Skip to main content

Mencuci bilik air 2 dalam 1

Mencuci bilik air memang tugas mencabar. Terasa geli geleman dengan daki dan bau2an yang kurang enak. Tidak hairanlah ramai yang mengeluh jika itu tugasan yang ingin dilakukan. Tetapi jika dibiarkan daki2 akan bertukar hitam dan lumut2 juga akan kelihatan. Kita juga yang resah dan tidak selesa mandi di situ.


Kita tidak perlu memperuntukkan satu atau dua jam terperuk di dalam bilik air untuk menyental daki di dinding, lantai dan jamban. Apa yang boleh kita lakukan adalah mencuci sambil mandi. Hah! Apa maksudnya?

Maksudnya ialah, setiap kali kita mandi, kita boleh menyental lantai dengan sisa2 sabun mandi atau shampoo kita. Jadi buih2 sabun atau shampoo tidaklah terbuang begitu sahaja. Lagipun, sabun mandi atau shampoo lebih lembut untuk kulit kita. Bahkan sabun mandi terbukti keberkesanannya. (Akan datang - sabun mandi serbaguna) Beruslah lantai atau dinding dengan air buangan sabun tersebut.



Sekali mandi, kita mencuci lantai. Sekali mandi lagi kita menyental dinding. Di hari lain, kita boleh mencuci tandas atau sinki. Jangan lupa bahawa baldi dan gayung juga perlu dicuci dari lumut2 yang bertapak pada mereka. Jadi bilik air kita akan sentiasa bersih berkilat. Jangan biarkan daki sempat melekat hingga kelihatan hitam. Kita juga boleh terus mandi selesai membersihkan sebahagian bilik air.


Cuma kita perlu pastikan bahawa peralatan membasuh bilik air seperti span, berus sabut, dan berus jamban sentiasa ada di dalam bilik air kita untuk kegunaan bila2 masa.


Ikutlah pepatah - sambil menyelam sambil minum air...lakukanlah dua kerja dalam satu masa untuk mengelakkan pembaziran sumber atau masa!

Comments

  1. Sememangnya masa mandi mesti digunakan untuk mencuci bilik mandi juga. Jadi bila mandi sentiasa bersih.
    Berus jamban boleh digantung di belakang jamban dgn memasang paku di celah jubin dinding. Jadi nampak kemas dan tidak dibiarkan di atas lantai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata...