Skip to main content

Botol bayiku! - Win


Antara tugas yang paling sinonim dengan ibu-ibu yg mempunyai anak kecil ialah pengurusan botol susu. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerja dan tetap memberi susu badan secara esklusif, saya kira memang banyak botol yang perlu dibasuh setiap hari. Mana tidaknya, saya pernah terbaca dalam majalah, ada ibu yang menyimpan stok susu ibu dalam botol, penuh satu peti sejuk!

Ramai yang membasuh botol susu anak setakat ala kadar sahaja. Sedangkan daki masih terkumpul di botol tersebut. Kasihan si kecil, sumber makanan kelak menjadi sumber penyakit! Membasuh botol memang rumit kerana banyak bahagian yang perlu diberi tumpuan. Berdasarkan pengamatan saya sendiri, ada beberapa perkara yang kurang diberi perhatian dalam bab membasuh botol susu ini.

Antaranya, sebelum membasuh, pastikan puting dikeluarkan daripada gegelang, kemudian dibasuh secara berasingan. Jika tidak, sisa-sisa susu akan tertinggal di celah-celah antara puting dan gegelang, dan boleh membentuk daki/lendir di situ, menyebabkan timbul tompok-tompok hitam.

Seterusnya, basuhlah seperti biasa, menggunakan berus botol. Pastikan seluruh bahagian botol diberus rata-rata. Bahagian dalamnya dan lehernya. Untuk tujuan ini, saya dapati berus yang boleh diputar 360 darjah sangat memudahkan pencucian. Sebagai contoh, berus botol cap Pigeon seperti yang tertera di gambar sebelah. (Ini bukan promosi berbayar ya....)

Puting botol juga perlu diberus, terutamanya di bahagian dalam. Berus kecil perlu digunakan untuk tujuan itu. Setelah siap membasuh, pastikan botol, puting dan gegelang dijemur kering. Pengeringan yang tidak sempurna boleh menyebabkan botol/puting menjadi bercapuk-capuk.

Jangan lupa juga untuk membilas berus botol tadi dengan air hingga bersih. Jika tidak, berus itu juga akan mengumpul daki hitam. Berus juga perlu dijemur kering. Berus yg dijaga dengan baik boleh bertahan sehingga bertahun-tahun dan masih nampak baru!

Sekadar perkongsian maklumat, puting botol seelok2nya ditukar beberapa bulan sekali dan botol plastik yang sudah kekuningan juga wajar dilupuskan kerana ia tidak lagi baik untuk kesihatan si kecil.

Comments

  1. Salam. baru je terjumpa blog ni, nk tya saya ada baby 4 bulan yg memuskilkan saya kenapa puting susu kerap berkerak walaupun dibasuh sempurna spt disarankan puan. Saya tkar puting evry 4 week

    ReplyDelete
  2. Salam puan,

    Saya pun kurang arif dengan hal yang puan nyatakan. Biasanya jika puting dibasuh terus dan tidak dibiarkan lama dalam keadaan kotor, puting lambat berkerak. Puan boleh juga merebus botol dan puting mungkin beberapa hari sekali untuk mengelakkan kerak tersebut.

    ReplyDelete
  3. Biasanya tak basuh bersih.. Kalau bersih tak berkerak... Yang penting berus puting.. Daki2 susu akan tanggal... Biasanya kalau tak basuh dengan bersih menyebabkan kerak2 tersebut

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata...