Pinggan mangkuk adalah kemestian dalam rumahtangga. Ada pinggan mangkuk yang dipakai untuk kegunaan harian. Ada juga lebihan untuk simpanan jika perlu terutama semasa kenduri-kendara atau kehadiran tetamu. Stok pinggan mangkuk yang banyak memerlukan tempat simpanan. Terdapat segelintir yang memilih kabinet2 berpintu kaca. Tetapi sekarang kebanyakkannya menggunakan kabinet dapur yang pasang siap. Ia bertutup dan terlindung dari pandangan mata.
Bahagikan pinggan mangkuk mengikut setnya. Jadi, susun pinggan bersama mangkuk dan cawan dalam set yang sama. Di sebelahnya disusun pula set yang berbeza dan seterusnya. Mangkuk2 hidang yang besar pula di susun dalam kumpulan yang sama. Gelas dan jag dalam set yang sama juga dipastikan duduk bersama. Cara ini adalah cara yang paling popular. Disamping 'colour coordinated', ia juga convenient untuk kita menghidang kepada tetamu menggunakan set makan atau minuman yang lengkap. Tidak lah kita tercari2 mana jag yang sepadan dengan cawannya.
Untuk mereka yang mampu menyediakan pelbagai kabinet pinggan mangkuk, cara yang lebih artistik boleh digunapakai. Anda boleh menyusun atur pinggan mangkuk dengan pelbagai gaya. Contohnya secara berdiri, mengiring dan pelbagai lagi. Boleh juga diselitkan sepasu bunga di celah2 susunan anda tadi. Nampak terserlah dan sungguh bergaya serta cantik dipandang mata!
Walaupun kita telah menyusun dengan rapi, tapi sekali-sekali pinggan-mangkuk ini perlu dijengah juga. Pastikan tiada makhluk2 perosak yang bersarang serta mengembangkan empayar mereka.
Walau apa pun pilihan penstoran kita, pinggan mangkuk memerlukan kemahiran tertentu untuk menyimpan. Ada yang rimas melihat pelbagai set lalu melonggokkan sahaja ke dalam tempat simpanan. Asalkan muat, janji tersimpan. Kalau pintu almari adalah kaca, nampak berserak dan asal letak sahaja. Yang biru bercampur merah, mangkuk bercampur cawan dan kalau boleh diselit semahu2nya selagi ada ruang.
Penyimpanan pinggan mangkuk juga boleh diberi perhatian khusus. Pastikan kegunaan hari2 diasingkan di dalam tempat yang khusus yang mudah dicapai dan disimpan. Yang tidak digunakan secara kerap perlu disimpan di tempat berbeza. Disarankan, sebelum mengisi pinggan mangkuk, kita perlu membersihkan rak2 di dalam kabinet supaya serangga tidak bersarang di dalamnya. Memang sering terdengar cerita lipas bertaburan di dalam kabinet. Pernah juga terdapat cerita tikus menjengah dari kabinet, tidak terkecuali juga cicak bersama telurnya. Yang pasti, tempat simpanan bertutup ibarat rumah kepada ramai penghuni2 kecil.
Selesai membersihkan segala para dan membuang segala sawang, kita boleh meletakkan ubat gegat sebagai penghalau lipas. Ada juga petua lama menyarankan agar meletakkan daun pandan atau kayu manis yang juga berfungsi menghalau makhluk2 kecil ini.
Selesai berkemas, kita perlu membuat keputusan tentang teknik atau cara menyusun pelbagai kelas pinggan mangkuk yang kita ada. Ada mangkuk menghidang, ada yang kecil, ada yang besar, ada yang set dan ada yang tidak. Terdapat juga pelbagai warna. Berikut adalah cara2 atau kaedah2 yang boleh digunapakai:
Alternatif 1:
Jika kita mempunyai tempat simpanan yang terhad, kita mungkin ingin memaksimakan
penggunaannya. Jadi, 'space saving solution' untuk menyimpan pinggan mangkuk adalah dengan menyusun mengikut kategori mereka. Contohnya, kesemua pinggan disusun bersama, semua mangkuk disusun bersama dan semua cawan atau gelas juga disusun bersama. Mangkuk menghidang yang besar di tindih antara satu sama lain. Susunan ini lebih compact dan dapat memaksimakan penggunaan ruang. Set atau warna tidak memainkan peranan mengikut alternatif ini. Yang penting dapat menjimatkan ruang. Jika mahu menjimatkan penggunaan para yang tinggi, anda boleh juga menggunakan pembahagi rak seperti gambar ini.

Alternatif 3:
Walaupun kita telah menyusun dengan rapi, tapi sekali-sekali pinggan-mangkuk ini perlu dijengah juga. Pastikan tiada makhluk2 perosak yang bersarang serta mengembangkan empayar mereka.
Saya suka altenatif 2 tu.rak cantim.kat mana nak beli yer
ReplyDelete