Skip to main content

Training menjahit - Lubna


Ketika zaman mak saya masih seorang suri rumah sepenuh masa (sekarang sebagai guru ngaji), baju-baju raya kami sekeluarga pasti dijahit sendiri di rumah. Mak akan mengukur, memotong dan menyambung setiap bahagian. Saya pula akan disuruh menjahit kelepet pada lengan, kaki baju dan kain. Sebenarnya, sesiapa sahaja yang bernasib baik masih tinggal dengan mak saya akan mendapat tender ini.

Biasanya mak saya suruh guna jahitan silang pangkah. Dahulu kala, mak saya mengamalkan jahitan sembat untuk kelim baju, tapi sekarang hanya jahitan silang pangkah - rasanya kerana lebih pantas. Ini juga praktik kedai jahitan semasa ini.

Kakak saya yang no 4 pula ditugaskan menjahit tulang belut pada leher baju. Kekemasan jahitannya memang diiktiraf oleh mak. Saya pun tak ingat berapa hari dia ambik untuk siapkan sehelai baju.
Bila saya belajar jahitan dalam kelas Kemahiran Hidup di sekolah menengah, sekurang-kurangnya saya sudah ada asas dalam jahitan silang pangkah. Secara tak langsung, gotong-royong menyiapkan baju2 raya ada faedahnya dalam pembelajaran formal saya di sekolah. Jadi kepada suri rumah sekalian, tuntutlah ilmu rumah tangga sebaik mungkin sebagai persediaan untuk anak2 di sekolah dan selepas berkahwin kelak. Memang tak rugi menimba ilmu tak formal di dada.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...