Skip to main content

Intro

Ibuku adalah seorang 'pengurus rumahtangga'. Ini gelaran baru yang saya cipta sendiri. Gelaran lama adalah suri rumah sepenuh masa. Saya baru mengetahui apa maksud perkataan 'suri' itu sendiri. Itupun setelah saya terbaca artikel mengenai Tom Cruise dan anaknya yang dinamakan Suri. Rupanya, dalam bahasa Sanskrit, suri bermaksud 'rose' iaitu bunga mawar dalam bahasa kita. Oh! Indah maksudnya! Jadi, jika diandaikan perkataan suri rumah diambil dari bahasa Sanskrit, ia mungkin bermaksud penyeri rumah tangga ibarat sekuntum mawar yang bukan setakat harum mewangi, bahkan indah dipandang.

Tapi, setelah sekian lama, perkataan suri rumah membawa darjat yang rendah di mata kita. Anda kerja apa? Oh, saya suri rumah sahaja. Pandangan umum seakan2 negatif seolah2 seorang suri rumah tiada sumbangan apa2. Hinggakan kita terbaca sekali sekala pengalaman menantu yang dianaktirikan kerana tidak bekerja. Begitu sekali taraf seorang suri rumah di mata masyarakat kita.

Oleh itu, saya fikir, suri rumah perlu penjenamaan semula. Seperti mana perkataan janda kini diberi nama 'ibu tunggal'. Rasanya, perkataan suri rumah yang membawa maksud yang indah, tidak mencakupi bidang tugasan dan tampuk kekuasaan mereka di dalam rumahtangga. Sewajarnya, sepertimana produk yang sudah bertahun di pasaran memerlukan 'rebranding', apa salahnya kita melakukan yang sama kepada title suri rumah sepenuh masa. Selayaknya kita martabatkan mereka dengan jawatan Pengurus Rumahtangga!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...