Skip to main content

tips menyidai baju


Antara tugasan semasa saya kecil2 dulu adalah menyidai baju. Baju yang dibasuh adalah 2 besen jadi menyidai kain baju termasuk lampin adalah tugas yang agak memakan masa juga. Kalau ikut hati, saya nak sidai ikut suka dan cepat2 masuk rumah.

Tapi mak saya ada sistem tersendiri menyidai baju. Alasannya biar nampak kemas dan manis dipandang orang. Lagipun, bak kata orang putih, `first impression counts'. Bagaimana caranye?
Begini. Kata mak saya, mulakan dgn kain yang besar dahulu di bahagian belakang, kemudian saiz semakin mengecil ke bahagian depan. Di zaman dahulu, kepanjangan ampai sampai bermeter2 dan semuanya menggunakan sepit bukan `hanger' seperti zaman sekarang. Baju2 yang disidai perlu dikirai terlebih dahulu atau dikebas agar rata. Ini penting untuk pengaliran udara agar baju cepat kering dan kurang kedutnya.

Jadi, menyusun lah saya semasa menyidai, kain pelikat dan kain batik dahulu, kemudian baju2 dan akhir sekali anak2 baju. Lampin pula dengan lampin. Nasib baik mak saya tak suruh colour coding sekali!!

Comments

  1. patutnya start daripada basuh baju dulu...takpa pasni citer pasal basuh baju lak..

    mula2 basuh baju cerah2 jer..pastu baju yang sensitif, pastu baju gelap2, last sekali barula seluar jeans ker, jaket ker..

    klu mesin basuh manual, make sure at least 3 kali bilas

    tudung2 , baju sutera dgn baju batik just gonyoh2 je

    lepas keringkan terus sidai supaya tak renyuk bila letak dalam besen lama...

    pastu citer hari jumaan lepas balik sekolah terus basuh kasut, hari sabtu kapur, hari ahad pasang tali kasut..haha
    - by awa

    ReplyDelete
  2. wahhhh bagus2. memberangsangkan. Eh Kak Lia tak turunkan ilmu dengan efisyen kat anak2 ke? Diorg kan laki, senang nak train bini nnt. Tak timbulla soal ego kan kan. Eh Lubna practise ape handle baju ikut kaler. Hahaha. Ada satu charity shop kat sini buat camtu. So senang customer, rasa nak cari baju kaler merah, terus nampak kelompok kaler masing2. Kalau sort ikut jenis and size tu biasa la. Kedai tu pun cam kemasssss aje. - by lubna

    ReplyDelete
  3. Sama mcm mak saya puan.Nor Bahaiyah Bt Omar 😘

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...