Skip to main content

Ruang Mati

Di rumah kita terdapat pelbagai ruang yang saya kenali sebagai `ruang mati'. Ia dianggap mati kerana kekurangan fungsi. Antara ruang2 tersebut adalah stor, belakang rumah atau di bawah tangga. Takkan belakang rumah perlu di hias....takkan stor juga perlu diselenggara hari2...atau takkan hendak duduk melepak di bawah tangga yang merupakan laluan kaki2 manusia....

Benar, mereka adalah ruang yang sering dipandang sepi, tersorok, dan tidak diendahkan. Tetapi tidak bermakna mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelenggaraan. Akibatnya, kita sering melonggokkan barang di ruang2 mati dgn alasan ruang itu tidak aktif digunakan. Kita longgokkan barang2 yang separuh rosak di belakang rumah dengan harapan akan dibaikpulih suatu masa nanti (cita2 kita..) atau kita longgokkan barang2 elok yang tidak terpakai di stor sehingga menggunung dan boleh runtuh bila2 masa sahaja.

Apabila barang semakin banyak terlonggok tanpa seni kekemasan, kita menjadi semakin malas untuk memikirkan kaedah penstoran yang sesuai. Kita semakin lemas melihat barangan yang bertambah dan inspirasi juga semakin pudar apabila melihat kekalutan susunan barangan tersebut.

Jangan dibiarkan!

Di sini dibentangkan beberapa tip untuk mengemas ruang stor. Ruang lain akan diberikan tip pada post akan datang.

Untuk menyusun atur stor, kita sepatutnya membeli para2 atau pun rak2 yang dapat membantu menyusunatur ruangan. Kemudian kita cuba susun barangan mengikut saiz dan dimensi. Kotak2 yang sama kelebarannya kita susun sekali. Barangan yang berbentuk empat segi kita susun secara bertingkat. Barangan yang berbentuk tiga segi kita susun berdekatan atau bertingkat. Begitu juga dengan barangan yang bulat kita susun dan tindih berdekatan. Saiz juga perlu disusun dari yang besar ke kecil samada secara menaik atau dari kiri ke kanan.

Barang yang lembut seperti perca kain atau plastik2 kita letakkan dalam kotak2 kosong atau bekas2 yang mempunyai ruang kosong. Ini adalah taktik untuk menjimatkan ruang. Kemudian kita pasang pula penyangkut dinding dan boleh lah kita gantungkan beg2 yang sering didapati secara percuma di dinding. Beg2 tersebut boleh juga diisi dengan barang2 tertentu seperti wayar, kabel, paku2 dan sebagainya.


Kita mungkin berasa terhibur melihat susun atur di pasaraya seperti Giant atau Tesco, juga di 7-eleven. Sebenarnya mereka juga menggunakan kaedah yang sama, menyusun barangan mengikut jenis, saiz, texture ataupun warna. Kaedah ini boleh digunapakai di rumah kita sendiri.

Kita juga boleh menggunakan bekas2 makanan terpakai seperti bekas aiskrim untuk menyimpan barangan2 kecil seperti paku dan lain2 peralatan pertukangan. Bekas2 ini boleh diletakkan secara bertindih jika saiznya lebih kurang sama.

Sekiranya kita tidak mampu untuk membeli rak atau para setakat untuk diletak di dalam stor, kita juga boleh membuat para buatan sendiri. Saya sendiri menggunakan tin2 biskut atau cat kosong atau apa2 sahaja yang boleh dibuat tapak dan saya letakkan papan terpakai di atas tin2 tersebut. Ini boleh dilakukan dalam beberapa tingkat sehingga 3 atau 4 tingkat bergantung kepada kestabilan tin2 tersebut.

Kita juga boleh menggunakan perabot2 lama yang sudah buruk atau cacat sedikit untuk dijadikan para di bilik stor tersebut.

Nah! Stor kita sekarang mungkin sudah rapi walaupun tidak berhias indah!

Yang paling penting, kita perlu pastikan setiap kali barang diambil keluar dari stor, ia perlu disimpan semula di tempat asal!

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk