Posts

BUKU 'MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH' DI PASARAN

Image
Assalamualaikum para pembaca yang budiman, Alhamdulillah, projek membukukan tips2 mengemas rumah sudah selesai.  Kami terbitkan buku kompilasi mengemas rumah dengan tajuk Mudahnya Mengemas Rumah.  Kepada peminat setia blog, kini anda sudah boleh memiliki koleksi catatan blog mengemasrumah secara peribadi! Idea asal kami digabungkan bersama idea kreatif Telaga Biru dan diharapkan menepati selera pembaca semua.  Kandungan buku dipenuhi foto2 berwarna untuk memudahkan lagi pembaca memahami isi kandungannya. Jangan lupa dapatkan buku ini di PESTA BUKU 26 April - 5 Mei di booth Telaga Biru! Buku ini juga boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan melalui Stormreaders.   Pembelian secara online akan diumumkan kemudian, insyaAllah! Selamat membaca!

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PETANG

Image
...ini sambungan seterusnya. Selesai memasak, anda boleh terus menjamah hidangan sambil menyuap anak2 kecil.  Rehatlah sebentar setelah memeras tenaga sepanjang pagi.  Waktu ini adalah waktu ideal berehat; sambil menidurkan si kecil, anda pun boleh tidur sekali.  Anak2 yang bersekolah mungkin pulang sekitar jam 2 atau 3.  Mereka boleh makan makanan yang telah terhidang dan pastikan mereka mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk mereka setelah makan.  Jadi anda tidak perlu membuang masa menguruskan dapur kembali. Selesai mengecas semula energi dan solat zohor, anda boleh menguruskan kain baju di ampaian.  Angkat baju yang sudah kering dan mula melipat sambil menonton TV atau mendengar radio.  Jangan lupa untuk merujuk kaedah menguruskan kain baju yang telah disarankan dalam entri2  Tips Menguruskan Kain Baju  Tinggalkan dulu kerja2 menggosok untuk dilakukan di hujung minggu kerana anda mempunyai bantuan dari ahli keluarga ya...

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PAGI

Image
Ada permintaan dari pembaca untuk menyenaraikan tugasan harian untuk surirumah sepenuhmasa.  Tajuk tersebut memerlukan kupasan yang panjang.  Saya bahagikan kepada segmen pagi, petang dan malam. Di bawah adalah cadangan rutin di waktu pagi... Seperti yang pernah disebut sebelum ini, tugasan kita bermula sebelum tidur malam sebelumnya lagi....Kita perlu rancang apa yang hendak dimakan sebagai sarapan dan siap2 menyediakan bawang dan apa2 lagi ramuan yang diperlukan.  Kalau esok akan menggoreng mee, ramuan2 tersebut perlu siap ditumbuk dan mi siap direndam di waktu malam, tinggal lagi kita menumis dan menggoreng di waktu pagi.  Begitu juga kalau menu sarapan adalah cekodok, kita perlu membancuh tepung dan pisang atau bawang dan disimpan di dalam peti ais, tinggal lagi kita menggoreng di waktu pagi. Boleh rujuk artikel terdahulu: Bangun Pagi PAGI KEESOKANNYA Disarankan kita bangun dan mencuci diri sebelum subuh.  Selesai sembahyang subuh, kita "on"kan mesi...

PERHIASAN KACA DAN ANAK KECIL

Image
Tidak dinafikan naluri perempuan memang sukakan barang2 yang cantik seperti perhiasan kaca dan pasu bunga.  Bunga di atas meja di dalam pasu kaca.  Pasu tanah liat di atas lantai sebagai hiasan dan berbagai lagi.  Tetapi bila lahirnya anak2 kecil, pasu2 ini menjadi barangan bahaya untuk si kecil.  Setelah si kecil meningkat usia 1-3 tahun, bermulalah zaman eksplorasi mereka.  Ada yang berkemampuan membeli playpen, boleh meletakkan anak2 di situ dalam keadaan terkawal, jauh dari item2 bahaya. Walaubagaimanapun, kebanyakan kita kekurangan wang dan ruang untuk menyediakan playpen bagi si kecil, sudahnya kita biarkan sahaja mereka merayap merata2 di dalam rumah di bawah pengawasan kita.  Ada juga para ibu yang sedikit garang, akan melatih agar anak2 takut mengusik perhiasan kaca.  Lama kelamaan, mereka terbiasa setelah tangan mereka acapkali dicubit atau ditepis apabila menyentuh perhiasan kaca.  Ya, kita boleh melatih anak2 kecil mengharga...

TOILET WORLD

Image
Kalau pembaca mahu tahu, dalam sehari, ibu saya memeriksa tandas beberapa kali. Diperhatikan susunan berus gigi agar jangan ada yang berselerakan. Diperhatikan juga agar sabun tidak bersepah dari kedudukan asal. Dan yang paling penting bilik air suci dan harum dari najis! Kita tentu malu sekiranya tetamu datang tanpa diundang dan meluru pula menumpang tandas dan bilik air kita. Bagi mereka yang teliti dalam aspek pengurusan rumahtangga pasti diburu rasa bimbang akan status bilik air kita waktu itu. Atas dasar kebimbangan itu, ibu saya menerapkan disiplin memantau tandas dengan kerap. Apa yang ibu saya laksanakan ialah memantau sekurang2nya sekali di waktu pagi setelah ahli keluarga selesai mandi, sekali lagi di waktu tengahari dan sekali lagi di waktu petang setelah ahli keluarga mandi petang pula. Antara aspek terpenting yang dipantau ibu saya adalah tandas tempat kita membuang. Ibu saya akan pastikan tiada sisa2 buangan yang tertinggal yang tentunya tidak enak dipandang. Beli...

Pengurusan Tong Sampah....Lagi

Image
Sebelum ini sudah dibincangkan serba sedikit tentang pengurusan tong sampah. Di sini, saya akan cuba melanjutkan isu tersebut. Masih ada serba sedikit lagi yang perlu diketahui mengenai pengurusan tong sampah. 1. Yang pertama, p asangkan plastik pada tong sampah. Plastik perlu menutup keseluruhan bibir tong sampah supaya tiada sampah yang terlepas jatuh megenai tong sampah itu sendiri. Jika tong sampah kotor, bertambah pula kerja kita. Kena bersihkan tong sampah seperti yang telah diterangkan terdahulu. Plastic juga perlu dipastikan tiada koyak/bocor. Tujuannya sama seperti di atas. 2. Agak2tong sampah sudah penuh, terus bungkus dan buang. Jgn tunggu sampai sampah melimpah keluar, mengotori lantai dan kawasan berdekatan pula. Sekiranya belum penuh tapi mengandungi bhn2 basah, maksimum boleh disimpan adalah 1 hari. Jika melebihi 1 hari, anda akan melihat ulat2 sampah muncul bergolek2 di dalam tong sampah. Eiiiii geli!! 3. Pastikan setelah sampah dibuang, anda meletak plastik baru d...

Energi Mengemas

Image
Mengikut Islam, antara orang yang paling baik adalah yang lambat marahnya dan cepat pula redanya. Semoga kita tergolong orang2 yang sedemikian. Amiiinnnn...... Bercakap tentang marah; Pernah tak anda berasa marah? Sudah tentu pernah kan? Energi marah ni kadang2 melampaui batas sehingga habis berserakan barangan di rumah hasil balingan semasa marah! Kenapa perlu mempergunakan energi marah (adrenaline rush, barangkali?) secara sia2 dan menyumbang pula kepada konflik dengan orang lain? Memang ada saranan di dalam Islam, bahawa sekiranya kita marah, ambillah wudu', beristighfar dan juga sembahyang bagi meredakan kemarahan. Saya pula ingin menyarankan sesuatu yang mungkin berguna bagi sesetengah pihak. Ya, saya juga pernah marah. Anak2 saya juga sering marah dan bergaduh sesama sendiri. Saya telah menyarankan berbagai saranan dan nasihat agar anak2 dapat mengawal kemarahan mereka. Angin - kata orang2 tua...Kebelakangan ini saya menyarankan sesuatu yang berbeza: "Kalau banyak sanga...