Skip to main content

Disiplin di bilik tidur - Najhan


Ibu saya amat menitikberatkan disiplin di bilik tidur. Bagi beliau, walaupun tetamu jarang masuk ke dalam bilik, tetapi kebersihan bilik sangat penting (sepenting ruang2 lain). Kami dididik agar bilik tidur sentiasa rapi. Dari semasa ke semasa ibu akan melakukan spot check aturan dan tahap kekemasan bilik kami. Berikut adalah antara rutin yang wajib dilakukan.

Pastikan katil telah dikemas sebelum jam 8 pagi. Ini sgt penting dilakukan sebelum memulakan kerja2 lain seperti menyapu halaman dan mengemop lantai.. "Pukul 8 katil tak kemas lagi..ish!". Ibu saya beranggapan, katil adalah perabot dan perhiasan pada siang hari. Kami dilarang keras tidur diatas katil ketika siang. Pendek kata, tidak digalakkan tidur siang langsung- amalan yang kurang sihat mengikut kata orang2 tua.

Pastikan baju yg telah dibasuh dan dilipat (ya,hanger tidak digunakan dalam proses ini..) disusun dalam almari. Baju hendaklah disusun dengan kemas dan rapi. Kadangkala jika ibu tidak berpuas hati, kami akan disuruh melipat dan menyusun semula segala baju-baju. Jadi, untuk mengelakkan dari terpaksa mengulangi proses ini semula, kami cuba sedaya upaya memenuhi standard ibu.

Pastikan baju2 yang ingin dibasuh tidak dikumpul di dalam bilik. Selain bersepah, ia juga akan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Walaupun jarang dapat dihidu oleh tuan baju tersebut. Kami dididik untuk terus memasukkan ke dalam bakul baju2 kotor atau terus dihumban ke mesin basuh.

Pastikan tuala anda berganti 3 hari sekali! Dan untuk orang2 bujang memang amat sukar untuk mengamalkan tips ini. Sila cuba sedaya mungkin. Basuh tuala anda sesudah 3 hari dan gunakan tuala baru. Juga pastikan tuala anda tidak bergumpal, kerana ia akan mempercepatkan proses pembentukan tahi lalat. Dengan harapan yang tinggi ibu saya akan membekalkan sekurang2nya 2 helai tuala kepada setiap anak2nya yang menetap di asrama.

Seterusnya kepada sebahagian kami yang ulat buku, kami perlu pastikan bahan bacaan kami diletak di tempat asal sesudah membaca, pada waktu itu, di perpustakaan mini di rumah kami.

Comments

  1. ibu awk amat mmentingkan kesempurnaan...mcm mne ye nk jd org y teliti dan mahir dgn susun atur y cantik dan kemas?

    ReplyDelete
  2. sangat bagus, ralit saya membacanya.

    ReplyDelete
  3. This article helped me in my essay. 👍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...