Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Bunga oh bunga!

Bunga-bungaan adalah kemestian di dalam aspek hiasan rumahtangga. Sepasu di atas meja makan, sejambak di sudut ruang tamu dan pelbagai lagi ruang yang ada. Ada di kalangan wanita yang tidak berapa sukakan jambangan bunga apalagi yang bercirikan plastik. Mereka mungkin memilih gaya minimalis atau zen style mengikut trend terkini. Tetapi ada wanita yang sangat menggemari bunga. Ini termasuklah ibu saya sendiri. Hampir setiap sudut dihiasi bunga. Hampir setiap meja terletak bunga. Hampir setiap para juga dibariskan dengan bunga. Dan tidak ketinggalan, bilik air di rumah ibu kesemuanya memiliki jambangan bunga masing-masing! Begitulah hebatnya penangan bunga sebagai hiasan bagi mereka penggemar bunga. Ramai orang yang menggemari bunga akan membeli, menggubah dan kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu. Setelah sekian lama, bunga ini akan kelihatan berselupat diselaputi sawang kecil dan debu. Ada pemilik rumah yang perasan dan ada yang tidak. Seelok-eloknya, bunga yang dibeli dahulu

Penjagaan permaidani

Siapa yang tidak gemar rumah yang berhias cantik. Hiasan rumah tidak lengkap rasanya tanpa permaidani yang terhampar. Kalau tak sepuluh dibeli, sekurang2 nya kita hamparkan satu di ruang tamu sebagai penaik seri. Dengan pilihan yang pelbagai warna dan corak di kedai2 permaidani, sekali-sekali pasti tercuit hati untuk membeli. Hutang pun tak mengapa... Ibu saya juga penggemar permaidani. Hampir keseluruhan lantai di baluti permaidani pelbagai gaya. Hampir setiap hari juga permaidani di vakum untuk menghilangkan debuan halus atau sebarang kekotoran yang boleh disedut. Tidak memadai dengan itu, bulu permaidani di bahagian hujung dan pangkal (jika ada) juga disikat agar selari dan tidak kelihatan berselerak. Setelah dibentangkan di lantai, permaidani tadi bukan sekadar alat hiasan tetapi juga menjadi mangsa pijakan kaki manusia. Kesan kotoran makin lama semakin menjadi. Ada calitan kotoran yang tidak hilang hanya dengan di vakum. Tidak hairan lah setelah bertahun2, permaidani tadi menjadi