Skip to main content

Terima kasih semua


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kami pemilik blog merakamkan ucapan terima kasih di atas segala lontaran komen yang telah diberikan oleh pembaca. Tidak kami sangka bahawa blog yang lebih merupakan catatan untuk peringatan anak cucu keluarga kami mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari para pembaca.

Alhamdulillah, sukacita juga dimaklumkan bahawa mengemasrumah.blogspot.com juga telah dirujuk dalam radio IKIM pada hari Rabu 24 November 2010.

InsyaAllah, segala komen dan sokongan dari para pembaca akan memberi kami inspirasi untuk meneruskan catatan pengalaman sebagai pengurus rumahtangga, sebagai panduan bagi kaum Hawa mahupun kaum Adam.

Sebarang komen dan pandangan dari para pembaca sangat-sangat dialu-alukan dan semoga kita semua mendapat manfaat dari gabungan idea sesama kita.
Selamat membaca!

Comments

  1. Terima kasih banyak-banyak dengan pelbagai tip menarik yang telah dipaparkan. Amat bermanfaat bagi wanita sebok

    ReplyDelete
  2. sebenarnya saya ni bukan orang yang terlalu rajin utk mengemas tetapi apabila sy baca blog ni dan sy ikuti alhamdulillah rumah kemas, hati tenang, kepala ringan dan yang paling penting saya dah suka mengemas. Teruskan lah menulis blog ni dengan pelbagai nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis blog. Semoga diberkati yang Esa.

    ReplyDelete
  3. Salam...tahniah atas usaha anda di dalam blog ini..saya sangat suka membaca blog ini..dan ia byk memberi semangat kepada saya ketika kemalasan melanda diri ini..harap dapat memberi lebih byk tips utk menghias rumah pulak..nak yang simple2 ajer..lebih2 lagi kalau rumah yang ada kanak2 kecil di rumah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...