Skip to main content

Pakai Buang

Pakai dan buang. Semasa remaja, konsep itu sangat asing kepada saya. Ibu saya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan. Mungkin kerana kami bukan tergolong orang berada, maka istilah membeli seakan2 di`ban' dalam kehidupan kami.


Selagi sesuatu barang boleh diguna, ia akan diguna sehingga ke `titisan darah yang terakhir'. Contohnya, berus gigi yang tidak boleh lagi memberus gigi akan digunakan pula untuk memberus sinki. Begitu juga dengan kain buruk, selagi boleh dicuci dan digunakan kembali akan diguna sampai lunyai. Economical, itulah kata kunci kegemaran famili kami.


Menyebut tentang kain buruk, saya teringat pengalaman saya semasa baru berkahwin sekitar 3 atau 4 tahun. Ketika itu, saya sedang sibuk di dapur mencuci kain buruk. Saya mengamalkan tunjuk ajar ibu saya agar merendam kain buruk dengan air panas dan mencuci sehingga bersih semula. Tiba2 saya perasan suami saya memerhatikan saya. (Saya rasa dengan pandangan aneh, tapi saya tak peka semasa itu). Dengan bangganya saya pun membebel "Ha, kain buruk kalau nak tahan lama kenalah direndam, bla...bla...dicuci..bla...bla..Taklah membazir namanya."

Suami saya tersenyum sinis sambil melontarkan kata2 "Orang tak basuh kain buruk, orang buang je!". Saya termangu sebentar. Ya tak ya juga. Sebelum itu, tak pernah pula saya terfikir opsyen untuk membuang sahaja.

Walaubagaimanapun, saya teruskan rutin ini sehingga beberapa tahun lagi. Sehinggalah saya beranak pinak dan tidak ada masa lagi melayan kain buruk. Maka saya turuti cadangan suami saya. Lagipun, waktu itu, supply kain buruk saya semakin bertambah - tuala buruk, kain batik buruk, t-shirt buruk. Saya khuatir, sekiranya setiap kain buruk tahan 5 tahun, lama kelamaan, rumah saya akan menjadi gedung kain buruk pula! Sehingga sekarang, walaupun dengan konsep pakai buang, stok kain buruk saya agak surplus.


Sebagai renungan, mengikut pemerhatian saya, orang perempuan memang sering jadi follower yang taat. Tanpa banyak soal. Tapi tak salah kalau kita mempraktikkan alternatif lain yang sesuai dengan gaya hidup kita.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...