Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Sebelum meninggalkan rumah…

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU MALAM

Kalau ikutkan badan, waktu malam adalah untuk berehat sahaja, bersantai, menonton TV, bergurau senda dengan anak dan suami atau membaca bahan bacaan kegemaran masing2.

Tetapi tanggungjawab yang digalas setelah berumahtangga memerlukan kita memperuntukkan sedikit lagi waktu untuk melangsaikan apa yang perlu.  Walaubagaimanapun, jangan terlalu lama memperuntukkan waktu mengemas sehingga tiada langsung waktu senggang untuk diri, anak2 atau juga suami/isteri.

Langkah pertama selepas makan malam adalah mengajak kesemua ahli keluarga membantu menyelesaikan hal2 di dapur.  Latih anak2 mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga.  Bahagikan tugas untuk menyimpan baki makanan ke dalam tupperware, mengelap meja dan menyusun atur perkakas yang telah digunapakai.  Pilih ahli keluarga untuk menyapu lantai dan mengelap kabinet2 di dapur jika tidak sempat dikemas setelah memasak tadi.

Selepas mengemas, tinggalkan pesanan agar sesiapa yang makan kudapan atau minum sebelum tidur perlu pastikan membas…