Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian bersama-sama mengembara dengan lebih jauh untuk meneroka sisi kehidupan seorang ‘pelipat baju katalog’.
Saya kira tips kali ini lebih efisien jika dipersembahkan dalam bentuk demostrasi, malangnya masih tiada kemampuan dari pihak admin untuk merealisasikannya. It’s ok, maka silalah menggunakan daya imaginasi tuan2 dan puan2 seoptimum mungkin.
Berikut saya sertakan tips terperinci langkah demi langkah teknik lipatan baju keluarga saya:
1) Bagi fabrik yang besar seperti tshirt, kemeja atau seluar, bentangkan dengan rata dahulu sebelum mula melipat. (tolong jangan melipat di atas riba ye, jika mahu kualiti lipatan terjamin!) Gosok dan ratakan dengan permukaan tangan anda. Pastikan tiada penjuru yang terlipat atau pun bahagian yang masih lagi lembap.
2) Tanpa mengira faktor sama ada lubang leher baju dihalakan ke luar atau ke dalam lipatan, konsepnya tetap sama. Pastikan lipatan bahagian kanan dan kiri sama lebarnya dan simetri. Setiap kali lipatan pada mana2 bahagian baju dilakukan, tangan juga harus dirajinkan untuk turut sama menggosok permukaan lipatan dengan rata. Atau dalam erti kata lain, melipat sambil menggosok tanpa menggunakan seterika.
3) Pastikan tiada mana-mana penjuru fabric yang terkeluar kawasan setelah siap dilipat. Tak mahulah tiba-tiba ada hujung lengan baju yang tergantung tak bertali kerana tidak disematkan dengan kemas ke dalam lipatan.
4) Pastikan kita mengamalkan satu jenis framework saja untuk melipat dan menyusun baju. Jika mahu melipat tshirt pertama dalam bentuk segi empat sama, pastikan tshirt yang lain pun begitu juga. Jangan caca marba dengan pelbagai konsep untuk kategori pakaian yang sama. Kita akan mengalami kesukaran ketika mahu menyusun di dalam almari mengikut kelompok masing2. Untuk kategori lain seperti seluar dan tudung, gunalah apa sahaja cara yang bersesuaian, kemas dan sistematik.
5) Untuk pakaian formal ke pejabat atau ke majlis, lebih elok jika digantungkan dengan rapi di dalam almari untuk mengelakkan kedutan berlebihan. Cara menggantung juga perlu kemas. Digalakkan menggunakan jenis penggantung baju yang sama dan juga kukuh, bergantung pada keberatan fabrik. Pastikan jarak penggantung sama di antara satu sama lain, seperti mana ketika menggantung baju setelah dibasuh.
Itu saja untuk kali ini. Ada masa kita bersua lagi. Wassalam...

6) Seperti biasa, gantung mengikut kategori pakaian. Teknik menggantung juga perlu konsisten. Kalau seluar kerja suami dilipat dua baru digantung, begitu juga dengan seluar lain. Kalau baju kurung isteri lehernya menghadap ke kanan di dalam almari., baju kurung lain pun begitu juga. Kedudukan kepala penggantung baju juga harus selari sama ada menghadap ke depan atau ke belakang.
Itu saja untuk kali ini. Ada masa kita bersua lagi. Wassalam...
info yang menarik:)
ReplyDeletekenapa 2014 tak ada post???
ReplyDeleteSaya cadangkan kalau nak dapatkan saiz yang sama.. lipat di atas tile lantai. samakan Ukuran lipatan dgn saiz tile itu . Ia akan buat lipatan setiap baju menjadi sama besar.
ReplyDelete