Wednesday, May 27, 2015

Tips by Marie Kondo

Salam semua.

Ni bukan kondominium tau. Marie Kondo ni a professional consultant bab mengemas. A Japanese lady.

Kata Marie: Anything that doesnt spark us joy, just let it go. Our thoughts will become clearer.

Friday, May 15, 2015

Mengemas di Alam Maya

Mengemas Email Subscriptions

Satu lagi tips dalam blog The Peaceful Mom yang disebut dalam entri sebelum ini adalah jika ibu-ibu berkerjaya mendapati inbox email anda kini sering melimpah dengan email-email yang tidak lagi penting seperti subscription kepada shopping website, blog-blog, facebook notifications, dan pelbagai media sosial yang lain, boleh pertimbangkan untuk un-subscribe sahaja kepada semua notification tersebut dan fokus kepada penggunaan email yang penting sahaja. Minda yang 'kemas' juga penting untuk hidup yang terurus.

Penggunaan Cloud Storage

Saya juga cuba menggunakan cloud storage untuk menyimpan dokumen-dokumen penting keluarga secara elektronik . 2 cloud storage yang saya gunakan sekarang adalah dropbox.com dan box.com.
Konsep ini amat popular sekarang dan saya cuba manfaatkan dalam bentuk sekiranya perlu menghantar salinan dokumen-dokumen seperti IC, sijil kepada mana-mana pihak, salinan tersebut mudah diakses.

Selamat mencuba!




30 hari untuk mengemas

Hari ini saya ingin kongsikan satu link blog yang menarik untuk rujukan.


Dalam siri 30 Days to An Organized Life, pembaca boleh mendapat inspirasi untuk memulakan usaha memperbaharui rumah dan juga rutin harian anda. Maklumlah kebanyakan ibu  moden hanya berharap kepada sekurang-kurangnya keadaan rumah dan keperluan keluarga yang 'manageable' dan tekanan yang tidak melampau.

Antaranya tips untuk men-dedikasikan hanya 10 minit sehari untuk ruang tertentu selama 30 hari tetapi mesti fokus dalam waktu tersebut.

Banyak lagi inspirasi dan panduan dalam blog tersebut. Selamat meneroka!

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...