Skip to main content

Alahai suami!

Siapa tak sayang suami... Sayang, hormat, kekadang geram pun ada kan.

Pengalaman saya dan ramai lagi seangkatan saya masa baru2 kahwin dulu rupanya agak serupa. Masa baru2 kahwin, suami agak rajin membantu. Ada suami yang tolong menyapu sampah, melipat baju, memasak dan berbagai lagi. Walaupun hasilnya tidak seberapa...Tapi suami berbangga dapat menjadi suami mithali, terutama apabila membantu tanpa diminta! Malangnya, belum pun hilang keringat di dahi suami, ramai pula kaum isteri yang tidak berpuas hati dan menyuarakan dengan beraninya kelemahan2 suami tadi.

"Kenapa tak alih kerusi ni dulu bang, baru sapu?"

"Kenapa senget menget susun baju ni bang?"

"Salah cara menumis tu, kena la masukkan ni dulu...!"

Lalu suami pun patah semangat dan berazam tidak membantu lagi. Bimbang mengganggu!

Apabila suami sudah membantu, ramai di kalangan isteri yang nampak kekurangan suami. Lipatan kain baju senget-menget, sampah di bawah meja tidak bersapu, cara memasak pula agak pelik. Mulalah rasanya seperti terkilan di hati, kalau boleh jangan bagi lagi. Atau pun mulut tu ringan sahaja menegur kekurangan cara suami. Sifat pendidik di jiwa ibu sering menonjol hatta dengan suami sekalipun

Ini adalah fitrah orang perempuan, ingin segalanya perfect, exactly seperti apa yang diajar oleh ibu2 mereka. Malangnya, suami berbeza dengan anak2 atau adik2 kita. Kalau dengan adik atau anak kita pantas menegur, tapi dengan suami terpaksa mengingatkan diri tentang batas2nya. Lagipun, fikir dulu, mungkin kaedah kita tidak sebaik mana.

Apa kata, kalau sampah masih berkumpul di bawah meja, kita tengok dulu sampah yang tiada. Lantai yang bersih sekitar 80% kan? Kenapa fokus kepada yang terkumpul sebanyak 20% sahaja? Kalau penat suami belum hilang, lupakan sahaja komplen2 yang terkumpul di dada. Ucapkan terima kasih dengan penuh kegembiraan! (Mencabar tu!)

Tidak bermakna, kekurangan tu kita lupakan. Cari masa yang sesuai. Mungkin, esok waktu bersembang dalam keadaan tenang, kita cari tajuk yang mirip isu kejadian semalam. Kemudian kita bawa berbincang kaedah2 terkini dan apa rasionalnya cara kita. Jangan lupa, keep your mind open. Kerana kadang2 suami kita juga mempunyai sebab dan rasionalnya sendiri.
Kepada para suami pula, janganlah patah hati, kerana para isteri tidak pernah berpengalaman mempunyai suami, jadi tak kenal hati budi seorang lelaki...

Comments

  1. hi Dahlia, post yg menarik. Peringatan utk kita kaum isteri... :)

    ReplyDelete
  2. Ramai kaum lelaki terutama lelaki melayu tdk didik semasa kecil utk berkemas jadi kemahiran mereka kurang. Jadi sebagai isteri kita perlu pendamkan komen2 semasa mereka melakukan kerja tsb. Ucapkan terimakasih dan berikan pelukan penghargaan kpd mereka. Pada masa lapang bolehlah sampaikan tips kpd mereka utuk memperbaiki mutu kerja mereka dgn sopan. Bila suami rasa dihargai maka dia bersemangat untuk membantu kita lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...