Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

Penstoran pinggan mangkuk

Pinggan mangkuk adalah kemestian dalam rumahtangga. Ada pinggan mangkuk yang dipakai untuk kegunaan harian. Ada juga lebihan untuk simpanan jika perlu terutama semasa kenduri-kendara atau kehadiran tetamu. Stok pinggan mangkuk yang banyak memerlukan tempat simpanan. Terdapat segelintir yang memilih kabinet2 berpintu kaca. Tetapi sekarang kebanyakkannya menggunakan kabinet dapur yang pasang siap. Ia bertutup dan terlindung dari pandangan mata. Walau apa pun pilihan penstoran kita, pinggan mangkuk memerlukan kemahiran tertentu untuk menyimpan. Ada yang rimas melihat pelbagai set lalu melonggokkan sahaja ke dalam tempat simpanan. Asalkan muat, janji tersimpan. Kalau pintu almari adalah kaca, nampak berserak dan asal letak sahaja. Yang biru bercampur merah, mangkuk bercampur cawan dan kalau boleh diselit semahu2nya selagi ada ruang. Penyimpanan pinggan mangkuk juga boleh diberi perhatian khusus. Pastikan kegunaan hari2 diasingkan di dalam tempat yang khusus yang mudah dicapai dan disimpan.

Mengemas rumah - jalan pintas

Siapa tak suka jalan pintas. Kalau boleh, segala benda kita amalkan jalan pintas. Sukacita dimaklumkan, mengemas pun ada jalan pintasnya. Ia mungkin diperlukan untuk ibu2 yang sibuk dengan kerjaya dan anak serta suami, tetapi masih berhasrat untuk memastikan kerapian rumah sedaya mampu. Ramai yang enggan atau kurang selesa mengemas sewaktu hari2 biasa. Biasanya, tugasan menyapu, mengemas dapur, mengemop dan melipat baju ditangguh sehingga hujung minggu. Jadi, di hujung minggu, kita dibebankan dengan kerja2 mengemas yang terkumpul. Habis masa sepanjang hari Sabtu dan Ahad dengan tugasan mengemas dan membersihkan rumah. Di hujung minggu kita sering membasuh, melipat dan menggosok segunung baju. Kita juga bertungkus lumus menyedut sampah dan mengemop lantai keseluruhan rumah. Sudahnya, kita keletihan di hujung minggu dan tiada masa berehat. Sedar2, sudah kembali ke hari Isnin sebelum kita sempat menarik nafas. Sebenarnya, untuk mengekalkan kebersihan rumah, kita tidak perlu bertangguh seh

Petua mengemas - Intro

Walaupun kita di ajar dan diperturunkan dengan pelbagai tips serbaguna untuk mengemas rumahtangga, tidak semua dapat kita amalkan. Zaman berubah, maka keperluan berubah. Cuma keperluan mengemas rumah tempat tinggal kita, tetap tidak berubah. Apabila zaman berubah dan cara hidup juga berbeza, latihan mengemas yang kita terima dulu sedikit sebanyak tidak lagi relevan. Dulu kurang mesin, sekarang kita mempunyai banyak pilihan mesin untuk membantu kita. Dulu ibu kita adalah suri rumah sepenuh masa, kita pula separuh masa sahaja. Maksudnya, kita mungkin perlu mengkaji kembali keperluan kita. Setelah itu, kita mungkin memerlukan cara yang lebih sesuai dengan gaya hidup kita. Untuk menyesuaikan dengan perubahan zaman dan keadaan, kita mungkin perlu mencipta kaedah dan sistem yang paling berkesan dengan gaya hidup kita. Tidak sesuai jika kita hanya mengikut membuta tuli cadangan dan saranan pakar atau teman2. Teknik mereka mungkin tidak dapat menghasilkan apa yang kita mahu. Walaubagaimanapun,

Kain lap tangan

Zaman sekarang mudah. Banyak keperluan di rumah kita boleh beli siap. Dan ada opsyen pakai buang pula. Contohnya, sekarang ramai yang menggunakan kitchen paper towel, dan bukannya pengelap tangan dalam bentuk kain. Walaubagaimanapun, masih terdapat segolongan yang menggunakan kain pengelap tangan termasuk saya sendiri. Kosnya lebih murah memandangkan penghuni rumah saya yang ramai. Tetapi perlu diingat, kain pengelap tangan yang dikongsi bersama ramai orang berpotensi mengumpul berbagai kotoran dan ini mungkin menyebabkan penyakit yang berjangkit. Kita mungkin pernah menggunakan kain pengelap tangan yang sudah penuh bertahi lalat tapi tetap digantung untuk digunakan oleh sesiapa. Timbul juga was2 di hati - bersih ke kain pengelap ini? Sebaiknya, pastikan anda mencuci kain lap tangan setiap hari. Bukanlah sukar sangat, cuma ambil kain dan masukkan ke dalam mesin basuh. Untuk ini, anda perlu menyediakan stok kain pengelap tangan sekurang2nya 5 helai, cukup untuk sering bertukar ganti.

Penjagaan Kain buruk

Semua orang memerlukan kain buruk di rumah. Takkan nak guna tisu semata2. Kos tisu agak tinggi untuk jangkamasa yang panjang. Kain buruk digunakan untuk berbagai acara. Untuk mengelap meja makan, makanan tumpah di lantai, mengelap dapur, mengelap kereta dan lain2 lagi. Seelok2nya setiap agenda tersebut menggunakan kain buruk yang berasingan. Contohnya, kain buruk pengelap meja jangan digunakan untuk mengelap lantai. Ini adalah untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Kain buruk yang digunakan untuk mengelap lantai dan dipakai pula untuk mengelap meja akan membawa pelbagai jenis kuman dan bakteria dari lantai. Sedangkan meja makan kita sepatutnya bersih dari kuman kerana itu tempat kita menyuap makanan. Kalau kita perasan, kain buruk yang digunakan terlampau lama digunakan akan mula berlendir. Seelok2nya, kita mencuci kain buruk kita dengan pembersih anti bakteria seminggu sekali. Jangan ditunggu sehingga lendir dan berdaki tebal. Jika kain buruk tidak dicuci, dibimbangi ia akan melaluka

Pengurusan memasak ekspres

Pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan kami adik beradik. Ayat lumrah yang kami sering dengar : "Mata kena selalu tengok jam!". Ini bermaksud betapa pentingnya masa dan penekanan ini sering diberikan dalam setiap tugasan kami di rumah. Termasuklah tugasan memasak di dapur. Kami juga digalakkan untuk think ahead and plan ahead. Ini memudahkan perlaksanaan sesuatu perkara. Sama sekali jangan waktu nak buat, baru nak fikir. Nanti memakan masa pula. Dari segi memasak, kami perlu memikirkan dari awal menu yang akan dihidangkan. Seterusnya, boleh mula mengeluarkan ikan atau ayam untuk defrost seawal jam 9 atau 10 pagi. Nasi juga perlu dimasak dahulu sebelum kerja2 memasak bermula agar bila lauk siap, nasi juga sudah dimasak. Kami selalunya memulakan tugasan memasak jam 11 pagi. 1 jam diperuntukkan untuk aktiviti memasak secara ekspres dan 1 jam lagi untuk mengemas dapur sehingga berkilat. Lauk harian yang dipilih berkisar 1 lauk daging (ikan, ayam etc) berupa sambal atau ku

Intro

Ibuku adalah seorang 'pengurus rumahtangga'. Ini gelaran baru yang saya cipta sendiri. Gelaran lama adalah suri rumah sepenuh masa. Saya baru mengetahui apa maksud perkataan 'suri' itu sendiri. Itupun setelah saya terbaca artikel mengenai Tom Cruise dan anaknya yang dinamakan Suri. Rupanya, dalam bahasa Sanskrit, suri bermaksud 'rose' iaitu bunga mawar dalam bahasa kita. Oh! Indah maksudnya! Jadi, jika diandaikan perkataan suri rumah diambil dari bahasa Sanskrit, ia mungkin bermaksud penyeri rumah tangga ibarat sekuntum mawar yang bukan setakat harum mewangi, bahkan indah dipandang. Tapi, setelah sekian lama, perkataan suri rumah membawa darjat yang rendah di mata kita. Anda kerja apa? Oh, saya suri rumah sahaja. Pandangan umum seakan2 negatif seolah2 seorang suri rumah tiada sumbangan apa2. Hinggakan kita terbaca sekali sekala pengalaman menantu yang dianaktirikan kerana tidak bekerja. Begitu sekali taraf seorang suri rumah di mata masyarakat kita. Oleh itu, sa

Anak menconteng dinding

Arrgghh!! Anakku menconteng lagi! Habislah dinding rumah kita. Begitulah, keluh kesah yang kita alami bila tangan comel montel mula berkarya di dinding rumah. Hampir semua ibu2 mengalami masalah yang sama. Ini berlaku apabila anak berumur sekitar 2-4 tahun. Pantang lepa, pasti mereka mula menunjukkan bakat terpendam. Anehnya, dulu semasa zaman batu, terdapat banyak coretan di dinding gua dan ini adalah satu kelaziman. Perkara ini juga berlaku di zaman Mesir purbakala dengan catatan pictograf atau tulisan hieroglyphic, bersepah di merata dinding. Hingga kini mereka dianggap sebagai artifak sejarah yang tinggi nilainya. Bahkan ramai cendikiawan zaman sekarang datang berpusu2 menyaksikan artifak2 ini. Nampaknya dulu, contengan di dinding bukan aspek terlarang. Tidak menjadi isu sama sekali! Sayangnya, 'modern-day convention' menetapkan bahawa menconteng di dinding adalah aktiviti manusia tidak bertamadun. Kita dididik untuk memastikan dinding kita bersih dari sebarang calitan. S

Mengelap tingkap kaca

Trend sekarang, rumah2 yang dibina banyak menggunakan tingkap sliding atau pintu sliding yang mempunyai bidang kaca yang luas. Jika dibiarkan beberapa lama, tingkap atau pintu tersebut akan mempunyai banyak comot berupa cap jari atau calitan kotoran dan sebagainya. Sebenarnya kalau dibiarkan pun tidak mengapa, ia masih boleh berfungsi seperti biasa. Tetapi setelah kita bekerja di bangunan kaca yang bersih berkilat, terasa jauh perbandingannya rumah kita. Teringin juga sekali sekala, apabila mood datang, untuk membersihkan kaca tingkap atau pintu agar nampak berseri semula. Golongan professional selalunya menggunakan peralatan seperti wiper, cecair pembersih dan membilas pula dengan air bersih. Walaubagaimanapun, membersihkan tingkap dan pintu kaca secara kecil2an boleh dilakukan dengan beberapa cara tanpa peralatan kompleks: 1. Gunakan glass cleaner dan kemudian lap hingga kering menggunakan surat khabar yang sudah digumpal. Ini cara yang cepat dan efisyen. Disarankan oleh pembersih2 b

Anakku, Buah hatiku!

Untuk ibu2 muda bekerjaya yang mempunyai anak2 kecil, seringkali terkocoh2 selepas pulang dari kerja. Jam sudah mula menunjukkan ke angka 6 petang. Mana nak angkat baju di ampaian, mana nak sapu rumah sikit2, mana nak masak. Badan pula sudah miang dan gatal minta dimandikan. Di waktu2 kritikal ini, kita sangat memerlukan khidmat pembantu rumah. Tetapi tidak semua mampu memiliki pembantu, terutama kalau anak kecil baru 1 atau 2. Jadi, mahu tak mahu berbahagi tugas sahaja dengan suami. Di waktu2 kritikal ini jugalah, anak2 kecil sering menangis - bermacam kerenah yang mereka berikan, nak mandi, nak makan, nak minum, nak main dan berbagai lagi. Sebagai ibu kita mengharapkan kerjasama mereka untuk diam sehingga selesai tugasan2 kita. Tapi sebagai anak, mereka mempunyai agenda mereka sendiri. Seringkali, walaupun sudah cuba dilayan sedaya upaya, anak2 kecil tadi terus2an merengek memerhatikan kita yang ligat bekerja umpama lipas kudung. Kita minta suami cuba melayan kerenah anak2, tapi bias

Meja Solek -Lubna

Antara pelengkap di bilik tidur, meja solek berfungsi sebagai markas segala dandanan diri dan aksesori-aksesori comel seperti kerongsang dan sepit rambut. Saya teringat ketika zaman kami adik-beradik masih memakai bedak talkum sebagai pelengkap diri. Pastinya bedak akan dituang dahulu ke tapak tangan sebelum disapukan ke muka. Cuba kita ingat kembali, apa yang biasanya dibuat selepas tangan meratakan bedak di muka? Ya......!!! Secara automatik kita akan menggosok-gosok tapak tangan untuk membuang lebihan bedak, lalu ianya mendarat tepat di atas meja solek dan kawasan sekitar. Tindakan yang menjadi sebahagian dari rutin ini lama kelamaan akan menyebabkan meja solek kita diselaputi lebihan bedak di samping debu dan kotoran lain. Oleh itu, apa kata seminggu sekali, kita alihkan sebentar segala penghuni meja solek ke tempat lain. Jika meja solek kita beralas, kibas dahulu alasnya ke luar tingkap atau lebih cermat di laman rumah lah...Kemudian, ambil kain lap(bukan kegunaan dapur) yang diba

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Asal kapas jadi benang

Orang kita terkenal dengan sifat sentimentalnya. Semua barang ada sentimental value. Jam ni girlfriend lama yang bagi. Baju ni dipakai semasa konvo. Dan berbagai lagi sentimental value yang kita cipta dan peringatkan kepada diri sendiri Kerana setiap barang begitu bermakna, maka kita biarkan mereka kekal dalam simpanan kita. Kalau orang perempuan dengan koleksi baju, tudung, handbag atau apa2 sahaja aksesori. Orang lelaki pula dengan resit2 lama, dokumen2 lama, komik atau barang elektrik yang rosak tapi mungkin boleh dibuat spare part. Sekali sekala kita tersentuh mereka, kita belai dengan penuh kasih sayang. Tetapi setakat itu sahaja, kita abaikan mereka bertahun2 lagi. Semakin lama barang2 ini semakin menimbun. Dari ruang di bilik tidur kita sudah menjalar ke bilik sebelah. Tak cukup ruang di dalam bilik, ia memakan pula ruang di ruang tamu, pinggir bilik atau di mana2 sahaja yang kita rasa masih boleh dimuatkan. Rumah kita mungkin ibarat muzium yang sarat dengan koleksi. Lama kelama

Mengemas katil

Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama, antara perkara pertama yang diajar adalah mengemas cadar di katil. Cadar katil di asrama perlu tegang. Ada sesetengah warden yang garang (terutama di sekolah lelaki) yang tidak berpuas hati, akan mencabut cadar yang tidak tegang lalu terpaksalah pelajar menyarungkannya semula dengan rapi. Kami adik beradik beruntung kerana cara mengemas cadar sudah dilatih dari rumah lagi. Jadi, kami tidak mengeluh dengan rutin yang ketat di asrama. Kalau difikirkan semula, disiplin ibu saya tak jauh berbeza dari rutin tinggal di asrama - semua perkara mengikut jadual, kekemasan dan kerapian adalah tunjang utama. Teknik mengemas cadar bunyinya mudah. Bentang cadar dan tarik kiri dan kanan. Tapi masih ramai yang mengemas cadar tetapi senget sebelah, berkedut dan sebagainya. Tidak nampak serapi katil di hotel atau di asrama. Jadi bagaimana caranya? Mula2 sekali kita perlu alihkan bantal dari katil. Lipat selimut dan simpan di tempat asalnya. Kemudian kita bentan

Adab Makan

Untuk menjamin kekemasan rumah, ibu saya mempunyai beberapa pantang larang. Antaranya adalah pantang larang mengenai makan. Kami dilarang keras daripada makan atau minum di bilik tidur. Kami juga dilarang untuk makan atau minum di ruang tamu atau mana2 ruang selain dapur. Kerana ramai yang suka makan sambil menonton, ibu saya mengambil keputusan meletakkan televisyen di dapur. Jadi mudahlah kami menonton televisyen sambil makan biskut atau minum air milo. Cara kami makan biskut juga ada caranya. Kami dikehendaki untuk makan biskut di dalam pinggan. Setiap kali menggigit biskut, kami perlu menadah pinggan di bawah mulut. Ini untuk memastikan bahawa habuk2 biskut tidak bertabur di lantai. Bukankah lantai telah disapu dan dimop sepanjang masa? Jadi tidak berbaloi kalau disepahkan semula. Seboleh2nya elakkan dari menabur sebarang kekotoran. Makan biskut tanpa menadah dengan pinggan is a big crime di rumah kami. Kalau kami membancuh milo atau teh, kami perlu pastikan kami mengelap segera t

Senarai tugasan mingguan

Di hujung minggu memang indah jika dapat bersantai, dan bergembira. Tapi setelah beranak pinak, hujung minggu juga menjadi waktu bekerja - kerja2 rumah pula. Banyak tugasan yang perlu diselenggarakan. Saya sendiri pun sering lupa. Untuk peringatan saya sendiri, di bawah ini adalah checklist yang boleh digunapakai. Senarai tugasan mingguan - Sabtu/Ahad 1. Membersihkan sinki dapur. Panduan penjagaan sinki telah diberi huraian terperinci sebelum ini. 2. Mencuci bilik air Ini perlu dilakukan sekiranya kita tidak mencuci sambil mandi. Jika sudah menyambil sewaktu mandi, jimat masa kita di sini. 3. Mengelap peti ais. Peti ais perlu dibersihkan dari sisa2 makanan dan minuman yang tumpah. Akan datang akan ditulis cara terperinci penjagaan peti ais. 4. Membasuh tuala. Untuk wanita bekerjaya, mencuci tuala hanya mampu dilakukan seminggu sekali. Rasanya tak sempat sewaktu weekdays. 5. Menyapu porch. Masa inilah, boleh menyapu dengan rapi, mengalihkan pasu2 atau apa2 perhiasan di laman comel kita.

Disiplin di bilik tidur - Najhan

Ibu saya amat menitikberatkan disiplin di bilik tidur. Bagi beliau, walaupun tetamu jarang masuk ke dalam bilik, tetapi kebersihan bilik sangat penting (sepenting ruang2 lain). Kami dididik agar bilik tidur sentiasa rapi. Dari semasa ke semasa ibu akan melakukan spot check aturan dan tahap kekemasan bilik kami. Berikut adalah antara rutin yang wajib dilakukan. Pastikan katil telah dikemas sebelum jam 8 pagi. Ini sgt penting dilakukan sebelum memulakan kerja2 lain seperti menyapu halaman dan mengemop lantai.. "Pukul 8 katil tak kemas lagi..ish!". Ibu saya beranggapan, katil adalah perabot dan perhiasan pada siang hari. Kami dilarang keras tidur diatas katil ketika siang. Pendek kata, tidak digalakkan tidur siang langsung- amalan yang kurang sihat mengikut kata orang2 tua. Pastikan baju yg telah dibasuh dan dilipat (ya,hanger tidak digunakan dalam proses ini..) disusun dalam almari. Baju hendaklah disusun dengan kemas dan rapi. Kadangkala jika ibu tidak berpuas hati, kami akan

Training menjahit - Lubna

Ketika zaman mak saya masih seorang suri rumah sepenuh masa (sekarang sebagai guru ngaji), baju-baju raya kami sekeluarga pasti dijahit sendiri di rumah. Mak akan mengukur, memotong dan menyambung setiap bahagian. Saya pula akan disuruh menjahit kelepet pada lengan, kaki baju dan kain. Sebenarnya, sesiapa sahaja yang bernasib baik masih tinggal dengan mak saya akan mendapat tender ini. Biasanya mak saya suruh guna jahitan silang pangkah. Dahulu kala, mak saya mengamalkan jahitan sembat untuk kelim baju, tapi sekarang hanya jahitan silang pangkah - rasanya kerana lebih pantas. Ini juga praktik kedai jahitan semasa ini. Kakak saya yang no 4 pula ditugaskan menjahit tulang belut pada leher baju. Kekemasan jahitannya memang diiktiraf oleh mak. Saya pun tak ingat berapa hari dia ambik untuk siapkan sehelai baju. Bila saya belajar jahitan dalam kelas Kemahiran Hidup di sekolah menengah, sekurang-kurangnya saya sudah ada asas dalam jahitan silang pangkah. Secara tak langsung, gotong-royong me

Take a break!

Memang benar, mengikut mazhab Shafie, tugas memasak dan mengemas rumah adalah di bawah tanggungjawab suami. Para isteri cuma perlu melayan anak dan suami. Jika suami tidak upaya melakukan sendiri, boleh lah mengambil pembantu yang melakukan tugasan2 ini. Tapi, sebagai orang yang juga menginap dan hidup di dalam rumah yang sama, sedikit sebanyak kita juga merasa bertanggungjawab untuk melakukan sebahagian rutin ini. Lagipun, jikalau berehat sepanjang masa di rumah, rasa tidak sihat juga. Seperti yang pernah dibentang dalam artikel sebelum ini, terasa tidak keluar peluh dan toksik badan tidak dapat diusir keluar. Walaubagaimanapun, rutin mengemas dan mengemas memang menjemukan. 50 tahun kita hidup, itulah rutin yang kita alami. Untuk penggemar aktiviti ini, (seperti ibu saya) ia mungkin tidak membebankan. Tetapi untuk mereka yang sering mengeluh, rasa berat sekali mengekalkan komitmen dan dedikasi. Untuk mereka yang kadangkala merasa bosan sebagai pengurus rumahtangga, anda boleh break t

Nak Perabot Baru!

Selepas bertahun tinggal di rumah sendiri, ada kalanya kita mula terasa boring dengan perabot yang ada. Teringin membeli yang baru atau lebih hebat lagi menukar tema - dari hiasan tema tropika kepada English style. Ada juga yang tidak tahan nafsu, membeli sahaja mengikut trend2 terkini di pasaran, dulu membeli jati, kemudian membeli yang moden, kemudian di tambah pula almari putih ala2 English style. Biar kelihatan berkecamuk, tapi puas hati kerana keinginan tercapai. Dalam keadaan ekonomi yang merudum, kadang2 niat membeli tadi terpaksa kita telan. Yalah, belanja yang dikeluarkan untuk membeli perabot bukan sedikit. Tambahan pula, perabot yang lama nak dibuat apa. Semasa saya belajar dulu, saya mempunyai seorang rakan sebilik yang hobinya adalah menukar dan mengalih kedudukan perabot lebih kurang sebulan sekali. Ada kala yang tengah ditolak ketepi, yang kiri ke kanan dan berbagai lagi. She was a restless piece of soul! Tapi saya ikut sahajalah tabiatnya - no harm done anyway! Tapi, ki

Penjagaan Sinki

Sinki kita gunakan saban hari. Mencuci pinggan mangkuk serta mencuci periuk dan kuali. Untuk mereka yang teliti, akan perasan sinki yang lama kelamaan berdaki. Jika dibiarkan akan berlumut kehijauan pula. Barang asas di atas sinki kebiasaannya adalah rak pinggan sebagai rak pengering. Kemudian bekas sabun untuk mencuci pinggan mangkuk. Sebahagian kita juga menggunakan drainer sebagai penutup lubang untuk memastikan saki baki makanan tidak masuk terus ke lubang dan menyumbatkan sinki pula. Sebelum saya berniat mencuci sinki, saya perlu menyarungkan kacamata saya dahulu, kerana dengan mata saya yang rabun, sinki akan kelihatan berkilat, tak nampak hitam pun! Setelah saya menyarungkan kaca mata, barulah saya ternampak hitam di sana dan hitam di sini. Saya juga mula menyarungkan kasut ibu saya (put myself in my mother's shoes!). Agak2nya apa yang tak berkenan di mata ibu saya? Ada beberapa agenda semasa pembersihan sinki. Of course, mula2 kosongkan dulu rak pinggan yang ada. Rak pingga

Mengemas bawah katil

Katil adalah perabot kegemaran kita. Bukan begitu? Setiap kali pulang, katil yang kita serbu dulu terutama bagi yang masih single. Untuk yang berkahwin dan pulang kerja keletihan, juga selesa landing di atas katil. Empuk dan lembut pada badan yang stress berhempas pulas sekian hari. Sememangnya ramai yang tidak lupa mengemas katil dengan rapi di waktu pagi, tetapi yang musykil, adakah kita juga memberi perhatian ke bahagian bawah katil? Bahagian bawah katil selalu diabaikan. Sekali sekala menjengah ke situ mencari barang yang terjatuh, barulah terlihat banyaknya sawang dan debu berselirat di bawah sana. Kalau kita terus buat2 tak nampak, bertahun2 lagi entah bagaimana pula rupanya dan entah berapa ramai penghuni kecil di bawah sana. Jadi, sekali sekala, rajin2 lah kita menjenguk ke bawah katil beserta vakum. Seelok2nya bawah katil dibiarkan kosong agar senang kita membersihkannya. Sudahlah perlu terbongkok2, terpaksa pula maneuver di celah2 kotak barang, bertambah baran rasanya. Tetap

Berumah di negara tropika

Hidup di negara tropika memang mencabar. Mana taknya. Kita bukan sahaja kaya dengan sumber alam semulajadi, flora dan fauna, bahkan juga terdapat berbagai spesis binatang dang serangga. Terdapat lipas, lalat (berbagai spesis), semut (juga berbagai spesis), tikus, ulat (juga berbagai spesis), cicak, nyamuk, labah2 dan mungkin berbagai lagi. Setiap serangga menyumbang kepada pelbagai kekotoran di rumah. Ini yang menjadikan tugas2 mengemas begitu rumit. Teman saya pernah menceritakan pengalaman berbual dengan seorang nenek Melayu yang ketika itu menetap di England. Dia bertanya "Nenek tak nak balik semula ke Malaysia ke?". Nenek tersebut menjawab begini..."Tak mahulah, sebab di Malaysia susah nak berkemas, ada lipas, semut, cicak dan macam2 lagi! Rumah pula senang berdebu berbanding England!" Ternganga kawan saya dan juga saya sendiri ketika mendengar anecdote ini. Saya juga pernah mendengar orang memberi komen bahawa tiada nyamuk di luar negara, dan lalat pun jarang

Panduan melipat baju

Mungkin ada di kalangan kita yang tidak pernah dilatih oleh ibu untuk melipat baju. Maklumlah, apabila meningkat remaja tinggal di asrama, kemudian melanjutkan pengajian di universiti. Tidak mendapat latihan secukupnya dari ibu. Walaupun ramai yang kini hanya menggantung baju di almari, tetapi tidak kurang juga yang masih gemar melipat dan menyimpan di dalam laci. Jadi di sini diturunkan sedikit panduan, langkah demi langkah untuk melipat baju. Pertama sekali, kita perlulah mencari tempat yang bersih, biasanya, bentangkan tikar sahaja. Kemudian kita perlu melipat di atas tikar tersebut. Untuk menjadikan lipatan kemas, kita perlu melipat baju di atas permukaan rata, samada di atas lantai beralas tikar atau di atas meja yang luas. Cara2 melipat baju sukar dihuraikan dengan kata2. Memadailah jika dikatakan di sini bahawa, baju2 perlu dilipat dengan kemas dan diratakan permukaannya. Baju yang dilipat boleh dibahagikan mengikut kategori supaya senang diatur di tempat simpanan nanti. Contohn

Hikmat sabun mandi

Ibu saya bukanlah seorang saintis, tetapi dia sangat gemar mengkaji dan mencuba kaedah2 berkesan dalam pengurusan rumahtangga sempurna. Antara penemuan ibu saya yang sangat berguna adalah kegunaan sabun mandi. Kita fikirkan, sabun mandi ini lembut untuk membuang kekotoran badan kita sahaja. Rupanya ada banyak lagi yang mampu dilakukan oleh sabun mandi. Di bawah ini ada beberapa kegunaannya: Kegunaan 1 Sabun mandi amat berguna untuk mencuci kolar baju lelaki. Terutama kolar baju sekolah anak2 lelaki yang berwarna putih. Tidak ketinggalan juga kolar baju kerja para suami. Letih kita menyental kolar dengan detergent, kadang2 masih susah mahu tanggal. Detergent pula agak kasar untuk tangan kita. Jadi, boleh gunakan sabun mandi untuk menyental kolar tersebut. Hasilnya pasti memuaskan! Kegunaan 2 Setiap kali ibu datang melawat rumah saya, ibu saya mencari sabun mandi. Kemudian dia akan mencari sponge kasar dan mula menyental sinki saya sehingga berkilat. Sinki saya bukanlah yang stainless st

Pakai Buang

Pakai dan buang. Semasa remaja, konsep itu sangat asing kepada saya. Ibu saya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan. Mungkin kerana kami bukan tergolong orang berada, maka istilah membeli seakan2 di`ban' dalam kehidupan kami. Selagi sesuatu barang boleh diguna, ia akan diguna sehingga ke `titisan darah yang terakhir'. Contohnya, berus gigi yang tidak boleh lagi memberus gigi akan digunakan pula untuk memberus sinki. Begitu juga dengan kain buruk, selagi boleh dicuci dan digunakan kembali akan diguna sampai lunyai. Economical, itulah kata kunci kegemaran famili kami. Menyebut tentang kain buruk, saya teringat pengalaman saya semasa baru berkahwin sekitar 3 atau 4 tahun. Ketika itu, saya sedang sibuk di dapur mencuci kain buruk. Saya mengamalkan tunjuk ajar ibu saya agar merendam kain buruk dengan air panas dan mencuci sehingga bersih semula. Tiba2 saya perasan suami saya memerhatikan saya. (Saya rasa dengan pandangan aneh, tapi saya tak peka semasa itu). Dengan bangg

Alahai suami!

Siapa tak sayang suami... Sayang, hormat, kekadang geram pun ada kan. Pengalaman saya dan ramai lagi seangkatan saya masa baru2 kahwin dulu rupanya agak serupa. Masa baru2 kahwin, suami agak rajin membantu. Ada suami yang tolong menyapu sampah, melipat baju, memasak dan berbagai lagi. Walaupun hasilnya tidak seberapa...Tapi suami berbangga dapat menjadi suami mithali, terutama apabila membantu tanpa diminta! Malangnya, belum pun hilang keringat di dahi suami, ramai pula kaum isteri yang tidak berpuas hati dan menyuarakan dengan beraninya kelemahan2 suami tadi. "Kenapa tak alih kerusi ni dulu bang, baru sapu?" "Kenapa senget menget susun baju ni bang?" "Salah cara menumis tu, kena la masukkan ni dulu...!" Lalu suami pun patah semangat dan berazam tidak membantu lagi. Bimbang mengganggu! Apabila suami sudah membantu, ramai di kalangan isteri yang nampak kekurangan suami. Lipatan kain baju senget-menget, sampah di bawah meja tidak bersapu, cara memasak pula

Cara menggoreng dengan betul! - Win

Masa tu saya di sekolah menengah. Tingkatan berapa, tak ingat. Ada peperiksaan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ada satu soalan untuk bahagian ekonomi rumahtangga, berbunyi lebih kurang begini: ‘Apakah yang menyebabkan goreng pisang menjadi terlalu berminyak?’. Ada pilihan jawapan A, B, C, D. Anda tahu jawapannya? Saya dapat menjawab soalan ini dengan betul. Ada beberapa kawan baik saya tidak. Salah seorangnya berkata, ‘Hebatlah kau, mesti kau rajin di dapur’. Wah! Perlu ke saya bangga dengan pujian itu? Haha. Hakikatnya, pada masa itu, barulah saya sedar, faedahnya menolong emak di dapur. Rupanya, segala ajaran (atau leteran) mak saya tu ada gunanya. Masuk periksa tu.. haha. Saya ingat lagi, dulu masa mak saya sibuk-sibuk menyuruh saya menbantu mengemas dan memasak, beliau mesti berkata, ‘Ni semua kemahiran hidup lah ni’. Ternyata kata-kata itu sungguh tepat. Ada lagikah mata pelajaran Kemahiran Hidup ini di sekolah sekarang? Jika ada, nasihat saya pada adik-adik semua, rajin-rajinlah

Extreme cleaning habits? - Lubna

Imbauan 2005-Lepas habis PLKN, Alhamdulillah saya dpt offer pegi seberang laut, tapi kena prepare 2 thn dulu kat Kolej Yayasan UEM ambik A Level. Kat kolej ni, tempat tinggal students berkonsepkan chalet(rumah kecik ada 4 bilik, satu common room, 2 bilik air, satu komputer. mewah le juga). So masa hari pertama tu, lepas je tgk chalet saya, terus mak ayah bawak ke pekan Tg Malim. Tentulah beli mop dgn penyapu kan? Makanan takde pun takpe, asalkan alatan membersih cukup. Malam tu, habis je sesi pengenalan kat dewan besar, saya dgn housemates lain pun decided nak bersihkan lantai chalet. Sebelum tu, kitorg pakai kasut masuk chalet, berdebu semacam sebab terbiar sebulan. Diorg pun ambik la penyapu, sapu2 mana yg patut. Saya pulak, dgn amat x berpuas hati, nekad tadah air dalam baldi(juga mak saya belikan), terus siram kat lorong bilik menuju ke common room dengan yakinnya. Ahahahha semua org terpinga2, apsal semangat benar? Dahla air masuk sikit2 dlm bilik diorg. Sikit je, tak byk pun~~tap

Kitar semula! - Awa

Benda-benda yang anda rasa tak berguna di dapur tapi sebenarnya boleh dipakai. 1. Tuala mandi yang dah buruk.Instead of simpan dalam stor je tanpa digunakan, why not kita gunting cantik2 dalam bentuk square atau rectangular, kemudian hantar ke tailor untuk jahit tepi. Tada...! Dah ada koleksi untuk buat kain buruk di dapur. Kain buruk yang digunakan terlampau lama akan mula berlendir. Caranya, rebus kain tersebut untuk satu tempoh yang agak lama untuk membuang lendir. Kemudian baru dibasuh menggunakan sabun. 2. Berus lukisan dan berus gigiKedua-dua benda ini boleh digunakan untuk membersihkan celah-celah perkakasan di dapur seperti blender, dan muncung teko. Peringatan: amalkan sentiasa mengelap blender selepas digunakan untuk mengelakkan ianya berdaki dan hitam-hitam. 3. Clorox atau ejen pemutihan digunakan untuk memutihkan semula alat-alat seperti papan pemotong. (Tapi pastikan anda memilih ejen pemutih yang tidak membahayakan kesihatan atau yang khusus untuk membuang food stain). P

Kaedah menyusun buku

Buku2 jangan dibiarkan bertaburan. Memang semua dari kita meletakkan buku di rak2 buku. Itu pun dah dianggap kemas. Tetapi, ada cara menyusun buku yang kita boleh praktikkan. Sepertimana kita menyusun lipatan baju di dalam almari, buku2 pun boleh disusun dengan rapi. Alternatif 1: Kita susun sahaja buku mengikut ketinggian. Dari yang paling tinggi ke yang paling rendah. Pastikan tulang buku semuanya selari. Nampak kemas seperti di dalam gambar. Alternatif 2: Kita boleh membahagikan buku mengikut kategori. Contohnya, buku2 agama satu para, buku2 sains satu para, buku2 berkenaan famili satu para. Kemudian apabila disusun, kita tetap menyusun mengikut ketinggian, dari yang paling tinggi ke paling rendah. dan jangan lupa pastikan tulang buku adalah selari. Alternatif 3: Saranan ini untuk mereka yang mencari kelainan. Bahagikan buku mengikut warna pula! Terutama bagi mereka yang meletakkan rak buku di ruang tamu. Kita boleh menyusun buku merah di satu para, buku kuning di satu para dan seb

Mengemas dan mengemas... - Awa

Dari pemerhatian saya, saya dapati semua adik-beradik perempuan saya tidak suka memasak. Saya tidak terkecuali. Saya terfikir adakah ini disebabkan kami sudah dilatih memasak sejak dari kecil lagi? Sebagai contoh, pertama kali saya memasak semasa saya berada dalam darjah 2. Saya goreng sayur. Mmmmm...boleh tahan rasa dia. Kebetulan kakak-kakak saya tinggal di asrama, maka saya menjadi anak sulung di rumah. Mak saya kata "Klu mami masak tu, tengok. Orang perempuan ni semua kena pandai. Pandai masak, pandai kemas, pandai belajar." Setelah bertahun-tahun saya rasa semua tu ada dalam adik-beradik saya...hehe Saya belajar menyiang ikan masa saya darjah lima. Wah! saya betul-betul tak suka. baunya hanyir. Sehingga sekarang saya masih tak suka menyiang ikan. Memandangkan sekarang servis dah bagus di mana-mana, jadi setiap kali membeli ikan saya akan minta penjual siang sekali ikan-ikan tu walaupun ianya sekadar ikan kembung. Jimat masa! Saya mula memasak secara intensif selepas SPM

Jarak antara hanger - Win

Satu hari saya keluar berjalan-jalan bersama rakan-rakan saya. Seperti biasa, tempat yang akan dilawati adalah kedai pakaian. Oleh kerana saya tidak berniat untuk membeli apa-apa, saya hanya berjalan-jalan di dalam kedai sambil membelek-belek baju yang ada, sementara rakan saya mencuba pakaian. Tiba-tiba, saya tersedar akan sesuatu. Tanpa disedari, sambil saya membelek-belek baju yang bergantungan, tangan saya automatik turut menyusun ‘hanger’nya agar jaraknya sama di antara satu dengan yang lain! Oh tidak! Adakah saya ini tergolong dalam kelompok ‘control freak’? Sebenarnya atuk saya sebelah ibu amat gemar memastikan jarak di antara hanger adalah sama antara satu sama lain. Ini menurun kepada sebahagian anak2 atau cucunya. Menurun atau penyakit keturunan? Terpulang kepada orang lain untuk menilainya. Dari kacamata saya ia `mesra mata' (seperti `mesra pengguna'!).

Mencuci bilik air 2 dalam 1

Mencuci bilik air memang tugas mencabar. Terasa geli geleman dengan daki dan bau2an yang kurang enak. Tidak hairanlah ramai yang mengeluh jika itu tugasan yang ingin dilakukan. Tetapi jika dibiarkan daki2 akan bertukar hitam dan lumut2 juga akan kelihatan. Kita juga yang resah dan tidak selesa mandi di situ. Kita tidak perlu memperuntukkan satu atau dua jam terperuk di dalam bilik air untuk menyental daki di dinding, lantai dan jamban. Apa yang boleh kita lakukan adalah mencuci sambil mandi. Hah! Apa maksudnya? Maksudnya ialah, setiap kali kita mandi, kita boleh menyental lantai dengan sisa2 sabun mandi atau shampoo kita. Jadi buih2 sabun atau shampoo tidaklah terbuang begitu sahaja. Lagipun, sabun mandi atau shampoo lebih lembut untuk kulit kita. Bahkan sabun mandi terbukti keberkesanannya. (Akan datang - sabun mandi serbaguna) Beruslah lantai atau dinding dengan air buangan sabun tersebut. Sekali mandi, kita mencuci lantai. Sekali mandi lagi kita menyental dinding. Di hari lain, kit

Alamak! Tetamu datang!

