Skip to main content

Menjaga tuala agar tahan lama!

Kalau kita mahu berjimat belanja, kita harus rajin menjaga harta benda kita agar tahan lama, oleh itu tidak perlu diganti baru selalu. Setiap 10 ringgit yang kita boleh jimatkan, lama2 jadi ribuan. Ini termasuklah barang seperti tuala mandi, telekung, baju dan berbagai lagi. Ini memerlukan disiplin dan commitment untuk mengikut disiplin yang kita tetapkan.

Antaranya, jangan sesekali membiarkan tuala bergumpal di atas katil. Memang kita cenderung untuk membiarkan tuala yang basah selepas mandi bergumpal di atas katil. Alasan kerana anak sudah menangis, perlu berkejar ke dapur atau fikiran sudah melayang ke pelbagai tugasan rumah yang lain. Tidak kurang yang terpaksa bergegas ke tempat kerja.

Pastikan kita sentiasa menyidai tuala kita selepas mandi. Tuala yang bergumpal akan bertahi lalat dengan cepat. Kita hanya perlu meletakkan dengan kemas di ampaian di luar atau di dalam rumah. Di luar rumah lebih baik lagi agar terkena sinar matahari yang boleh membunuh kuman.

Pastikan juga tuala mandi dibasuh sekurang2nya seminggu sekali. Lebih baik jika dapat dibasuh 3 hari sekali. Terutama kepada orang lelaki kerana saya perhatikan tuala mereka lebih cepat bertahi lalat jika dibiarkan sehingga seminggu. Jadi, kita perlu senaraikan `membasuh tuala' sebagai salah satu senarai tugasan mingguan di hujung minggu!

Tuala yang bersih pasti mencerminkan kebersihan pemiliknya!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...