Skip to main content

Bersih Tidak Semestinya Suci -Bab 1

Dalam menguruskan kebersihan, ilmu memainkan peranan penting. Dalam Islam, suci itu bersih, tapi bersih tidak semestinya suci. Nah! Di sinilah peranan kita sebagai pengurus rumah tangga dalam memastikan kesucian isi rumah terjaga. Ada beberapa insiden yang boleh mennyebabkan kesucian rumah kita tercemar. Ya, kita nampak bersih, tetapi sebenarnya tidak suci.

Kesucian rumah memang akan pasti tergugat bila kita mempunyai anak-anak kecil. Dari bayi sehingga la anak kita tahu menguruskan urusan tandas sendiri. Saya rasa ramai yang tidak perasan urusan pembersihan yang menyucikan ini. Yalah, alah bisa tegal biasa. Itu ilmu yang diturunkan turun temurun. Tapi disini, saya nak bentangkan pemerhatian saya. Kalau salah silap, mohon diperbetulkan. Saya juga masih belajar.

Pengurusan bayi memerlukan banyak perincian. Saya selalu nampak bila bayi buang air kecil dan terkena di lantai atau karpet, tempat yang terkena air kencing itu sekadar dipercikkan air. Tapi sebenarnya, hanya air kencing bayi lelaki di bawah umur 2 tahun dan hanya menyusu susu ibunya sahaja yang layak dibersihkan dengan cara ini. Ini kerana najis ini dikategorikan sebagai najis mukhaffafah. Bayi perempuan, lain kaedah penyuciannya. Begitu juga bayi lelaki yang sudah meminum susu formula, bukan kategori najis mukhaffafah. Nampak kan betapa tingginya nilai susu ibu dan betapa pentingnya anak itu disusukan sehingga berumur 2 tahun, walau dengan apa cara sekalipun. Hendak seribu daya!

Berbalik kepada cara penyucian air kencing bayi perempuan atau cara membersihkan najis lain yang tergolong dalam najis mutawassitah (boleh rujuk kitab fekah). Najis jenis ini perlu dibersihkan ‘ain’nya terlebih dahulu. Maknanya najis yang kelihatan itu, perlu dibersihkan sehingga hilang bau, warna dan rasa. (Gunakan sabun untuk hilangkan bau dan warna, dan tangan untuk memastikan ‘rasa’ najis itu tiada lagi).

Tapi ingat ya, proses ini belum lagi menyucikan. Selepas ini, kita ‘lalukan’ kain lap yang lembap dan bersih ke atas tempat yang terkena najis itu. Proses pertama siap. Basuh kain lap, perah, lalukan lagi ke atas tempat yang terkena najis itu. Proses kedua siap. Basuh lagi, perah dan lalukan ke atas tempat yang terkena najis itu buat kali ketiga. Itu yang dinamakan ‘melalukan’ air sebanyak 3 kali dalam kitab fekah.

Bila me’lalu’kan kain lap itu, jangan diulang ‘lalu’an itu dalam waktu yang sama. ‘Lalu’an kali kedua hanya boleh dilakukan setelah kain lap itu dibasuh. One way, ya, bukan, zig zag. Lebih mudah kalau tempat yang terkena najis itu boleh diangkat dan kemudian dijirus. Tapi kalau lantai yang terkena najis, takkan la kita nak angkat. Ya tak! Kecuali la tempat yang terkena najis itu dekat dengan bilik air. Boleh terus dilalukan air ke atasnya.. terus ke bilik air. Bila me’lalu’kan air tu, jangan lupa besarkan diameter permbersihan untuk membersihkan percikan-percikan.

Itu kalau tempat yang senang dilalukan air seperti lantai. Kalau tikar, lebih senang diangkat dan dijirus diluar, depan belakang. Lantai pun perlu dibesihkan kerana selalunya air kencing itu akan meleleh ke bawah. Kalau karpet… mencabar! Kalau karpet kecil, bolehlah dibersihkan di luar. Kalau karpet besar, dari apa yang saya belajar dari ustazah saya semasa kelas fardhu ain, letakkan besen di bawah tempat terkena najis dan lalukan air (setelah dibersihkan ‘ain’ najis itu) . Jadi lebihan air akan turun ke dalam besen. Pendekata, karpet ini menyukarkan penyucian. Jadi kalau ada anak-anak yang masih kecil, elok juga gunakan pendekatan ‘carpet free’.

Comments

  1. Bagus sgt artikel...kebersihan yg menitikberatkan kesucian selari dgn tuntutan Islam.

    ReplyDelete
  2. setuju sgt2...
    bersih tak semestinya suci
    tapi suci semestinya bersih...

    ReplyDelete
  3. ilmu yang tersangat berguna
    terima kasih

    ReplyDelete
  4. terima kasih sangat2 berguna untuk anak kecil yang masih dalam toilet training...
    http://dalilablogez.blogspot.com/2014/12/tips-atasi-krisis-mengemas-rumah.html

    ReplyDelete
  5. Salaam. Aduh benar sgt. Tp kes saya lain pulak. Kucing saya mmg buang air dlm pasir. Pasir tu akn clump saya akn alihkan masuk dlm tongvsampah atau plastik. Satu hari saya terlepa saya tinngalkan plastik beg berisi pasir telah clump separa kering tu tanpa diikat. Kucing2 bertuah tu bawak plastik sampai atas karpet tertumpah butiran pasir yg separuh kering tu. Saya kutip da la pasirnya. Bau mmg xde sbb dia odor control. Adakah sis atau sesiapa ustazah ke bole bg pandangan? Jazakillah

    ReplyDelete
  6. Salaam. Aduh benar sgt. Tp kes saya lain pulak. Kucing saya mmg buang air dlm pasir. Pasir tu akn clump saya akn alihkan masuk dlm tongvsampah atau plastik. Satu hari saya terlepa saya tinngalkan plastik beg berisi pasir telah clump separa kering tu tanpa diikat. Kucing2 bertuah tu bawak plastik sampai atas karpet tertumpah butiran pasir yg separuh kering tu. Saya kutip da la pasirnya. Bau mmg xde sbb dia odor control. Adakah sis atau sesiapa ustazah ke bole bg pandangan? Jazakillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk