Skip to main content

RUTIN PENGEMAS DI WAKTU PAGI

Saya bukan seorang yang morning person.  Sewaktu bangun subuh, saya sudah terbayang kerja-kerja yang bakal dilaksanakan dari pagi hingga tamat rutin mengemas sekitar after lunch.  Mula-mula perlu basuh baju. Sambil menunggu siap, perlu sediakan sarapan. Selesai sediakan sarapan, menyidai baju pula.  Sambil itu curi-curi makan sarapan, mengalas perut.  Jika kita pengemas tegar, kita selalunya tidak akan ambil heavy breakfast.  Makan sekadar memberi tenaga untuk bergerak cergas sahaja.  Selesai menyidai baju, saya mengemas dapur, mem-vakum rumah dan mengelap debu.  Banyaknya kerja.....!

Sewaktu remaja, apabila celik mata dan terbayang segala rutin yang perlu diselesaikan untuk membantu ibu, semangat terus jadi lemah, letih badan terus terasa dan saya menyambung tidur selepas Subuh.  Wah...rutin ini memang tidak elok dipraktikkan! 



Walaupun mengemas memang tidak menyeronokkan bagi sebahagian dari kita, tugas tersebut perlu dilaksanakan.  Kalau dibiarkan debu berkumpul semakin lama, kerja mengemas akan jadi lebih memenatkan.  Lebih wajar kalau kita buat kerap tapi berdikit2.  Lainlah kalau kita Mr Universe - muscle man yang berotot kencang, yang mampu mengemas dengan tenaga yang banyak...Kalau sekadar perempuan Melayu terakhir yang lemah dan lembut, wajarlah kita mengemas dengan kerap menggunakan tenaga yang minima.

Kalau dulu semuanya dirancang di dalam kepala saya sahaja, sekarang saya mencadangkan agar kita mempunyai planner yang tersusun.  Bangun pagi kita senaraikan apa tugasan dan target kemas kita.  Atur sekali waktu santai dan rehat kita.  Jangan lupa masukkan senarai aktiviti yang kita minat.  Ini akan memotivasikan diri kita untuk mengemas.  Don't put pressure on ourselves.  Kalau dapat capai 2 daripada 4 target pun dah cukup baik.  Lebih baik dari tiada.

Menjaga kebersihan itu sebahagian dari iman.  Rumah bersih, tempat ibadat selesa, insyaAllah iman akan terjaga.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...