Skip to main content

Rumahku Hotelku

Siapa yang tidak suka menginap di hotel? Saya suka. Saya pasti ramai yang lain juga suka. Di hotel semuanya kemas, bersih, teratur dan rapi. Of course, perabutnya pun nampak mewah dan berseri. Tuala2nya berlipat cantik, bilik air yang berkilat, susunan barang yang teratur, kertas2 tersusun di atas meja, perabot bersih daripada debu, cadar dan bantal yang dikemas rapi...dan banyak lagi...

Saya fikir kalau kita sukakan hotel yang cantik bersih, kenapa kita tidak menjadikan rumah kita juga umpama resort? Kan lebih baik jika rumah kita sentiasa bersih seperti hotel yang kita duduk sekali sekala. Kita juga boleh melakukannya!

Saya pernah menginap di sebuah hotel yang malangnya dipenuhi debu di almari dan di sisi dinding. Tahi cicak juga bertabur sepanjang dinding. Ada juga kelihatan seperti tahi tikus. Nampak sungguh tidak berkemas dan rasa tidak selesa sekali untuk berehat. Begitu sekali tanggapan kita kepada hotel yang kita cuma singgah sekali sekala. Bagaimana pula dengan rumah kita sendiri yang berdebu di atas2 meja, celah2 perabut dan sebagainya? Bagaimana kita boleh tahan tinggal dalam keadaan tersebut sepanjang hidup kita tetapi merungut jijik di tempat orang lain?

Bayangkanlah apa perasaan tamu kita bila singgah di rumah kita sekali sekala. Mungkin mereka juga akan berfikir seperti perasaan saya di hotel yang kotor tadi?

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...