Skip to main content

Menyimpan dokumen sulit

Semasa mula berkahwin, kita cuma ada beberapa dokumen penting seperti IC, surat beranak dan sijil nikah. Masuk beberapa tahun diiringi beberapa orang anak, bertambah dokumen kepada surat beranak anak, rekod mengandung (kad merah semasa zaman saya), rekod immunisasi anak dan berbagai lagi di tahun2 yang mendatang.

Pada mulanya dokumen disimpan di dalam satu fail, campakkan sahaja sambil lewa. Apabila saiz keluarga membesar, setiap kali kita memerlukan dokumen untuk di fotokopi, kita terpaksa memunggah isi fail mencari dokumen yang kita idamkan. Agak memeningkan dan mencemaskan bila dokumen yang dicari terselit di celah2 dokumen lain.

Jadi, untuk lebih "organized", kita boleh menyediakan fail2 yang lengkap berlabel untuk setiap anggota keluarga kita. Satu cara yang sangat sistematik dan memudahkan adalah penggunaan fail yang lengkap terbahagi kepada beberapa lapisan ruang. Setiap ruang pula disertakan dengan label pembahagi. Kita boleh menyimpan dokumen diri kita di satu lapisan, dokumen setiap anak2 pula di satu lapisan setiap seorang. Tinggal lagi kita menyelak label untuk mencari dokumen yang kita perlukan.
Selamat tinggal kecelaruan!

Comments

  1. saya juga bermasalah dalam hal-hal penyimpanan dokumen peribadi yg penting...
    segala fail telah dibeli cuma saya tak tahu nak buat pengkelasannya...contohnya: dokumen sijil-sijil (berkaitan akademik, pekerjaan dll), surat menyurat, bil-bil dan sebagainya.
    boleh beri tunjuk ajar?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah saya cuba kupas dengan lebih terperinci pada post akan datang. Basically, pastikan fail dokumen akademik sediakan satu, pekerjaan satu fail...family, bil2, dokumen pembelian aset kesemuanya fail yang berasingan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...