Skip to main content

Mencuci pinggan mangkuk

Selepas makan, saya kurang senang melihat orang mencampak kan pinggan2 kotor bersama2 sisa2 makanan ke dalam sinki. Dilonggok sekali dengan cawan2. Habis minyak sisa2 makanan menyelaputi cawan dan pinggan. Dan sinki juga cepat penuh hanya dengan beberapa pinggan dan cawan. Ini juga merumitkan tugasan mencuci pinggan jika semuanya sudah terkumpul sekaligus, tanpa ruang untuk menyabun dan membilas!

Kan lebih teratur kalau dirty dishes pun ade pengurusannya. Mula2 sisa2 makanan dibuang dahulu ke dalam tong sampah, atau di kumpulkan di dalam satu pinggan. Kemudian, pinggan2 kita `stack together' seperti ini. Aduh kemasnya!! Pinggan mangkuk sudah tiada lagi sisa makanan. Cawan2 pula kita kumpulkan sesama cawan sahaja. Seeloknya kita jangan longgokan di dalam sinki tetapi di sebelah sinki. Kalau ketiadaan ruang, biarkan saja di lantai atau di atas meja/kaunter berhampiran.

Pertama sekali, pastikan, rak pinggan sudak dikosongkan. Pinggan mangkuk sudah disimpan rapi di tempat masing2. Jadi, tidaklah pinggan mangkuk yang sudah kering kembali basah atau pun berlaku masalah ketidakcukupan tempat mengeringkan pinggan yang akan dicuci.

Mula membasuh cawan2 dahulu kerana mereka kurang berminyak dan dapat menjimatkan sabun. Cawan yang dibasuh dulu juga tidak akan dicemari oleh bauan makanan hasil minyak kurma, kari dsbnya. Kemudian barulah membasuh pinggan2 dahulu dan diikuti oleh mangkuk2. Akhir sekali baru lah sudu garpu dan pots and pans.

Jadi susunan di dalam rak pinggan juga mengikut kategori cawan, pinggan dan kemudian mangkuk. Susunan berterabur akan memakan ruang pula dan merumitkan kita mengambil semula bila diperlukan. Tapi lebih seronok lagi kalau suami dapat membantu!

Comments

  1. Sink dapur saya berbentuk bulat & satu shj. Dulu hubby ada suggest beli sink bulat berkembar 2. Senang katanya - satu isi pinggan kotor & satu lagi tempat membilas supaya tak bercampur. Tapi saya tak setuju takut nanti lagi luas sink lagi banyak pula pinggan mangkuk berlonggok.So untuk memudahkan kerja membasuh, saya gunakan besen bulat yg sudah bocor sikit (tapi taklah sampai terkeluar air)untuk mengisi pinggan mangkuk yg dah bersabun. Sink nan satu tu saya gunakan utk membasuh & membilas. Jadi dapatlah berjimat dari membeli sink berkembar tu.

    ReplyDelete
  2. Betul ke salah mencuci pinggan mangkuk di dalam basin?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...