Skip to main content

Asal kapas jadi benang

Orang kita terkenal dengan sifat sentimentalnya. Semua barang ada sentimental value. Jam ni girlfriend lama yang bagi. Baju ni dipakai semasa konvo. Dan berbagai lagi sentimental value yang kita cipta dan peringatkan kepada diri sendiri

Kerana setiap barang begitu bermakna, maka kita biarkan mereka kekal dalam simpanan kita. Kalau orang perempuan dengan koleksi baju, tudung, handbag atau apa2 sahaja aksesori. Orang lelaki pula dengan resit2 lama, dokumen2 lama, komik atau barang elektrik yang rosak tapi mungkin boleh dibuat spare part. Sekali sekala kita tersentuh mereka, kita belai dengan penuh kasih sayang. Tetapi setakat itu sahaja, kita abaikan mereka bertahun2 lagi.

Semakin lama barang2 ini semakin menimbun. Dari ruang di bilik tidur kita sudah menjalar ke bilik sebelah. Tak cukup ruang di dalam bilik, ia memakan pula ruang di ruang tamu, pinggir bilik atau di mana2 sahaja yang kita rasa masih boleh dimuatkan. Rumah kita mungkin ibarat muzium yang sarat dengan koleksi. Lama kelamaan mereka mungkin menjadi semak sahaja tanpa fungsi. Jika itu yang terjadi, maka sudah sampai masanya kita bertindak!

Kita mungkin sudah sering melihat program di TV tentang bagaimana mengurus barang2 yang mungkin tidak kita perlukan. Tindakan yang pertama adalah mengasingkan mana yang perlu dan mana yang tidak. Yang tidak perlu elok kita buang atau jual sahaja. Malangnnya, di negara kita masih belum ada budaya 'yard sale' atau 'garage sale' untuk menjual barang2 lama.

Suami teman saya pernah meletakkan syarat kepada isterinya, "Boleh beli barang baru, dengan syarat barang yang lama bagi pada orang". Jadi, setiap kali sang isteri ingin membeli baju baru, kasut baru, set pinggan mangkuk baru, pasti ada yang lama disedekahkan kepada orang. Kita mungkin boleh mendisiplinkan diri kita dengan cara ini. Sebelum barang itu hancur di mamah usia, ada baiknya kita serahkan kepada mereka yang memerlukan.

Saya sendiri meletakkan syarat kepada suami saya - jikalau barang sudah 5 tahun tidak digunakan, elok cari alternatif lain, samada buang atau disedekahkan kepada orang lain. Selama itu saja saya boleh bertahan menyediakan penginapan kepada barang yang sudah tidak berfungsi dalam kehidupan kami.

Kita tidak patut menggunakan ruang dalam rumah secara maksimum, tetapi sepatutnya secara optimum. Setiap harta kita, pasti berbekas di hati. Yang sudah tu sudahlah....asal kapas jadi benang - barang yang lepas jangan dikenang...

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...