Skip to main content

Anakku, Buah hatiku!

Untuk ibu2 muda bekerjaya yang mempunyai anak2 kecil, seringkali terkocoh2 selepas pulang dari kerja. Jam sudah mula menunjukkan ke angka 6 petang. Mana nak angkat baju di ampaian, mana nak sapu rumah sikit2, mana nak masak. Badan pula sudah miang dan gatal minta dimandikan.

Di waktu2 kritikal ini, kita sangat memerlukan khidmat pembantu rumah. Tetapi tidak semua mampu memiliki pembantu, terutama kalau anak kecil baru 1 atau 2. Jadi, mahu tak mahu berbahagi tugas sahaja dengan suami.

Di waktu2 kritikal ini jugalah, anak2 kecil sering menangis - bermacam kerenah yang mereka berikan, nak mandi, nak makan, nak minum, nak main dan berbagai lagi. Sebagai ibu kita mengharapkan kerjasama mereka untuk diam sehingga selesai tugasan2 kita. Tapi sebagai anak, mereka mempunyai agenda mereka sendiri.

Seringkali, walaupun sudah cuba dilayan sedaya upaya, anak2 kecil tadi terus2an merengek memerhatikan kita yang ligat bekerja umpama lipas kudung. Kita minta suami cuba melayan kerenah anak2, tapi biasanya tak berjaya. Apa lagi yang mereka perlukan? Ada di kalangan teman2 yang membiarkan anak2 kecil tadi mengekor mereka di dapur ketika memasak. Tidak kurang juga anak2 kecil yang membawa bantal lalu berbaring di dapur menemani ibu memasak. Sang bapa cuma mengeluh, 'Dia tak nak dengan abang!'.

Sebenarnya anak kecil yang telah ditinggal seharian mempunyai kerinduan yang mendalam pada ibu kandung mereka. Cuba kita peluk dan belai mereka, sekurang2nya setengah jam. Kita boleh menyuapkan makanan, meneman mereka bermain, janji kita duduk bersama mereka. Usah bimbang tentang pergerakan jam. Biarkan suami 'take over'. Apabila anak kecil sudah puas bermesra, dengan sendirinya mereka akan merelakan kesibukan kita. Selesai tempoh setengah jam, kita boleh mandi dengan aman dan bekerja di dapur tanpa gangguan. Ini pengalaman dari mereka yang telah mengalami! Mungkin sesuai.

Mungkin sebab itulah, tugas di dapur adalah tanggungjawab suami. Kalau tidak kasihan pada ibunya pun, kasihan pada anak kecil tadi...

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...