Skip to main content

SENTAL BILIK AIR MU

Banyaknya tips untuk mencuci bilik air sekarang kan?  Dengan peralatan yang makin canggih, jenis yang pelbagai, dan kemudahan peralatan yang membolehkan kita menyental daki di bilik air tanpa perlu membongkok dan membanting tulang.

Saya sukakan beberapa peralatan berikut:

1. berus berbatang panjang

Berus panjang seperti ni boleh digunakan untuk menyental lantai dan dinding bilik air sekaligus.  Pastikan berusnya tebal berpermukaan luas agar kerja2 menyental dapat dilakukan dengan pantas.  



2. portable washing machine


Alat ini berguna untuk mencuci span dan kain buruk dalam kuantiti sedikit.  Ini juga memastikan mesin basuh yang besar hanya dikhususkan untuk kain baju sahaja dan kebersihan pakaian dan mesin terjamin.




3.  sponge/berus berbatang

Disarankan beli sponge atau berus yang berbatang seperti di dalam gambar.  Berguna untuk menyental atau memberus jubin dinding bilik air dan juga sinki.  Apalagi untuk mereka yang suka membersihkan celahan jubin. Lebih pantas dan mudah untuk mencuci. Boleh juga standby berus gigi lama untuk menyental daki2 celah jubin atau di tempat2 yang terselit seperti celah sinki atau perabot.



Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk