Wednesday, October 23, 2013

Mencuci bilik air


Semasa mencuci bilik air, pastikan peralatan yang ada di bilik air seperti baldi, gayung, besen mandi bayi atau lain-lain juga turut dicuci. Caranya adalah dengan memberus permukaan baldi, gayung atau besen mandi tersebut dengan sedikit sabun. Berus yang boleh digunakan pula adalah seperti berus sabut atau berus lain yang bersesuaian. Beruskan bahagian luar dan dalam peralatan-peralatan tersebut dan juga tapak mereka. Kesan-kesan daki atau lumut akan tanggal dan barulah pencucian bilik air kita lengkap sempurna!


Mengemas isi laci / kabinet

Tentu ramai antara kita yang berdepan dengan kesulitan 'berpisah' dengan barang-barang kecil atau besar yang biasanya memenuhi ruang laci dan almari kita.


Ada satu idea yang boleh digunakan dalam menguruskan hal ini : Untuk mengelakkan kita daripada menjadi seorang 'hoarder' seperti  rancangan televisyen Hoarders dari Amerika Syarikat, kita boleh membuang barang-barang yang tidak digunakan lebih daripada 2 bulan daripada tarikh kita menyimpannya. Contohnya, baru-baru ini saya mengumpulkan semua sudu-sudu plastik susu bayi (scoop) yang biasanya kita dapat apabila kita membeli susu anak-anak kita dan membuang semua sudu tersebut, kecuali satu atau dua sahaja. Sebelum ini, saya menyimpannya dengan anggapan 'mungkin berguna atau perlu di masa hadapan'. Tetapi saya dapati sudu-sudu ini tidak digunakan.

Oleh itu, kaedah ini boleh digunakan bagi kebanyakan barang-barang yang kadang-kala kita simpan dengan anggapan 'mungkin berguna atau perlu di masa hadapan'. Dengan itu, kita boleh memastikan ruang-ruang dalam rumah kita hanya dipenuhi dengan barang-barang yang benar-benar kita perlu sahaja untuk kegunaan keluarga  kita. Selamat mengemas!

Sunday, June 30, 2013

PEMBELIAN ONLINE BUKU "MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH"

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian,


Pembelian buku secara online sudah bermula.  Boleh order secara direct dari kami.  Sila hubungi:


Cik Diana (Johor) - 0197971312
Cik Dahlia (Nilai) - 0129528145
Cik Awa (Melaka) - 0197556063
 Cik Win (Kajang)- 0122312430
Cik Zaza (Puchong) - 0123751375
Cik Lubna (Putrajaya) - 0133507789
 En Ilmi (Bukit Jalil) - 0177937991

Harga RM20 untuk buku dan RM6 untuk kos pos, jadi RM26 jumlah keseluruhan . Kami akan smskan no acct.

Boleh request untuk autograph penulis ya....

Untuk makluman semua, buku ini insyaAllah berada di kedai2 buku seluruh Malaysia bermula Isnin 6 Mei 2013. 

Terima kasih di atas sokongan anda.  

~Barisan Penulis~

 Komen pembaca:

http://fazira.blogspot.com/2013/05/promosi-buku-mudahnya-mengemas-rumah.html?m=1

http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/05/review-buku-mudahnya-mengemas-rumah.html

http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/05/buku-mudahnya-mengemas-rumah-di-pasaran.html

....terima kasih banyak2 ya....

Tuesday, May 7, 2013

Sebelum meninggalkan rumah…



Anda pasti pernah mengalamai situasi di mana anda dan keluarga anda akan meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Mungkin anda sekeluarga balik ke kampung beraya, menghadiri kenduri kendara, bercuti dan lain2. Biasanya, bila kita nak pergi ke suatu tempat kita akan rasa teruja tetapi bila balik dari suatu tempat, kita akan rasa penat dan kalau boleh nak terus baring dan tidur.

Ha…berapa ramaikah di antara anda yang rasa agak tertekan bila balik ke rumah. Ye lah terpaksa kosongkan baju dari beg, itu belum lagi dicampur dengan baju dalam bakul kotor yang belum dibasuh. Buka sahaja pintu rumah nampak pula mainan anak bersepah-sepah di ruang tamu. Masuk pula ke dapur ada pula bekas-bekas cawan dan pinggan yang tidak dibasuh, dan rak pinggan tidak dikosongkan. Kemudian masuk ke bilik, lihat katil tidak berkemas dan baju bersepah-sepah. Soalannya:Tidakkah anda mahu rasa nyaman dan selesa sebaik sahaja tiba di rumah? Kalau perlu kemaspun hanya sedikit sahaja. Itupun kemaskan beg baju sahaja.

Di sini saya sertakan beberapa perkara perlu dibuat sebelum meninggalkan rumah:             
   



  1. Jika anda sudah implemenkan teknik-teknik mengemas yang ada dalam blog ini, sepatutnya sekarang anda sudah cekap dan rumah anda tidaklah terlalu bersepah.
  2. Beg baju untuk dibawa haruslah dikemas beberapa hari sebelum. Buat catatan apa yang perlu dibawa supaya tidak kelam-kabut pada hari bertolak. Minta anak-anak dan suami bekerjasama membantu anda.
  3. Dua hari sebelum, basuh segala baju kotor yang ada. Jika tidak sempat lipat, tidak mengapa. Sediakan bakul untuk mengisi  baju yang tidak sempat dilipat.
  4. Malam sebelum bertolak, pastikan semua makanan di dapur sudah habis dimakan. Jika tidak habis, buang atau simpan sahaja dalam peti sejuk.
  5. Pastikan pinggan mangkuk di rak yang telah kering disimpan di tempat asal.
  6. Jika perlu memasak bekal, pastikan bahan-bahan disediakan awal. Gunakan peralatan memasak yang minimum dan pastikan segala peralatan yang kotor dibasuh.
  7. Lap dapur dan bersihkan sinki.
  8. Buang sampah supaya tidak berbau.
  9. Simpan semua mainan, buku-buku di tempat asal.
  10. Jika terlebih rajin, boleh vakum dan mop dahulu sebelum bertolak.
  11. Tidur lena dan keesokannya..
  12. Mandi, bersiap, beg pun dah siap kemas dan bertolak.
  13. Sebelum bertolak, semburkan dahulu pewangi udara…


Memang nampak penat tapi berbaloi. Masuk dalam kereta, kita dah takda rasa seperti..”Eh, lupa nak buang sampah.” , “Alamak, ada nasi dalam periuk..”

Dua tiga hari kemudian, balik dari berkelana..masuk sahaja ke dalam rumah..lapang rasanya sebab rumah dalam keadaan bersih dan teratur. Cubalah..

Bagi yang lebih advanced, persiapan sebelum meninggalkan rumah termasuk juga untuk hari selepas balik dari bercuti. Contohnya, anda tinggalkan rumah dari hari Khamis hingga Ahad. Hari Isnin anda perlu bekerja dan anak-anak bersekolah. Jadi, sebelum bertolak, pastikan anda dah siap gosok baju sekolah anak, gosok baju kerja, kerja sekolah anak dah siap, kasut sekolah dah basuh dan lain-lain. Jadi Ahad malam isnin tu anda berehat semata-mata…esoknya, jalanilah hidup seperti biasa..

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU MALAM

Kalau ikutkan badan, waktu malam adalah untuk berehat sahaja, bersantai, menonton TV, bergurau senda dengan anak dan suami atau membaca bahan bacaan kegemaran masing2.

Tetapi tanggungjawab yang digalas setelah berumahtangga memerlukan kita memperuntukkan sedikit lagi waktu untuk melangsaikan apa yang perlu.  Walaubagaimanapun, jangan terlalu lama memperuntukkan waktu mengemas sehingga tiada langsung waktu senggang untuk diri, anak2 atau juga suami/isteri.

Langkah pertama selepas makan malam adalah mengajak kesemua ahli keluarga membantu menyelesaikan hal2 di dapur.  Latih anak2 mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga.  Bahagikan tugas untuk menyimpan baki makanan ke dalam tupperware, mengelap meja dan menyusun atur perkakas yang telah digunapakai.  Pilih ahli keluarga untuk menyapu lantai dan mengelap kabinet2 di dapur jika tidak sempat dikemas setelah memasak tadi.

Selepas mengemas, tinggalkan pesanan agar sesiapa yang makan kudapan atau minum sebelum tidur perlu pastikan membasuh perkakasan seperti pinggan dan cawan dan jangan dilonggok ke dalam sinki sahaja.

Sambil memantau anak2 dan suami melakukan aktiviti mengemas dapur, ibu boleh menyiapkan bahan untuk sarapan keesokan pagi dan disimpan ke dalam peti sejuk.  Esok pagi tinggal menggoreng sahaja menggunakan bahan2 yang telah disediakan.


Cukuplah aktiviti mengemas seharian.  Sekiranya kain baju belum disusun ke dalam almari, pastikan ahli keluarga menyusun sebelum berehat tidur.  Waktu selepas makan wajar digunakan untuk bersantai bersama ahli2 keluarga dan berbincang tentang permasalahan harian anak2, suami dan isteri.  Lupakan sebentar keperluan mengemas dan tumpukan perhatian kepada aktiviti menjana silaturrahim pula.

InsyaAllah dengan sedikit perancangan teratur, pengurusan rumahtangga anda akan efektif.

Friday, April 26, 2013

BUKU 'MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH' DI PASARAN





Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Alhamdulillah, projek membukukan tips2 mengemas rumah sudah selesai.  Kami terbitkan buku kompilasi mengemas rumah dengan tajuk Mudahnya Mengemas Rumah.  Kepada peminat setia blog, kini anda sudah boleh memiliki koleksi catatan blog mengemasrumah secara peribadi!

Idea asal kami digabungkan bersama idea kreatif Telaga Biru dan diharapkan menepati selera pembaca semua.  Kandungan buku dipenuhi foto2 berwarna untuk memudahkan lagi pembaca memahami isi kandungannya.

Jangan lupa dapatkan buku ini di PESTA BUKU 26 April - 5 Mei di booth Telaga Biru! Buku ini juga boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan melalui Stormreaders.  

Pembelian secara online akan diumumkan kemudian, insyaAllah!

Selamat membaca!

Tuesday, October 23, 2012

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PETANG

...ini sambungan seterusnya.

Selesai memasak, anda boleh terus menjamah hidangan sambil menyuap anak2 kecil.  Rehatlah sebentar setelah memeras tenaga sepanjang pagi.  Waktu ini adalah waktu ideal berehat; sambil menidurkan si kecil, anda pun boleh tidur sekali.  Anak2 yang bersekolah mungkin pulang sekitar jam 2 atau 3.  Mereka boleh makan makanan yang telah terhidang dan pastikan mereka mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk mereka setelah makan.  Jadi anda tidak perlu membuang masa menguruskan dapur kembali.

Selesai mengecas semula energi dan solat zohor, anda boleh menguruskan kain baju di ampaian.  Angkat baju yang sudah kering dan mula melipat sambil menonton TV atau mendengar radio.  Jangan lupa untuk merujuk kaedah menguruskan kain baju yang telah disarankan dalam entri2 Tips Menguruskan Kain Baju Tinggalkan dulu kerja2 menggosok untuk dilakukan di hujung minggu kerana anda mempunyai bantuan dari ahli keluarga yang lain.

Selesai mengangkat dan melipat dengan kaedah sistematik, anda boleh minta anak2 agar meng dan angkat menyusun kain baju mereka sendiri di dalam almari.  Ini adalah latihan kemahiran hidup untuk anak2 anda agar mereka juga bertanggungjawab menguruskan hidup mereka sendiri.

Biasanya selesai tugasan menguruskan kain baju, asar pun menjelang tiba.  Tugasan rutin anda sudah selesai jadi anda boleh memilih untuk berkebun, menguruskan laman, atau keluar bersama anak2 menghirup udara petang.  Apa salahnya jika berjogging.....

Sekitar jam 6 tiba masa mandi dan kembali ke dapur memanaskan lauk-pauk atau menambah jenis lauk yang ada.  Cuba disiplinkan diri untuk menyelesaikan tugas tersebut sebelum maghrib.  Selesai maghrib, anda mungkin mahu tumpukan kepada sesi mengajar Al-Quran kepada anak2 selama 30 minit baru bergerak untuk makan malam.  

Rutin malam pula?  Kita sambung entri seterusnya...sabar ya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...