Alamak! Runsingnya jika tetamu on the way mahu bertandang. Lebih dahsyat lagi kalau tiba2 terpacul di hadapan pintu. Mana tak cemas, ruang tamu rumah bersepah dengan mainan, kain baju bertaburan dan buku2 serta majalah yang tidak disusun rapi. Walaupun wajah diselaputi senyuman manis, di dalam hati kita bergoncang malu! Mulalah keluar bermacam2 alasan, "Mintak maaf ya, bebudak ni buat sepah...saya baru balik nih...tak sempat nak kemas lagi... tengah memasak...dan etc..etc..etc.." Untuk waktu2 kecemasan seperti ini, kita perlu sentiasa bersedia. Saya pernah terbaca tips mengemas di waktu2 kecemasan seperti ini. Kita memerlukan bakul2 spare seperti ini. Boleh yang plastik atau yang cantik seperti rotan, buluh dan sebagainya. Boleh simple atau pun fancy seperti bakul English style. Yang penting, sediakan beberapa bakul yang kosong. Apabila kesuntukan masa untuk mengemas rumah sempena kehadiran tetamu, bakul2 ini amat berguna sekali. Dengan pantas kita sauklah barang2 yang berse

Bakul istimewa! - Win

Jika anda mempunyai bakul-bakul seperti ini dan rasa ingin membuangnya, fikir semula! Bakul-bakul ini banyak kegunaannya. Antaranya yang ingin saya kongsi di sini ialah sebagai tempat menjemur pinggan mangkuk, terutama sekali ketika anda menganjurkan majlis makan-makan di rumah anda. Pastilah pinggan mangkuk sangat banyak yg perlu dibasuh dan dikeringkan, sedangkan seringkali kita ketiadaan ruang atau peralatan untuk tujuan ini. Menggunakan bakul2 ini juga memudahkan logistik. Bakul2 ini boleh dialih ke mana2 dengan mudah agar tidak menghalang trafik atau ruang kerja. Berikut ialah cara mudah untuk mengeringkan pinggan mangkuk anda dengan pantas: 1) lapik bakul dengan kain buruk / kain batik lama / suratkhabar. Ini supaya pinggan tidak bergerak-gerak akibat permukaan bakul yang licin, juga sebagai ejen penyerap air. 2) Susun pinggan mangkuk yang sudah dibasuh di dalam bakul tersebut. Pastikan ada ruang di celah-celah pinggan untuk mencapai pengeringan optimum. 3) Jemur di bawah sinara

Laundry time! - Win

Saya selalu berfikir lebih dari sekali sekiranya ingin meminta tolong suami saya membasuh baju. Bukanlah betul-betul membasuh, tetapi memasukkan baju ke dalam mesin basuh. Mahu tahu kenapa? Pernah sekali beliau membuat kerja itu, dan apabila saya mengeluarkan baju-baju yg sudah dibasuh dari mesin, saya dapati lengan baju masih berlipat, hujung seluar juga begitu. Stokin juga kekal bergulung. Aduh… mahu ditegur, takut beliau kecil hati pula. Bukankah jika lipatan-lipatan itu tidak dibuka, maka pakaian tidak dapat dibasuh dengan sempurna? Mesin basuh bukannya ada tangan untuk mengiraikan pakaian yang mahu dibasuh. Jadi, perlu diingat, walaupun kita menggunakan mesin basuh, kita tetap perlu memastikan yang pakaian dimasukkan secara satu persatu, kocek dikosongkan semuanya, semua lipatan/gulungan dibuka dan mesin tidak terlalu penuh. Maka, sejak hari itu, seboleh-bolehnya saya akan membuat sendiri kerja membasuh. Biarlah badan penat sekalipun. Kalau hati tidak puas dan perlu mencuci semula

Lipatan baju dalam almari.

Walaupun saya tidak mengamalkan 100% teori kekemasan dan kerapian ibu saya, sedikit sebanyak ada yang saya pegang teguh. Yalah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Antaranya, saya menyusun baju di dalam almari ibarat showroom atau katalog IKEA! Wah bunyinya hebat tu! Mungkin pada sesetengah orang ini keterlaluan. Mungkin juga ada stigma atau pandangan sinis terhadap mereka yang dipandang extreme dalam kerapian dan kebersihan. Saya pernah menerima komen dari teman saya "Kemasnya susunan baju kau, kalau aku, aku susun lebih kurang je sebab bukannya ada orang nampak pun dalam almari kita!". Mungkin habit saya tidak normal (di luar kebiasaan umum). Saya menyusun baju dengan teliti kerana setelah bertahun2 tinggal bersama ibu saya, teknik itu telah sebati dengan diri saya. Kenapa dan mengapa itu adalah perkara kedua. Yang penting saya selesa. Yang penting ia memudahkan saya mencari keperluan pakaian saya. Susunan seperti showroom tidak bermakna saya "show-off". Jauh

Selamat Hari Raya! - Lubna

Antara tugas yang menandakan esok tibanya hari raya aidilfitri dalam keluarga kami adalah gerak gempur membasuh dapur. Bilangan pembasuh yang dikira ideal ialah 3 orang. Seorang tolak air, seorang sambut dan tolak keluar pintu, dan seorang lagi bersiap sedia untuk masa-masa kecederaan. Alatan2 wajib: 1) penyapu2 lidi yang lidinya panjang, maka dapat menyambut dan menolak air dengan lebih banyak 2) baldi 3) sabun pembasuh lantai 4) salur getah panjang. Fokus utama ketika pembersihan berjalan ialah ruang2 di bawah peti ais dan kabinet. Biasanya kami menyembur air secara deras menggunakan salur getah agar tertanggal segala debu atau kotoran degil yang melekat dalam tempoh setahun. Wahh puasnya hati!!! Maklumlah kerja menyapu dapur pada hari-hari biasa tak berupaya membersihkan ruang-ruang sulit secara total. Sebab kombinasi jubin dan air siraman yang sejuk untuk dipijak, kami dinasihatkan mak supaya memakai selipar yang sesuai ketika bekerja. Kan tak elok sejuk2 ni. Oh ye, jangan lupa men