Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Menyimpan dokumen sulit

Semasa mula berkahwin, kita cuma ada beberapa dokumen penting seperti IC, surat beranak dan sijil nikah. Masuk beberapa tahun diiringi beberapa orang anak, bertambah dokumen kepada surat beranak anak, rekod mengandung (kad merah semasa zaman saya), rekod immunisasi anak dan berbagai lagi di tahun2 yang mendatang.

Pada mulanya dokumen disimpan di dalam satu fail, campakkan sahaja sambil lewa. Apabila saiz keluarga membesar, setiap kali kita memerlukan dokumen untuk di fotokopi, kita terpaksa memunggah isi fail mencari dokumen yang kita idamkan. Agak memeningkan dan mencemaskan bila dokumen yang dicari terselit di celah2 dokumen lain.
Jadi, untuk lebih "organized", kita boleh menyediakan fail2 yang lengkap berlabel untuk setiap anggota keluarga kita. Satu cara yang sangat sistematik dan memudahkan adalah penggunaan fail yang lengkap terbahagi kepada beberapa lapisan ruang. Setiap ruang pula disertakan dengan label pembahagi. Kita boleh menyimpan dokumen diri kita di satu lapisa…