Skip to main content

Cara menggoreng dengan betul! - Win

Masa tu saya di sekolah menengah. Tingkatan berapa, tak ingat. Ada peperiksaan. Mata pelajaran Kemahiran Hidup. Ada satu soalan untuk bahagian ekonomi rumahtangga, berbunyi lebih kurang begini:

‘Apakah yang menyebabkan goreng pisang menjadi terlalu berminyak?’. Ada pilihan jawapan A, B, C, D. Anda tahu jawapannya?

Saya dapat menjawab soalan ini dengan betul. Ada beberapa kawan baik saya tidak. Salah seorangnya berkata, ‘Hebatlah kau, mesti kau rajin di dapur’. Wah! Perlu ke saya bangga dengan pujian itu? Haha. Hakikatnya, pada masa itu, barulah saya sedar, faedahnya menolong emak di dapur. Rupanya, segala ajaran (atau leteran) mak saya tu ada gunanya. Masuk periksa tu.. haha.

Saya ingat lagi, dulu masa mak saya sibuk-sibuk menyuruh saya menbantu mengemas dan memasak, beliau mesti berkata, ‘Ni semua kemahiran hidup lah ni’. Ternyata kata-kata itu sungguh tepat. Ada lagikah mata pelajaran Kemahiran Hidup ini di sekolah sekarang? Jika ada, nasihat saya pada adik-adik semua, rajin-rajinlah tolong mak. Mesti dapat markah penuh masa periksa nanti. Haha.

Jadi, jawapannya ialah: Kerana minyak belum panas, pisang sudah dimasukkan. Sebenarnya, goreng apa pun, kalau minyak belum panas, makanan itu akan meresap minyak. Kecuali karipap. Karipap perlu digoreng dalam minyak yang agak-agak panas sedikit saja. Kerana jika tidak, ia akan cepat hangus.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...