Saturday, April 18, 2009

Penjagaan Sinki

Sinki kita gunakan saban hari. Mencuci pinggan mangkuk serta mencuci periuk dan kuali. Untuk mereka yang teliti, akan perasan sinki yang lama kelamaan berdaki. Jika dibiarkan akan berlumut kehijauan pula.

Barang asas di atas sinki kebiasaannya adalah rak pinggan sebagai rak pengering. Kemudian bekas sabun untuk mencuci pinggan mangkuk. Sebahagian kita juga menggunakan drainer sebagai penutup lubang untuk memastikan saki baki makanan tidak masuk terus ke lubang dan menyumbatkan sinki pula.

Sebelum saya berniat mencuci sinki, saya perlu menyarungkan kacamata saya dahulu, kerana dengan mata saya yang rabun, sinki akan kelihatan berkilat, tak nampak hitam pun! Setelah saya menyarungkan kaca mata, barulah saya ternampak hitam di sana dan hitam di sini. Saya juga mula menyarungkan kasut ibu saya (put myself in my mother's shoes!). Agak2nya apa yang tak berkenan di mata ibu saya?

Ada beberapa agenda semasa pembersihan sinki. Of course, mula2 kosongkan dulu rak pinggan yang ada. Rak pinggan tadi kita teliti, ada tak daki di mana2. Jika ya, carilah berus sabut yang bersih (jangan pula ambil berus di bilik air!) dan mula memberus sehingga hilang daki2 tersebut. Pastikan anda membalikkan juga rak pinggan tadi. Kerana daki sangat suka berkumpul di bahagian bawah rak tersebut.

Setelah berpuas hati, alihkan rak ke tempat lain. Lihat betul2 bahagian sinki yang dilindungi rak pinggan tadi. Kotor dan berlumut ke? Jika ya, mula lah ambil sabun mandi dan sponge yang kesat khusus untuk pembersihan rumah (bukan sponge untuk basuh pinggan ya). Maka sentallah sekuat tenaga sehingga anda berpuas hati dengan tahap kilatnya. Pastikan daki dan lumut hilang. Jangan lupa meneliti setiap corner sinki, terutama celah2 alur yang berlekuk2.

Sekiranya anda membasuh sinki seminggu sekali, daki dan lumut tidak akan sempat berkumpul. Untuk penjagaan sinki yang cemerlang, pastikan anda menyental dan membersihkan sinki setiap kali selesai membasuh pinggan agar minyak2 makanan tidak melekat sebagai daki.

Penggunaan drainer sangat disarankan kerana sisa lemak dan minyak bersama makanan mudah terlekat di saluran sinki dan menyebabkan sinki tersumbat.

Penatnya, tapi kalau rajin lagi, teliti pula dinding di belakang sinki. Banyak kesan percikan yang sudah mula kehitam2an. Itu pun elok dibersihkan segera. Nanti menarik minat makhluk asing pula - lipas, semut dan sebagainya.

1 comment:

  1. bgozla kak dahlia...bertuah mak sy klu dpt anak rajin mcm kak dahlia...sy ni penggeli...sbb tu sy sllu elak drpd kemas daki2, tong sampah...mcm ne ye nk jd tabah?? huhuu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...