Skip to main content

Mengemas dan mengemas... - Awa

Dari pemerhatian saya, saya dapati semua adik-beradik perempuan saya tidak suka memasak. Saya tidak terkecuali. Saya terfikir adakah ini disebabkan kami sudah dilatih memasak sejak dari kecil lagi?

Sebagai contoh, pertama kali saya memasak semasa saya berada dalam darjah 2. Saya goreng sayur. Mmmmm...boleh tahan rasa dia. Kebetulan kakak-kakak saya tinggal di asrama, maka saya menjadi anak sulung di rumah. Mak saya kata "Klu mami masak tu, tengok. Orang perempuan ni semua kena pandai. Pandai masak, pandai kemas, pandai belajar." Setelah bertahun-tahun saya rasa semua tu ada dalam adik-beradik saya...hehe

Saya belajar menyiang ikan masa saya darjah lima. Wah! saya betul-betul tak suka. baunya hanyir. Sehingga sekarang saya masih tak suka menyiang ikan. Memandangkan sekarang servis dah bagus di mana-mana, jadi setiap kali membeli ikan saya akan minta penjual siang sekali ikan-ikan tu walaupun ianya sekadar ikan kembung. Jimat masa!

Saya mula memasak secara intensif selepas SPM. Masa ni rasanya mak saya pun dah mula nak pencen memasak. Macam-macam saya masak. Setiap hari saya masak. Sesiapa sahaja di antara kami yang lama duduk di rumah memang akan jadi tukang masak. Jadi bila saya dah kawin, saya jarang gila memasak. Tapi saya gemar mengemas.

Saya tak suka kumpul kekotoran terlampau lama. Tak suka tunggu hujung minggu baru nak kemas semua. Teruk nanti jadinya. Lagipun weekend time untuk saya hoye-hoye. Tiap-tiap hari saya akan kemas sana sikit, sini sikit. Hari ni vacuum+mop dapur. Esok saya buat kat bilik pulak. Lusa saya buat kat ruang tamu. Alah...kalau dah hari-hari buat, vacuum pun tak lama sebab tak teruk. Kadang-kadang it took less then 5 minutes untuk each section. Disebabkan saya bekerja, maka saya tidak dapat membuat kerja-kerja rumah sesempurna mak saya. Kawan-kawan saya selalu hairan bila saya cakap balik kerja nak vacuum rumah. Basuh baju pun 2 hari sekali. Ye lah...saya pakai mesin separa auto saje..Jawapannya supaya hari minggu saya boleh betul-betul berehat. Uruskan kain baju pun tidak terkecuali. Saya benci uruskan kain sebab kain ni ada 5 proses. Basuh, sidai, angkat, lipat dan susun. Biasanya saya sampai proses ke-3 saja. Proses ke-4 dan ke-5 saya buat bila saya rasa saya nak buat. Pernah sampai satu peringkat, pakaian dalam dengan stokin suami saya sampai dah takda dalam almari. Pagi-pagi dia terpaksa selongkar bakul kain.haha..

Jadi saya tukar style. Sesi melipat baju pun kena sistematik. Sebagai contoh, mula-mula hari ni saya lipat baju suami saja dulu. kemudian terus susun. Esok lipat baju-baju saya pulak, lepas tu terus susun. Kadangkala, saya akan lipat semua tapi tak susun-susun sebab saya kena pergi banyak tempat. Baju ni kat laci ni. Baju tu kat laci tu. Tengah menyusun tu ternampak pulak yang aturan baju sedia ada dalam almari dah senget benget. Terpaksa pulak menyusun yang itu. Tu yang buat saya rimas.

Tapi walau apapun saya lebih suka mengemas. Kalau masak, kena sediakan bahan, menumis, memasak, mengemas, makan, mengemas lagi. Masa yang diperuntukkan untuk memasak boleh digunakan untuk mengemas keseluruhan rumah! Jadi saya rasa memasak ni buang masa...Tetapi sekali-sekala saya memasak juga. Boring jugak kalau asyik beli makanan luar. Bila mood baik saya menjelma, dapatla suami saya makan air tangan saya yang sedap-sedap seperti nasi ayam, kari laksa, ketam dan daging satay goreng. Itupun mungkin 2,3 bulan sekali (Biasanya saya masak simple jer..)...heheh..Nasib baik dia tak kisah bab-bab makan ni. Yang penting lantai kena sentiasa bersih supaya selesa kaki memijak.

Tapi ingat! Jangan sesekali pijak tilam dan bantal kerana tilam dan bantal digunakan untuk baring dan berehat

Comments

  1. Says suka blog ni. Interesting!

    ReplyDelete
  2. Saya suka la blog ni..kita sama la..x suka sgt masak..suka sgt mengemas..tp skang dh ada anak dua x smpat nk kemas semua..kena wat schedule utk kemas umah..byk tip mengemas umh tu mmg sama ngan saya praktik..tqvm..rasanye nk share schedule..

    ReplyDelete
  3. Hi :-)
    saya tertarik dgn statement puan pasal tilam dan bantal xblh pijak tu dan saya sgt setuju. Tp..klu tilam yang letak atas lantai (maksudnya xada katil) mcm mana? mesti akan pijak jg kan..lebih2 lg klu tdur sekali ngan anak2. Ada apa2 cadangan @ komen pasal ni?..

    ReplyDelete
  4. rasa sedih dan sayu bila baca. saya ibu anak 4 dan tidak bekerja. rumah macam tongkang pecah. malas nk kemas. ntah la. sy perasan dr zmn remaja sy sgt comot, pengotor dan malas. skrg bila dah kawen ada anak, anak sering jadi alasan. anak main mainan tak kemas semula dll. skrg dlm proses nk berubah. sy rasa mcm tak lengkap sbg wanita sbb sifat rajin tu takde. kalau sapa2 dtg rumah mmg akan terkejut dan terbeliak mata sbb rumah mcm tong sampah. namun sy juga punya hati. suka tgk rumah org kemas dan bersih. sy nk kesedaran utk berubah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...