Skip to main content

Anak menconteng dinding

Arrgghh!! Anakku menconteng lagi! Habislah dinding rumah kita. Begitulah, keluh kesah yang kita alami bila tangan comel montel mula berkarya di dinding rumah. Hampir semua ibu2 mengalami masalah yang sama. Ini berlaku apabila anak berumur sekitar 2-4 tahun. Pantang lepa, pasti mereka mula menunjukkan bakat terpendam.

Anehnya, dulu semasa zaman batu, terdapat banyak coretan di dinding gua dan ini adalah satu kelaziman. Perkara ini juga berlaku di zaman Mesir purbakala dengan catatan pictograf atau tulisan hieroglyphic, bersepah di merata dinding. Hingga kini mereka dianggap sebagai artifak sejarah yang tinggi nilainya. Bahkan ramai cendikiawan zaman sekarang datang berpusu2 menyaksikan artifak2 ini. Nampaknya dulu, contengan di dinding bukan aspek terlarang. Tidak menjadi isu sama sekali!

Sayangnya, 'modern-day convention' menetapkan bahawa menconteng di dinding adalah aktiviti manusia tidak bertamadun. Kita dididik untuk memastikan dinding kita bersih dari sebarang calitan. Sikap ini juga kita perturunkan kepada anak cucu kita. Pantang jika dinding disentuh dengan pen! Sehinggakan seorang teman saya mengambil tindakan drastik menyorokkan semua peralatan tulis dari anak kecilnya. Apabila anaknya meningkat 5 tahun dan dihantar ke pra sekolah, sekolah mengadu kepada si ibu bahawa si anak tidak pandai memegang dan menggunakan pensel. Jadi, tahap tumbesarannya terlewat dari rakan sebaya.

Sebenarnya, dalam carta tumbesaran kanak2 berusia sekitar 2 tahun, menconteng dinding adalah tahap tumbesaran yang normal. Jika anak tidak berminat menconteng dinding, maka para ibubapa perlu risau. Ada juga pakar yang menyatakan bahawa kanak2 berbangga memaparkan hasil karya mereka oleh itu memilih dinding rumah sebagai medium pameran. Malangnya, walau apa pun sebab dan musabab yang dibentangkan, umum masih tidak dapat menerima galeri si kecil ini.

Dengan mengambil kira pendapat2 yang telah dibentangkan, ada beberapa opsyen untuk mengatasi masalah ini. Pilihlah mana yang sesuai:

1. Jika kita mempunyai rumah sendiri, kita boleh mengecat dinding menggunakan cat yang kalis kotor. Harganya mahal sedikit dari cat biasa tetapi ini dapat memastikan dinding kita boleh dilap dan dicuci dari kotoran agar cantik sepanjang masa. Jika kita tidak mampu mengecat keseluruhan rumah dengan cat jenis ini, kita boleh cat 'the bottom half' dinding kita dengan cat ini. Atau, pilih ruang2 tertentu yang sering diduduki oleh si kecil. Tetapi ingat, cat ini kalis kekotoran seperti 'food stain', tanah dan pensel sahaja. Malangnya, catatan pen atau marker tetap kekal.

2. Ada teman memberi saranan agar dilekatkan kertas mahjong di dinding rumah. Lekatlah sepanjang dinding sebanyak mana yang anda mahu. Si kecil dibenarkan menconteng dinding secara beralas dan ibu bapa tidak gusar lagi tentang keselamatan dinding dari contengan. Hati2, coretan menggunakan marker masih boleh tembus ke bahagian dinding.

3. Jika anak kecil tidak bermasalah, kita boleh syorkan kepada anak kita supaya menggunakan buku2 kosong atau belikan sahaja sketch pad atau drawing pad. Yang penting, anak ada ruang kosong untuk berkarya. Contenglah apa saja, kita tidak akan cemas dan gusar lagi.
Walau apa pun cara yang kita gunakan, ibubapa yang sudah terbiasa dengan anak kecil pasti mengerti betapa hebatnya tarikan dinding sebagai kanvas nukilan mereka. Kita boleh mengawal dan menyekat selagi cara kita adalah dengan jalan munasabah.

Comments

  1. Suka sgt bc artikel nie...baru semlm anak sy yg kecil conteng dinding yg sudah dicat baru Hari Raya Aidilfitri thn lepas.Kami cat baru pun sebab dh byk sgt hasil nukilan tangan kakak & abg nya terpahat di dinding rumah kami sejak bertahun lamanya.klau mula2 dulu mmg geram bila anak yg sulung conteng2 dinding & sofa (yg kat nie msih kekal, x leh nak hilang), tp bila anak yg kecil nie buat benda yg sama,geram jgk sikit tp x seberapa.lebih rs seronok..."wah! adik dh pandai tulis."bila cerita dgn asben pun, asben sikit pun x marah.terus dia peluk & cium si adik tu.kalau dulu si kakak & si abang abih kena marah.

    ReplyDelete
  2. 2 tahun lepas,baru berpindah rumah baru, anak dah start conteng dinding. memang agak kecewa tapi saya pujuk dia dengan memberitahu kalau nak rumah cantik, contengla pada kertas, mmmg beli bnyk buku untuk anak2. alhamdulillah terus tak conteng hingga sekrang tetapi buku2 memang sampai lunyai habis di conteng.Puas hati anak2 memahaminya... yang penting kita beritahu kenapa tak boleh dan laluan untuk boleh conteng. jadi kita happy dan anak2 pun happy... :)

    ReplyDelete
  3. anak2 saya pun tak terlepas dari aktiviti menconteng dinding (sudahla tinggal di kuarters kerajaan) mengucap panjang saya. dibelikan kertas dan buku untuk diconteng, dikoyak2nya. macam mana nak atasi masalah ni?

    ReplyDelete
  4. Salam utk tuan blog dan ibu2 di sini..sy suka dgn artikel di atas.
    Wpun artikel ni dh lama,tp teringin jga nk mencoret di sini.
    Anak sy jga suka menconteng dinding ni...mmg agak tension bla tngok dinding rumah yg baru dicat dh hbis diconteng..dh la nk panggil tukang cat rumah pn mkan masa(jadual penuh)..anak pula ambil kesempatan menconteng. Dulu dinding rumah guna cat biasa jer..tp skg guna cat yg boleh lap tu,tp msih x selesai masalah sbb anak dh pndai guna marker dan pen..pensil warna.
    Buku pn dh bnyk beli,tp dia lg suka conteng dinding...alahai..
    Baru jer berangan nk letak wallpaper cantik2..nak melawa sikit pn susah.
    Kdg segan jga nk jmput kwn2 dtg rumah,wpun hakikatnya ramai ibu tau ttg aktiviti anak2 yg baru nk mmbesar mcm ni. Ada cara lain ke?

    Umi...

    ReplyDelete
  5. biar ajelah anak2 conteng. saya malas nak marah sebab budak2 ni daya imaginasi mereka tinggi. cuma saya beritahu kat anak2 kalau nak conteng dinding, conteng dinding bilik diaorang. ruang tamu adalah kawasan larangan conteng. pernah jugak anak2 saya guna marker conteng bilik kami. hujung minggu terus kena cat semula sebab hodoh sangat. kalau pen ok lagi kot. tapi sekarang semua dah besar. yang bongsu pun umur 7 tahun dah pandai pilih warna cat bilik masing-masing.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membersihkan tilam

Tilam adalah tempat kegemaran kita. Sekembali dari pejabat, kita sering memandang geram ke tilam dan sesiapa yang kalah, akan merebahkan badan yang letih lesu di tilam sebelum berangkat ke bilik mandian pula.


Malangnya, bagi yang sudah beranak kecil, keadaan tilam yang suci kadangkala tercemar dengan pembuangan sisa bayi. Bukanlah sisa air besar, tetapi lebih kerap adalah air kecil sahaja. Lebih malang lagi, jika anak yang berusia 3-6 tahun masih mengalami "kebocoran" sekali-sekala di waktu malam.


Kebocoran ini dapat dikesan dari baunya. Yelah, najis yang kurang berwarna, apalagi jika diselimuti gebar dan bantal, kurang dapat dikesan puncanya. Tetapi, hidung para ibu yang sensitif, pasti dapat mengenalpasti kehadiran najis ini.

Sebelum ini ada ditulis siri artikel yang bertajuk Bersih Tidak Semestinya Suci. Di sini saya ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kebersihan dan kesucian bab tilam untuk tatapan para pembaca budiman.


Secara teorinya, najis perlu dibersihkan hingga hilan…

Menyusun dokumen dalam fail

Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk satu jenis dokumen. Satu fail untuk akaun bank A, satu lagi fail untuk akaun bank B, satu fail untuk bil kredit kad dan bermacam lagi.

Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad!

Setelah saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan dan berbagai lagi.

Sebelum ini saya telah menyarankan agar menggunakan fail yang berlapis dan mempunyai pembahagi seperti di dalam gambar. Kali ini saya saya ingin memperturunkan beberapa saranan lain pula.

Satu cara ialah dengan menyediakan satu fail untuk setiap ahli keluarga. Satu fail untuk suami, satu untuk isteri, dan satu untuk setiap anak2. Fail clear holder seperti dalam gambar pun boleh.
Jadi,…

Pengurusan Kain Baju - Teori Asas

Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian bersama-sama mengembara dengan lebih jauh untuk meneroka sisi kehidupan seorang ‘pelipat baju katalog’.

Saya kira tips kali ini lebih efisien jika dipersembahkan dalam bentuk demostrasi, malangnya masih tiada kemampuan dari pihak admin untuk merealisasikannya. It’s ok, maka silalah menggunakan daya imaginasi tuan2 dan puan2 seoptimum mungkin.

Berikut saya sertakan tips terperinci langkah demi langkah teknik lipatan baju keluarga saya:
1)Bagi fabrik yang besar seperti tshirt, kemeja atau seluar, bentangkan dengan rata dahulu sebelum mula melipat. (tolong jangan melipat di atas riba ye, jika mahu kualiti lipatan terjamin!) Gosok dan ratakan dengan permukaan tangan anda. Pastikan tiada penjuru yang terlipat atau pun bahagian yang masih lagi lembap.
2)Tanpa mengira faktor sama ada lubang leher baju dihalakan ke luar atau ke…