Skip to main content

Take a break!

Memang benar, mengikut mazhab Shafie, tugas memasak dan mengemas rumah adalah di bawah tanggungjawab suami. Para isteri cuma perlu melayan anak dan suami. Jika suami tidak upaya melakukan sendiri, boleh lah mengambil pembantu yang melakukan tugasan2 ini.

Tapi, sebagai orang yang juga menginap dan hidup di dalam rumah yang sama, sedikit sebanyak kita juga merasa bertanggungjawab untuk melakukan sebahagian rutin ini. Lagipun, jikalau berehat sepanjang masa di rumah, rasa tidak sihat juga. Seperti yang pernah dibentang dalam artikel sebelum ini, terasa tidak keluar peluh dan toksik badan tidak dapat diusir keluar.

Walaubagaimanapun, rutin mengemas dan mengemas memang menjemukan. 50 tahun kita hidup, itulah rutin yang kita alami. Untuk penggemar aktiviti ini, (seperti ibu saya) ia mungkin tidak membebankan. Tetapi untuk mereka yang sering mengeluh, rasa berat sekali mengekalkan komitmen dan dedikasi.

Untuk mereka yang kadangkala merasa bosan sebagai pengurus rumahtangga, anda boleh break the routine. Apa kata, manjakan diri anda dengan pergi spa treatment, facial, refleksologi atau apa2 sahaja beauty treatment. Ada pakar stress menyarankan ini sebagai cara menghilangkan stress. Apa salahnya setelah sekian lama berhempas pulas mencuci rumah, kita cuci diri kita pula. Sepertimana kita maintain sinki, katil, pakaian dan kereta, kadangkala kita perlu juga memberi perhatian kepada diri kita. Ada `wear and tear' juga. Perlu di`recharge' semula!

Sebenarnya kalau dibandingkan dengan kereta, kebanyakan kereta lebih beruntung kerana diservis lebih kurang 3 kali setahun. Berapa ramai di kalangan kita yang servis diri kita sekerap itu?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...