguruskan kain baju sahaja setiap hari.

Comments

  1. sokong...sy setiap hr bt keje berdikit2..walau anak kecil, tp rumah maintain bersih n kemas...

    ReplyDelete
  2. idea yang bagus. semua kerja rumah boleh beres tanpa rasa penat sepanjang hari,tambahan pula anak sekolah pagi dan petang.

    ReplyDelete
  3. Salam..saya nak minta nasihat..rumah saya jika kemas pada hari ahad,esoknya lantai dah mula dipenuhi dengan rambut yang gugur. saya tidak vakum setiap hari kerana pulang kerja pun sudah lewat. apakah yang boleh dilakukan selain vakum? dan bagaimana nak memastikan umah sentiase kemas sebab rumah saya dipenuhi dengan barang2 yang banyak.. barang2 kecil2..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam Puan,

    Sememangnya rumah perlu disapu setiap hari. Malangnya kita mungkin tidak berkesempatan berbuat demikian. Saya pun bukan teramat pakar dalam bidang ini. Mungkin puan bole menggunakan vakum tangan yang lebih mobile untuk memvakum rambut2. Tentang barang yang banyak tersebut, puan kena tanya diri sendiri adakah masih perlu disimpan atau boleh let go sahaja. Jika masih mahu disimpan, puan kena make it a point untuk mengelap dan menyusun barangan tersebut,tiada jalan lain lagi...harap ini dapat membantu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...