Sunday, April 19, 2009

Mengemas katil

Bagi mereka yang pernah tinggal di asrama, antara perkara pertama yang diajar adalah mengemas cadar di katil. Cadar katil di asrama perlu tegang. Ada sesetengah warden yang garang (terutama di sekolah lelaki) yang tidak berpuas hati, akan mencabut cadar yang tidak tegang lalu terpaksalah pelajar menyarungkannya semula dengan rapi.

Kami adik beradik beruntung kerana cara mengemas cadar sudah dilatih dari rumah lagi. Jadi, kami tidak mengeluh dengan rutin yang ketat di asrama. Kalau difikirkan semula, disiplin ibu saya tak jauh berbeza dari rutin tinggal di asrama - semua perkara mengikut jadual, kekemasan dan kerapian adalah tunjang utama.

Teknik mengemas cadar bunyinya mudah. Bentang cadar dan tarik kiri dan kanan. Tapi masih ramai yang mengemas cadar tetapi senget sebelah, berkedut dan sebagainya. Tidak nampak serapi katil di hotel atau di asrama. Jadi bagaimana caranya?

Mula2 sekali kita perlu alihkan bantal dari katil. Lipat selimut dan simpan di tempat asalnya. Kemudian kita bentang cadar dan masukkan di bahagian kepala dahulu. Masukkan dengan ketat di kiri dan kanan kepala katil. Selitkan di bawah tilam agar ia tidak bergerak semasa ditarik kelak. Kemudian tarik cadar di kaki katil dengan tegang untuk menghilangkan kedutan cadar. Pastikan anda memerhatikan ketinggian cadar dari kiri ke kanan adalah sama panjang. Jika tidak, anda perlu menarik dan membetulkan sehingga cadar adalah sama ketinggiannya di mana2 sudut - kiri dan kanan katil serta di kaki katil. Ibu saya menggunakan bulu ayam yang khusus untuk mengemas katil untuk meratakan cadar agar kelihatan lebih tegang seperti disuntik botox! Kalau ini menyusahkan, anda boleh menggunakan fitted sheet sahaja dan tariklah setiap sudut agar ia tegang.
Setelah berpuas hati dengan ketegangan cadar, anda boleh pula menegangkan bantal dan sarungnya. Pegang bahagian atas sarung bantal yang terbuka dan biar bantal jatuh ke hujung lagi satu. Jangan biarkan ada ruang udara antara bantal dan sarung di hujung sana. Setelah tegang, pegang pula di bahagian sisi sarung bantal dan jatuhkan bantal rapat ke hujung sarung sebelah sana. Kemudian apabila bantal sudah tegang di dalam sarung, letakkan bantal perlahan2 supaya tiada kedutan. Ratakan atas bantal untuk memastikan ia kelihatan betul2 tegang tanpa kedutan.

Untuk lebih mendalami teknik mengemas katil, kini sudah terdapat kursus2 housekeeping untuk perhotelan yang juga mengajar teknik2 sedemikian.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...