Skip to main content

Pusingkan label!

Sekali lagi kita masuk ke ruang dapur. Yelah, dapur ni nadi kehidupan. Kalau dapur tak berasap, separuh nyawa rasa dah melayang...perut lapaarr...

Memandangkan hampir separuh kehidupan dihabiskan di dapur, jadi dapur memerlukan perhatian yang berlipat ganda. Kerja2 mengemas juga banyak dilaksanakan di dapur dan berulang-kali pula.

Kita juga mempunyai pelbagai barangan di dapur, stok makanan, peralatan dan sebagainya. Saya tertarik untuk membincangkan mengenai pengurusan stok makanan dan peralatan di dapur.

Di dapur, kita mempunyai barangan dalam tin kecil atau besar, dalam bungkusan plastik, dalam bekas2 plastik, dalam kotak, dalam botol kaca dan sebagainya. Mereka semua mempunyai ciri yang sama iaitu berlabel.

Salah satu kebiasaan ibu saya adalah memastikan kesemua bahagian hadapan label menghadap ke depan, yakni ke arah kita yang melihat barangan tersebut. Jadi, kesemua botol kicap, tomato, tin Campbell, tin biskut dll akan dipusingkan agar bahagian hadapan label menghadap ke depan dan bukan ke belakang.

Cara ini juga bukan setakat memastikan kecantikan luaran sahaja tetapi juga memudahkan pengguna dapur itu sendiri. Kita boleh lihat sepintas lalu, botol tersebut adalah sos cili atau sos tomato tanpa perlu bergerak memusingkannya. Dari jauh kita sudah dapat megenali yang mana tin sadin dan yang mana tin jagung.

Jadi...sambil kita mengemas dapur, kita pusingkan botol2 jus agar menghadap ke hadapan. Sambil kita mengelap kaunter, kita pusingkan juga kotak2 atau tin2 makanan agar labelnya menghadap ke hadapan, mudah untuk sesiapa juga mengenali dan mengambil kotak yang dihajati.

Kita juga boleh memastikan sebarang peralatan seperti periuk nasik dan bekas2 kaca dipusingkan agar bunga mereka menghadap ke hadapan.

Setelah saya dewasa, saya perasan teknik ini rupa2nya adalah teknik penting di pasaraya. Kesemua label di pasaraya perlu menghadap ke hadapan. Agak bersalahan dengan manual kerja mereka sekiranya label dibiarkan menghadap ke belakang! Tak sangka bahawa manual kerja famili saya sama dengan manual kerja di pasaraya!!

Anda boleh juga memastikan label barangan anda di segenap pelusuk rumah menghadap ke hadapan, termasuklah peralatan di meja solek, alatan mandian di bilik air dan apa2 saja bekas yang mempunyai label!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata