Skip to main content

Selamat Hari Raya! - Lubna

Antara tugas yang menandakan esok tibanya hari raya aidilfitri dalam keluarga kami adalah gerak gempur membasuh dapur.

Bilangan pembasuh yang dikira ideal ialah 3 orang. Seorang tolak air, seorang sambut dan tolak keluar pintu, dan seorang lagi bersiap sedia untuk masa-masa kecederaan.

Alatan2 wajib:

1) penyapu2 lidi yang lidinya panjang, maka dapat menyambut dan menolak air dengan lebih banyak

2) baldi

3) sabun pembasuh lantai

4) salur getah panjang.

Fokus utama ketika pembersihan berjalan ialah ruang2 di bawah peti ais dan kabinet. Biasanya kami menyembur air secara deras menggunakan salur getah agar tertanggal segala debu atau kotoran degil yang melekat dalam tempoh setahun. Wahh puasnya hati!!! Maklumlah kerja menyapu dapur pada hari-hari biasa tak berupaya membersihkan ruang-ruang sulit secara total.
Sebab kombinasi jubin dan air siraman yang sejuk untuk dipijak, kami dinasihatkan mak supaya memakai selipar yang sesuai ketika bekerja. Kan tak elok sejuk2 ni. Oh ye, jangan lupa menanggalkan mana2 plug elektrik di dapur dan pastikan segala jenis wayar terlindung dari percikan air. Untuk mempercepatkan pengeringan lantai dapur yang siap dicuci, kipas boleh dibuka dan lantai juga perlu dimop. Umumkan pada ahli keluarga yang tidak terlibat sama (terutamanya kanak-kanak) agar berhati2 ketika melangkah masuk dapur, jangan sampai tergelincir. Tiada siapa yang mahu beraya di hospital.

Ok terus ke pagi 1 Syawal kami. Segala rutin harian seperti dalam artikel Cekap! Cepat! Tepat! perlu dilaksanakan lebih awal lagi. Tambahan tugas: tukar cadar bilik masing-masing, baru la tambah berseri. Solat raya lebih kurang pukul 8, dan tetamu pula tak boleh dijangka kehadirannya, maka semuanya harus pantas. Mak pesan lagi, kalau nak pergi beraya pulak, bangun awal pagi, siapkan segala rutin, kemudian bersiap untuk keluar. Kalau lambat, nanti ramai pengunjung tiba. Ehem.. Dilawat atau melawat??

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...