Skip to main content

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri.

Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan.

Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adalah sedikit sahaja. Ianya sudah tentu akan membazirkan tenaga elektrik dan air.

Tetapi semuanya bergantung kepada cara hidup dan kesukaan masing-masing. Berikut adalah perkara-perkara yang boleh dipertimbangkan supaya MBSA anda tahan lama:

1. Walaupun MBSA anda boleh menampung berat sehingga 8.0kg, perlu diingat bahawa berat 8.0 kg itu termasuk air tadahan. Bukannya 8.0 kg pakaian kering semata-mata. Perkara ini sering disalahtafsirkan. Secara analoginya, apabila mesin terpaksa menampung lebihan beban, motor yang berpusing terpaksa bekerja dengan lebih keras. Ini menyebabkan jangka hayat motor tidak akan lama. Oleh itu yang terbaik kurangkan sedikit beban daripada yang disyorkan

2. Setiap kali selepas membasuh, amalkan supaya sentiasa mengelap mesin terutamanya di bahagian luar. Barulah nampak seperti sentiasa baru. Sekali-sekala berus di celah-celah mesin menggunakan berus gigi atau berus lukisan.

3. Walaupun kita sekadar manggunakan MBSA, tidak salah jika kita menggunakan sabun yang khusus yang digunakan untuk MBA. Ini untuk menjaga bahagian motor pada MBSA kita supaya lebih tahan lama.

4. Setiap kali membasuh, pastikan anda periksa setiap poket supaya tidak ada benda-benda seperti duit syiling atau brooch. Dikhuatiri benda-banda ini akan masuk ke bahagian motor dan merosakkannya.

5. Berhati-hati dengan butang-butang pada pakaian anda. Seelok-eloknya kita tukar mode operasi MBSA pada mode gentle. Ini kerana mode normal biasanya akan berpusing dengan laju dan keras. Oleh itu, butang-butang pada pakaian kadangkala akan tertanggal dan memasuki bahagian motor. Cara terbaik, setiap kali membasuh anda harus dengar-dengarkan MBSA anda membasuh. Kalau ada bunyi yang aneh, cepat-cepat periksa.

6. Pastikan MBSA anda diletakkan di tempat yang rata. Anda boleh menggunakan level untuk menentukannya. Jika ada senget sedikit, anda boleh meletakkan benda-benda yang sesuai di tapak MBSA anda. Jika tidak rata, untuk jangka masa pendek MBSA anda akan cepat rosak. Terutamanya di bahagian pengering.

7. Bahagian pengering sangat sensitif. Anda wajib mengiraikan baju sebelum dimasukkan ke drier. Drier tidak akan berpusing dengan sempurna sekiranya pembahagian berat di dalam drier tidak seimbang. Nampaknya itu sahaja tip-tips untuk kali ini puan-puan dan tuan-tuan. Selamat membasuh! Enjoy!!!

Comments

  1. Saya pengguna MBA sebab ibu sy yang merupakan ibu berkerjaya pengguna setia MBA sbb mudah. Setelah berkahwin ibu mertua saya, seorg surirumah minta beli MBSA untuk diletakkan di rumah sy supaya apabila dia berkunjung kerumah sy bolehlah dia tlg dan enjoy basuhkan baju kami anak beranak sebab dia x pandai guna MBA. setelah baca entry akak ni rasa teruja nak beli MBSA pulak.

    ReplyDelete
  2. owh..yea ke....saya ucapkan selamat bergembira dengan kehadiran MBSA baru...:)

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula jika dah bsuh tapi ada kesan2 macam habuk2 pada pakaian...blh bntu sy....walau sy dah bung hbuk2 di tempat sangkar yg ada di dlm mesin seperti uncang tu

    ReplyDelete
  4. Saya juga suka guna Mesin Basuh Semi Auto ni sebab waktu membasuh tu, kipasnya berpusing agak lama dan laju buatkan saya jadi berpuas hati berbanding Mesin Auto... bila mengering pula memang lebih kering berbanding auto..tetapi btul jgak ikut pngemarnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!