Skip to main content

KERAK CAWAN DAN BAKING SODA

Jika kita kerap minum teh dan kopi, perasan tak lama kelamaan, cawan akan berkerak dan sukar dihilangkan sekadar dengan cecair pencuci pinggan. Tetapi ada resepi mudah untuk hilangkan kerak dengan segera.  Itulah keistimewaan baking soda!

  


Ambil sesudu baking soda dan gunakan sebagai penyental cawan menggunakan span. Tadaa!!! Kesan tersebut akan hilang hampir sekelip mata.  

Sebenarnya baking soda amat sesuai digunakan sebagai bahan cucian untuk kotoran degil.  Sesuai untuk membersihkan peti sejuk, bilik air dan mana-mana bahagian yang mempunyai kotoran degil.




Comments

Popular posts from this blog

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...