Skip to main content

Senarai tugasan mingguan

Di hujung minggu memang indah jika dapat bersantai, dan bergembira. Tapi setelah beranak pinak, hujung minggu juga menjadi waktu bekerja - kerja2 rumah pula. Banyak tugasan yang perlu diselenggarakan. Saya sendiri pun sering lupa. Untuk peringatan saya sendiri, di bawah ini adalah checklist yang boleh digunapakai.

Senarai tugasan mingguan - Sabtu/Ahad

1. Membersihkan sinki dapur.
Panduan penjagaan sinki telah diberi huraian terperinci sebelum ini.

2. Mencuci bilik air
Ini perlu dilakukan sekiranya kita tidak mencuci sambil mandi. Jika sudah menyambil sewaktu mandi, jimat masa kita di sini.

3. Mengelap peti ais.
Peti ais perlu dibersihkan dari sisa2 makanan dan minuman yang tumpah. Akan datang akan ditulis cara terperinci penjagaan peti ais.

4. Membasuh tuala.
Untuk wanita bekerjaya, mencuci tuala hanya mampu dilakukan seminggu sekali. Rasanya tak sempat sewaktu weekdays.

5. Menyapu porch.
Masa inilah, boleh menyapu dengan rapi, mengalihkan pasu2 atau apa2 perhiasan di laman comel kita.

6. Membasuh cadar
Boleh dikumpulkan semua cadar dan sarung bantal serta selimut dan basuhlah sekaligus.

7. Mengemop seluruh rumah.
Sekurang2nya di bahagian dapur yang berminyak tanpa diberi perhatian sepanjang minggu.

Memang seronok jika ada pembantu yang dapat melakukan semua itu. Sekiranya tiada pembantu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan cleaner sambilan. Sudah banyak ada di pasaran sekarang. Selamat mengemas dengan jaya!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata...